Ulang Tahun Ke 40 Astrazeneca Di Malaysia


Ulang Tahun Ke-40 AstraZeneca Di Malaysia | Assalammualaikum semua! Mungkin ramai mengenali AstraZeneca dari vaksin COVID-19. Namun, AstraZeneca telah berada bersama dengan kita lebih lama dari itu. Meraikan ulang tahun ke-40 di Malaysia, AstraZeneca umum kerjasama dengan Hospitals Beyond Boundaries untuk meningkatkan kesedaran penyakit di kalangan belia. 
Young Health Programme dilancarkan di Malaysia pada Hari Kesihatan Mental Sedunia bagi meningkatkan kesedaran berkenaan penyakit bukan berjangkit di kalangan belia di samping menggalakkan kesihatan mental serta kesejahteraan belia.
Ulang Tahun Ke-40 AstraZeneca Di Malaysia

AstraZeneca, sebuah syarikat farmaseutikal global yang berpandukan sains, melancarkan Young Health Programme menerusi jalinan kerjasama dengan Hospitals Beyond Boundaries (HBB), memberi tumpuan terhadap golongan belia dan pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD). 
Diadakan bersempena Ulang Tahun ke-40 AstraZeneca di Malaysia, Young Health Programme telah dilancarkan pada Hari Kesihatan Mental Sedunia dengan penganjuran program rintis yang disasarkan pada penduduk remaja di PPR Seri Pantai. 
HBB telah dipilih sebagai rakan usaha atas peranan yang dimainkan organisasi bukan berasaskan keuntungan itu dalam mempertingkatkan tahap kesihatan komuniti rentan menerusi usaha mampan dalam aspek penjagaan kesihatan berkaitan penyakit tidak berjangkit

Hadir pada majlis berkenaan ialah Dr Sanjeev Panchal, Pengarah Negara, AstraZeneca Malaysia dan Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospitals Beyond Boundaries. Mereka ditemani Puan Tursiah Tino, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Pantai. 
Majlis berkenaan turut menerima sokongan para pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dihadiri Datuk Ramlan Askolani, Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan. Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan, para penduduk turut menghadiri majlis tersebut dalam kumpulan bersaiz terhad dan secara bergilir-gilir

Young Health Programme
Young Health Programme oleh AstraZeneca adalah satu program global yang kini diperkenalkan di Malaysia, memberi fokus dalam kesihatan mental dan kesejahteraan golongan remaja dan belia yang berusia antara 10 hingga 24 tahun. Program itu bertujuan memberikan mereka keupayaan untuk mengawal keadaan kesihatan masing-masing, khasnya dalam menguruskan kesihatan jangka panjang termasuk kesihatan mental. 
Program pelaburan komuniti tempatan ini mencerminkan komitmen AstraZeneca terhadap penduduk setempat dan kesihatan masyarakat secara menyeluruh. Kesihatan mental belia dipilih sebagai topik tumpuan dengan mengambil kira impak pandemik Covid-19, yang telah memburukkan cabaran kesihatan mental rakyat Malaysia. 
Di negara ini, statistik bunuh diri yang diterbitkan pihak polis menunjukkan 872 atau separuh daripada kes yang dilaporkan antara Januari 2019 dan Mei 2021 melibatkan remaja berusia 15 hingga 18 tahun. Manakala, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 424,000 kanak-kanak di negara ini berhadapan dengan isu kesihatan mental. 
(Sumber: The Borneo Post Online, 7 October 2021, Unicef Malaysia: Covid-19 lockdowns have affected children’s mental healthhttps://www.theborneopost.com/2021/10/07/unicef-malaysia-covid-19-lockdowns-have-affected-childrens-mental-health/ )
Mengulas mengenai pelancaran Young Health Programme oleh AstraZeneca, Dr Sanjeev berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat berganding tenaga dengan Hospitals Beyond Boundaries bagi menjayakan program ini. Mereka telah melaksanakan pelbagai usaha yang mengagumkan di Malaysia dan rantau ini bagi meningkatkan kesihatan ahli masyarakat yang paling daif, menjadikan mereka rakan ideal bagi memenuhi matlamat AstraZeneca untuk memperkukuhkan kesihatan masyarakat. 
Golongan muda kekal menjadi kumpulan yang paling mudah terkesan dan kesihatan mental serta kesejahteraan mereka terjejas ekoran pengasingan diri dan ketidakhadiran di sekolah disebabkan penguatkuasaan kawalan pergerakan untuk mengawal penularan Covid-19. Bagi menangani isu ini, kami teruja untuk memulakan Young Health Programme dengan kerjasama Hospitals Beyond Boundaries.”
200 Kit Kesihatan Mental
Sebanyak 200 Kit Kesihatan Mental telah diagihkan kepada penduduk muda bersempena pengenalan Young Health Programme di PPR Seri Pantai. Kit-kit tersebut mengandungi maklumat berkenaan kesihatan mental dan alat yang diperlukan bagi aktiviti-aktiviti seperti senaman dan berkebun yang menggalakkan kesejahteraan mental. 

Pada bulan-bulan akan datang, AstraZeneca akan bekerjasama dengan HBB untuk memperluaskan lagi inisiatif yang menyokong peningkatan kesedaran mengenai NCD dalam kalangan belia di Lembah Klang dan seluruh negara. Usaha ini akan membolehkan golongan sasar mempunyai lebih keupayaan membuat keputusan yang wajar berkenaan kesihatan mereka

Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Hospitals Beyond Boundaries berkata, “Kami amat gembira untuk bekerjasama dengan AstraZeneca bagi Young Health Programme yang fokus terhadap kesihatan mental golongan belia. Di Malaysia, kesihatan mental secara keseluruhannya sering tidak diendahkan, dan ia juga sedemikian dalam kalangan golongan remaja dan komuniti rentan.
Melalui usaha kami sekian lama, kami menyedari bahawa peristiwa yang memberi impak secara meluas kepada masyarakat, seperti pandemik, sering kali memberi kesan kepada golongan rentan dan muda dalam cara yang mungkin tidak jelas dilihat oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Menerusi kerjasama dengan AstraZeneca, kami berharap dapat mencapai impak positif berterusan yang akan memperbaiki kehidupan ramai pihak.”
Di peringkat global, sejak dilancarkan pada tahun 2010, Young Health Programme telah mencapai lebih 5 juta belia di 30 buah negara merentasi 6 benua. Pada tahun 2018, program tersebut telah diiktiraf oleh Ethical Corporate apabila dinamakan Program Pelaburan Komuniti Terbaik di Anugerah Perniagaan Bertanggungjawab

Kecemerlangan Selama Empat Dekad di Malaysia
Menyentuh mengenai kehadiran AstraZeneca di Malaysia sejak 40 tahun lalu, Dr Sanjeev berkata, “AstraZeneca amat berbangga kerana menjadi sebahagian warisan penjagaan kesihatan dan menjadi rakan dalam perkembangan industri kesihatan sejak bertapak di Malaysia pada tahun 1981. 
Pencapaian tahun ke-40 ini membuka satu lembaran baharu bagi kami, seiring dengan usaha berterusan untuk menjangkaui penyediaan ubat-ubatan dan bekerjasama dengan rakan niaga untuk memperkukuhkan ekosistem kesihatan dan memacu pendigitalan penjagaan kesihatan menerusi penyediaan solusi-solusi yang inovatif. 
Lebih daripada itu, pada masa depan, kami percaya bahawa usaha mengatasi cabaran yang dibawa oleh penyakit akan memerlukan lebih daripada ubat-ubatan. Langkah-langkah pencegahan dan fokus terhadap kesihatan mental tentunya merupakan sebahagian daripada sudut pandangan yang bertumpukan masa depan.”
Kehadiran AstraZeneca di Malaysia bermula apabila ia dilesenkan sebagai Astra Malaysia pada tahun 1981. Penggabungan global antara dua syarikat farmaseutikal, Astra dan Zeneca, pada tahun 1999 telah membuka era baharu bagi AstraZeneca di Malaysia

Seiring dengan Pelan Strategik Negara bagi Penyakit Tidak Berjangkit 2016-2025, pada tahun 2019, AstraZeneca telah menyatakan komitmennya untuk melabur sebanyak RM500 juta dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong inovasi, kerjasama penjagaan kesihatan, pembangunan bakat dan sebuah hab Perkhidmatan Perniagaan Global bagi menyokong perniagaan di rantau Asia Pasifik.
Sejak setahun setengah lalu, AstraZeneca telah mempamerkan komitmen ini dengan memperkukuhkan ekosistem penjagaan kesihatan di peringkat penjagaan utama menerusi pelbagai usaha sama yang melibatkan kerajaan, bidang akademik, NGO, persatuan, penggiat industri dan pengamal perubatan. 
Ia melibatkan pembentukan Hab Inovasi Kesihatan pertama di Malaysia bagi membolehkan syarikat-syarikat pemula menghasilkan penyelesaian penjagaan kesihatan digital baharu yang inovatif dan Lung Ambition Programme bagi diagnosis awal kanser paru-paru. Satu lagi contoh adalah program lestari TakeCareofMe untuk penyakit diabetes yang melibatkan teknologi diagnosis terkini, bermula daripada peringkat penjagaan utama bagi diagnosis komplikasi kardio-ginjal susulan diabetes Jenis-2


Untuk maklumat lanjut berkenaan AstraZeneca di Malaysia, sila layari https://www.astrazeneca.com/country-sites/malaysia.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/10/ulang-tahun-ke-40-astrazeneca-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fully Vaccinated Di Hari Ulang Tahun Kelahiran

Fully Vaccinated Di Hari Ulang Tahun Kelahiran

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 222 hits
Musim sekarang ni rata rata rakyat Malaysia harapkan status fully vaccinated atau vaksinasi lengkap kerana dengan itu banyak perkara yang boleh dilakukan Perkara yang dimaksudkan adalah sudah tentu berkaitan dengan kemudahan kemudahan bagi ...
Senyum Tak Henti Henti Anak Pakaikan Mak Ayah Baju Pengantin Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke 53

Senyum Tak Henti Henti Anak Pakaikan Mak Ayah Baju Pengantin Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke 53

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 407 hits
Setiap anak wajib memuliakan ibu bapa mereka kerana Allah SWT meletakkan darjat kedua dua ibu bapa sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak Walaupun kita sibuk dengan kerjaya atau pelajaran jauhkan diri daripada sikap kacang lupakan kul...
Selamat Ulang Tahun

Selamat Ulang Tahun

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 135 hits
SAIFUDDIN NASUTIONSelamat Hari Lahir Abang Mad Sosok ini saya kenal sejak zaman belajar 1980an Bila cuti semester abg mad akan jenguk saya di kampus Kami akan sama sama pergi ke Pahang Kelantan Tganu Negeri Sembilan Kedah Perlis dan Perak m...
Malaysia Akan Beli Pfizer Untuk Kanak Kanak 5 Hingga 12 Tahun

Malaysia Akan Beli Pfizer Untuk Kanak Kanak 5 Hingga 12 Tahun

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 296 hits
PETALING JAYA Malaysia akan melakukan pembelian vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak kanak berusia lima hingga 12 tahun kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Beliau berkata kerajaan akan mempertimbangkan pilihan vaksin lain seperti...
Hiburan Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ibu Mertua Fasha Sandha Luah Rasa Syukur

Hiburan Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ibu Mertua Fasha Sandha Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 223 hits
Pelakon Fasha Sandha tidak dapat mengungkap rasa syukur apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementFasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik satu hantaran dala...
Ulang Tahun Ke 53 Ganjar Dapat Kado Noken Hingga Baju Adat Berbagai Daerah

Ulang Tahun Ke 53 Ganjar Dapat Kado Noken Hingga Baju Adat Berbagai Daerah

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 230 hits
Kejutan tak berhenti sampai di sana Usai mama Wati selesai silih berganti sejumlah tokoh adat nusantara datang menemui Ganjar Mereka datang dengan membawakan kado istimewa berupa baju adat dari daerahnya masing masing
Ulang Tahun Ke 21

Ulang Tahun Ke 21

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 311 hits
Alhamdulillah syukur Sudah 21 tahun bersama Pazeli Ishak an incredible person My bestie Suami sahabat karib dan kekasih hati Moga Allah swt berkati kami hingga ke nafas akhir Sebuah perkahwinan harus dijalinkan dengan penuh kasih sayang hor...
Victon Bakal Rilis Lagu Khas Buat Peminat Sempena Ulang Tahun Debut Ke 5

Victon Bakal Rilis Lagu Khas Buat Peminat Sempena Ulang Tahun Debut Ke 5

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 184 hits
Pada 25 Oktober Play M Entertainment iaitu agensi kepada VICTON telah mengumumkan bahawa kumpulan tersebut akan mengeluarkan lagu khas buat peminat yang sangat istimewa pada 9 November ini Tahun ini pada 9 November VICTON juga akan menyambu...
Presiden Seniman Malaysia Buat Diskusi Bersama Fauzi Nawawi Nazrudin Luah Rasa Kesal

Presiden Seniman Malaysia Buat Diskusi Bersama Fauzi Nawawi Nazrudin Luah Rasa Kesal

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 321 hits
Hos televisyen terkenal Nazrudin Rahman terpanggil untuk memberi teguran tatkala melihat perkongsian Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi di Instagramnya pada 20 Oktober kelmarin
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional