Selamat Hari Ulang Tahun Tudm Ke 66 1 Jun 2024


HARI ULANG TAHUN TUDM KE-66 
KUANTAN, 1 Jun 2024 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-66 bertempat di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. 
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang disambut oleh Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri, Datin Seri Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan isteri, Datin Dr Halina binti Haron serta Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM dan isteri, Puan Dewimastura binti Tumiran. 
Turut berangkat Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brig Jen Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 
Perbarisan pada hari ini berkonsepkan Perbarisan Istiadat dengan penglibatan lapan (8) Panji-Panji iaitu Panji-Panji Rejimen TUDM, Kolej Tentera Udara, No 6 Skn, No 10 Skn, No 12 Skn, No 15 Skn, No 18 Skn dan No 20 Skn bersama empat (4) skuadron pengawal. 
Keseluruhan istiadat perbarisan terdiri daripada 23 Pegawai dan 418 Anggota Lain-Lain Pangkat yang diketuai oleh Lt Kol Ahmad Zikri bin Azhar TUDM, Pegawai Memerintah No 14 Skn. Turut mengiringi perbarisan ini adalah gabungan Pancaragam Pusat TUDM, Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Udara di bawah pimpinan Lt Kol Mohd Rizal bin Hj Mohd Nor TUDM. 
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM telah menerima penghormatan Diraja disertai terbang lintas hormat tiga (3) buah helikopter EC 725 AP yang membawa bendera Malaysia, ATM dan TUDM. Seterusnya, diikuti dengan pemeriksaan perbarisan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dengan menaiki kenderaan istiadat. 
Istiadat perbarisan ini juga turut disertai dengan terbang lintas pesawat-pesawat TUDM semasa perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat melibatkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan BAE Hawk, pesawat angkut A400M dan C-130H, helikopter EC 725 AP dan AW 139 serta pesawat latihan PC-7 MK II. 
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang seterusnya telah mencemar duli menyampaikan Titah Diraja sebagai menzahirkan sokongan Baginda kepada TUDM. Selesai istiadat perbarisan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang turut berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Diraja bersama-sama hadirin yang hadir terdiri daripada mantan-mantan Panglima Tentera Udara, Penasihat Pertahanan, wakil-wakil Kedutaan serta warga TUDM. 
Bersempena sambutan tahun ini, Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara telah dipilih sebagai tema bagi Hari Ulang Tahun TUDM ke-66. Tema ini mempunyai kekuatan yang ketara dan mencerminkan prinsip teras dan aspirasi TUDM yang berperanan sebagai angkatan udara yang kekal kredibel dalam memartabatkan kedaulatan negara. Kuasa udara adalah sebahagian daripada elemen pertahanan negara yang tidak boleh dikompromi untuk menentukan kesinambungan warisan. Peranan TUDM sebagai tonggak utama dalam mempertahankan ruang angkasa negara ini disimbolkan sebagai perisai yang melindungi segenap kemakmuran negara. 
Sesungguhnya, istiadat perbarisan yang penuh gilang gemilang ini akan menjadi lipatan sejarah kepada TUDM dan penuh bermakna dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menyempurnakan Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-66.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.borakkita.com/2024/06/selamat-hari-ulang-tahun-tudm-ke-66-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Terbuka Tudm 2024 Lokasi Tarikh Senarai Acara

Hari Terbuka Tudm 2024 Lokasi Tarikh Senarai Acara

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 349 hits
CUTI SEKOLAH YANG ISTIMEWA JOM KE HARI TERBUKA TUDM 2024 SEMPENA CUTI SEKOLAH INI Adakah Anda Bersedia Tandakan kalendar anda bertarikh 2 Jun 2024 Ini kerana aktiviti menarik akan diadakan sempena Hari Terbuka TUDM terbuka kepada semua Jom ...
Selamat Hari Lahir Pak Zain Yg Ke 70 Tahun

Selamat Hari Lahir Pak Zain Yg Ke 70 Tahun

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 227 hits
Assalamulaikum Hari ni genap usia ayahanda tercinta SA Pak Zain yang tersayang Tiada ucapan yang paling indah melainkan DOA yg sentiasa mengiringi setiap perjalananmu Selamat Hari Lahir ABAH yang ke 70 tahunSemoga dipanjangkan umur diberika...
Hari Tvet Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti

Hari Tvet Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 665 hits
Hari TVET Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti Hari TVET Negara 2024 adalah salah satu dari acara tahunan negara yang memberi fokus kepada individu yang terlibat dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Sambutan ...
Bumi Armada Melangkah Ke Tahun 2024 Dengan Keuntungan Kuartal Pertama Meningkat 20 Kepada Rm240 Juta

Bumi Armada Melangkah Ke Tahun 2024 Dengan Keuntungan Kuartal Pertama Meningkat 20 Kepada Rm240 Juta

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 189 hits
Bumi Armada Berhad mengumumkan hasil kewangan suku pertama 2024 dengan pendapatan sebanyak RM635 5 juta meningkat sedikit sebanyak RM12 5 juta berbanding suku keempat 2023 Keuntungan operasi sebelum penurunan nilai adalah lebih rendah pada ...
Pengambilan Jawatan Mardi Jun 2024 Kini Dibuka

Pengambilan Jawatan Mardi Jun 2024 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 238 hits
Makluman mengenai pengambilan jawatan MARDI Jun 2024 dengan banyak jawatan kini dibuka untuk semua permohonan pelbagai lapisan dan taraf akademik Permohonan jawatan MARDI ini boleh dirujuk dengan kadar segera melalui siaran iklan lengkap ya...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Aset Komoditi Perak Selasa 04 Jun 2024

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Aset Komoditi Perak Selasa 04 Jun 2024

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 254 hits
Pada carta 4 jam aset komoditi Perak walaupun EMA 50 masih di atas EMA 200 yang menunjukkan bahawa ia berada dalam keadaan Golden Cross bermakna pembeli masih dominan dalam aset komoditi ini bagaimanapun penampilan corak Bearish 123 yang di...
Harga Durian Muar 2024 Jun

Harga Durian Muar 2024 Jun

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 386 hits
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Berikut merupakan Senarai Harga durian Muar 2024 Jun bagi Muar Tangkak Berikut harga durian terkini DurianSyoknyaUmmi Warna ungu ada stok Khamis 06 06 24 28 Zulkaedah 1445 H Klik link berikut untuk te...
Foto Menjelang Hari Raya Iduladha 2024 Dokter Hewan Dan Dkp3 Kota Depok Cek Kesehatan Hewan Kurban

Foto Menjelang Hari Raya Iduladha 2024 Dokter Hewan Dan Dkp3 Kota Depok Cek Kesehatan Hewan Kurban

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 281 hits
Pemeriksaan ini untuk mengidentifikasi kondisi kesehatan dan adanya penyakit yang mungkin dimiliki oleh hewan kurban
Ukt Batal Naik Stafsus Jokowi Minta Nadiem Cabut Permendikbud 2 Tahun 2024

Ukt Batal Naik Stafsus Jokowi Minta Nadiem Cabut Permendikbud 2 Tahun 2024

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 157 hits
Nadiem Makarim membatalkan kenaikan uang kuliah tunggal bagi mahasiswa perguruan tinggi negeri tahun 2024
Kek Lapis Penganan Pilah

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Flood Situation In Sabah Worsens

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Sihat Bijak Dan Cergas Ustazah Asma Harun Tegur Jangan Isukan Kahwin Sepupu

Biasa Ayah Ibu Hantar Anak Anak Ni Terbalik Tomok Kongsi Hari Pertama Kembali Bergelar Pelajar

Memaafkan Seperti Allah Dengan Tetap Melupakan

Benarkah Rasulullah Pernah Mencintai Istri Orang Lain

Naik Kereta Api Ke Dabong

Terima Dua Parcel