Fully Vaccinated Di Hari Ulang Tahun Kelahiran
Musim sekarang ni rata-rata rakyat Malaysia harapkan status 'fully vaccinated' atau vaksinasi lengkap kerana dengan itu, banyak perkara yang boleh dilakukan.
Perkara yang dimaksudkan adalah sudah tentu berkaitan dengan kemudahan-kemudahan bagi mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap Covid-19 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelumnya.
Antaranya adalah dibenarkan rentas negeri tapi yang ni untuk ibu bapa dan pasangan jarak jauh je la. Selain itu, boleh dine-in, boleh rentas daerah, boleh bercuti dalam negeri yang sama, aktiviti sukan dan banyak lagi.
Jadi untuk dapatkan status vaksinasi lengkap ini adalah bergantung kepada jenis vaksin yang diterima sama ada 2 dos suntikan atau 1 dos suntikan.
Jika anda menerima pfizer, astrazeneca atau sinovac, maksud vaksin lengkap adalah hari ke-14 dari tarikh suntikan doa kedua.
Manakala jika anda menerima Johnson & Johnson dan Cansino, maksud vaksin lengkap adalah hari ke-28 dari tarikh suntikan dos pertama tersebut.
Tapi mungkin anda masih keliru berapa hari sebenarnya? Mungkin ada salah perkiraan, tiba-tiba lalu sekatan jalan raya (SJR), kena tahan rupanya masih tak cukup 14 hari lagi.
Kemaskini MySejahtera Terbaru Lebih MemudahkanJangan risau, baru-baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ada memaklumkan kemaskini terbaru pada aplikasi MySejahtera.
Antara yang terbaru adalah, ianya akan memaparkan adakah anda sudah terima vaksin, belum lengkap vaksin atau sudah lengkap vaksin.
Lebih memudahkan adalah, jika anda sudah lengkap vaksin pada aplikasi MySejahtera tersebut akan memaparkan 'Fully Vaccinated' bersama-sama sijil digital vaksin berwarna kuning.
Jadi jika anda pergi ke mana-mana premis, lalu SJR, anda hanya perlu tunjukkan status tersebut sahaja. Jika mereka nampak status berwarna kuning, anda sememangnya telah lengkap vaksinasi.
Bagi pengalaman aku sendiri, aku telah menerima suntikan dos kedua pada 22 Ogos 2021 yang lepas, jadi sepatutnya selepas 14 hari adalah pada 5 September 2021.
BACA : (Pengalaman) Tatacara menerima suntikan vaksin Covid-19 untuk dos pertama dan kedua
Tetapi sangkaanku meleset, mengikut status dalam MySejahtera, aku hanya lengkap vaksinasi adalah pada 6 September 2021. Tapi ikut perkiraan congak, sepertinya 15 hari kan.
Tapi hari ke-15 barulah, status vaksinasi aku bertukar dari 'Partially Vaccinated' kepada 'Fully Vaccinated' dan juga berubah ke warna kuning daripada putih
Walaubagaimanapun, bagus la status ini bertukar pada tarikh hari ini, 6 September, kerana ianya jatuh pada tarikh hari jadi aku.
Jadi sejarah untuk aku sendiri kalau orang tanya selepas ini bila orang bertukar status vaksinasi lengkap? selamba jawab 'pada tarikh hari lahir aku'. Gituuu la lebih kurang.
Jadi secara rasminya lah aku menerima kemudahan dan kelonggaran yang diumumkan sebelum ini. Tapi aku taknak dine-in pun. Nak lebih kepada aktiviti pelancongan la.
Tapi tunggu reda dulu la... kes masih tinggi terutamanya di Pahang ni.
Semoga status vaksinasi lengkap ini menjadi asbab kepada aku dan keluarga tidak dijangkiti Covid-19 di masa akan datang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aimanabdullah.com/2021/09/fully-vaccinated-di-hari-ulang-tahun-kelahiran.html