Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia


30 tahun yang lalu, tiada siapa akan menyangka semua ini bakal menjadi fenomena di masa hadapan. Menjadi ikutan, santapan harian malah menjadi keperluan penting dalam kehidupan.

Berikut adalah antara Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia!

Gaya tarian 'Moonwalk'


Pertama kali Michael Jackson mempersembahkan tarian 'moonwalk' ialah semasa berlangsungnya satu rancangan istimewa di televisyen iaitu Motown 25: Yesterday, Today, Forever yang mana MJ kembali bersatu dengan abang-abangnya dalam rancangan tersebut.

Gaya tarian itu dipersembahkan dalam lagu 'Billie Jean' dan para penonton terus teruja melihat gaya tersebut.

Walaupun gaya tarian hampir sama pernah ditonjolkan sebelum itu, namun hanya pada tahun 1983 ianya dinamakan 'moonwalk' dan ditarikan oleh MJ.

Star Wars Episode VI: Return of The Jedi

Pada asalnya filem ini dinamakan 'Revenge of The Jedi' namun kemudiannya ditukar menjadi 'Return of The Jedi'.

Filem ini berjaya menutup siri-siri filem trilogi Star Wars sebelumnya dengan begitu sukses.

Menerusi filem ini ini juga para penonton diberikan sedikit klu bagaimana rupa Darth Vader tanpa topeng mukanya.

Jam Tangan Swatch

Jam tangan Swatch telah diperkenalkan secara tepatnya pada bulan Mac 1983 dan memberikan satu pengalaman dan perasaan baru bagi hasil kerja jam tangan yang diperbuat di Switzerland.

Walaupun pada ketika itu jam tangan digital sedang bersaing di pasaran, namun Swatch diperkenalkan masih lagi dalam konsep analog.

Kamkoder Sony

Pada tahun 1983, pihak Sony telah memperkenalkan kamkoder pertama mereka untuk kegunaan orang ramai. Ianya dinamakan Betamovie BMC-100P dan menggunakan pita-pita Betamax untuk membuat rakaman.

Pada penghujung tahun yang sama juga, JVC pula telah memperkenalkan kamkoder mereka menggunakan format VHS-C.

Permainan Mario Bros.

Syarikat Nintendo telah memasarkan permainan asal Mario Bros pada tahun 1983 yang memaparkan pelombong Mario dan Luigi dalam dunia permainan video.

Walaupun pada asalnya, watak Mario pernah muncul dalam Donkey Kong pada tahun 1981 namun ketika itu namanya ialah 'Jumpman' dan kerjayanya ialah seorang pembuat rumah.

Apple Ile

Syarikat ternama Apple telah memasarkan komputer peribadi mereka yang diberi nama Apple Ile ataupun turut dikenali sebagai Apple //e.

Ia mula berada di pasaran pada bulan januari 1983 dan telah dikeluarkan sehingga ke penghujung 1993 menjadikannya salah satu komputer peribadi yang paling lama berada di pasaran.

Antara ciri-ciri utamanya yang menjadi perhatian ialah kemampuannya untuk memaparkan abjad berhuruf kecil kerana model-model sebelum itu menggunakan abjad berhuruf besar sahaja.

Pet Sematary

Pada tahun 1983, penulis novel terkenal iaitu Stephan King telah mengeluarkan novelnya yang bertajuk 'Pet Sematary' yang sebenarnya mendapat inspirasi daripada sebuah kawasan pengebumian haiwan peliharaan yang sebenar yang mana di kawasan itulah anak perempuan Stephan iaitu Naomi telah menyemadikan kucing kesayangannya, Smucky pada tahun 1978.

Walaupun pada mulanya Stephan agak keberatan untuk menghantar manuskrip novel itu kerana kebanyakan ceritanya berdasarkan cerita yang diinspirasikan dari pengalaman keluarganya sendiri namun isterinya, Tabitha berjaya memujuknya untuk berbuat sebaliknya.

Rancangan The A-Team

Episode pertama The A-Team telah bersiaran di saluran NBC pada 23 Januari 1983. Siri ini sebenarnya berakhir pada 30 Disember 1986 namun selama ia ditayangkan di kaca-kaca tv, ia telah menjadi salah satu budaya pop dalam sejarah.

Microsoft Word

Pada asalnya ia dinamakan 'Multi-Tool Word', tetapi ditukar menjadi Microsoft Word. Ianya menggunakan sistem Unix untuk digunakan sebelum ianya muncul di MS-DOS, Mac, Atari dan kemudiannya di Windows.

Demo pertamanya telah dikeluarkan oleh Microsoft untuk kegunaan MS-DOS pada bulan November 1983 dalam program 'PC World'.

Letusan berterusan Gunung Berapi Kilauea

Pada 3 Januari 1983, gunung berapi Kilauea di Hawaii mula memuntahkan lavanya dan sejak itu tidak berhenti-henti daripada mengeluarkannya.

Ia adalah letusan paling lama yang wujud dalam sejarah gunung berapi dan salah satu rekod paling lama yang pernah berlaku kepada mana-mana gunung berapi.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/12/ulang-tahun-ke-30-paling-hebat-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gandingan Ramai Pelakon Hebat 6 K Drama Ini Paling Dinantikan Penonton Tahun Ini

Gandingan Ramai Pelakon Hebat 6 K Drama Ini Paling Dinantikan Penonton Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 247 hits
Siap sedia semua kerana ada banyak drama menarik yang akan ditayangkan tak lama lagi Artikel Berkaitan Pelbagai genre dan dibintangi oleh ramai pelakon hebat 6 K Drama ini merupakan naskhah yang paling dinantikan penonton Jom lihat senarai ...
Perayaan Ulang Tahun Ke 88 Sidarto Danusubroto Ahok Hingga Mahfud Hadir

Perayaan Ulang Tahun Ke 88 Sidarto Danusubroto Ahok Hingga Mahfud Hadir

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 263 hits
Dari kalangan selebriti terlihat hadir Pemeran dan Pelawak Indro Warkop serta Pemeran Roy Marten
Teleskop James Webb Nasa Temui Galaksi Paling Tua Sejauh 13 4 Billion Tahun

Teleskop James Webb Nasa Temui Galaksi Paling Tua Sejauh 13 4 Billion Tahun

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 487 hits
Teleskop James Webb NASA Temui Galaksi Paling Tua Sejauh 13 4 Billion Tahun Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan A S mengetuai reka bentuk dan pembangunan Webb serta bekerjasama dengan dua agensi utama Agensi Angkasa Eropah d...
Bencana Alam Buatan Manusia Terbesar Dalam Sejarah No 3 600 000 Orang Terjejas

Bencana Alam Buatan Manusia Terbesar Dalam Sejarah No 3 600 000 Orang Terjejas

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 349 hits
Keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak menjaga alam sekitar dengan baik Sepanjang sejarah banyak bencana besar yang berlaku akibat daripada perbuatan manusia sendiri Jadi dalam artikel kali...
7 Tahun Kahwin Mak Mertua Langsung Taknak Bagi Muka Dia Kata Sebab Aku Ada Sejarah Hitam

7 Tahun Kahwin Mak Mertua Langsung Taknak Bagi Muka Dia Kata Sebab Aku Ada Sejarah Hitam

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 341 hits
Tiada pasangan yang mahu diceraikan secara tiba tiba tanpa sebab dan alasan yang kukuh Apabila sudah berkahwin perlulah diketahui segala tanggungjawab terletak dibahu suami kerana itu suami adalah ketua keluarga dalam perkahwinan Wanita ini...
Syl Kirim Karangan Bunga Dan Kue Ulang Tahun Ke Pedangdut Nayunda

Syl Kirim Karangan Bunga Dan Kue Ulang Tahun Ke Pedangdut Nayunda

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 266 hits
SYL disebut mengirimkan bunga dan kue ke biduan Nayunda Nabila sebagai hadiah ulang tahun Ultah
Selamat Hari Ulang Tahun Tudm Ke 66 1 Jun 2024

Selamat Hari Ulang Tahun Tudm Ke 66 1 Jun 2024

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 570 hits
HARI ULANG TAHUN TUDM KE 66 KUANTAN 1 Jun 2024 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Ha...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord

Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekadar Celoteh Prk Sabah 2025

Grindelwald Day 7 2

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa