Ujian Pertama Pm Di Dewan Rakyat Dapat Sekurang Kurangnya 111 Majoriti
AGENDA DAILY	 								 								 											

						Sidang Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.
															 																					 									 							 					 						Sekurang-kurangnya 111 majoriti diperlukan Perdana Menteri (PM)  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengabsahkan kedudukannya di Dewan  Rakyat dalam undi percaya nanti, kata peguam dan penganalisis politik.
Jumlah 111 tersebut adalah majoriti mudah yang diperlukannya, jika  kurang daripada jumlah tersebut ia bermakna Ismail Sabri gagal  memperoleh majoriti mudah.
“Andainya terdapat lima Ahli Parlimen (MP) kerajaan tidak hadir  disebabkan masalah tertentu seperti Covid-19, ini bermakna blok kerajaan  hanya mempunyai 109 sokongan sekali gus gagal memperoleh majoriti mudah  atau sekurang-kurangnya 111 anggota Dewan Rakyat,” kata peguam kanan  Mohamed Haniff Khatri Abdulla dipetik laporan Utusan Malaysia.
Jika gagal dalam undian tersebut, Haniff Khatri berkata  berkemungkinan Ismail Sabri perlu mengambil langkah sama seperti Tan Sri  Muhyiddin Yassin meletak jawatannya.
“Jadi berdasarkan Perkara 43 (4), Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan,” katanya lagi.
Pandangan sama turut dilontar pensyarah undang-undang Universiti  Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik  Mahmood yang berkata Ismail Sabri perlu memperoleh 111 majoriti dan  menjelaskan undi percaya adalah seolah-olah sama seperti undi tidak  percaya.
“Jadi Perdana Menteri kena berjaya dalam usul percaya sewaktu Sidang Parlimen pada bulan depan.
“Beliau seharusnya dapat sekurang-kurangnya sokongan 111 ahli  Parlimen atau lebih terhadap usul percaya ini. Undi percaya ini  seolah-olah seperti undi tidak percaya, maka Perdana Menteri kena  dapatkan sokongan majoriti,” katanya lagi.
Walaupun terdapat MP yang mungkin positif Covid-19 atau menjadi  kontak rapat, Ismail Sabri masih perlu memastikan setiap wakil kerajaan  berada dalam Dewan Rakyat dengan apa cara sekalipun.
“Sebab itu, kalau dilihat ketika pengundian Belanjawan 2021 pada  tahun lalu, ada ahli Parlimen yang hadir memakai pakai perlindungan diri  (PPE).
“Jadi ini menunjukkan kepentingan undi terhadap sesuatu usul apatah  membabitkan usul percaya kepada Perdana Menteri,” katanya lagi.
Nik Ahmad Kamal berkata, usul percaya bertujuan untuk membantu  kerajaan sama ada cukup sokongan atau sebaliknya dalam meneruskan  pentadbiran termasuk mengubal polisi dan dasar negara.
Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM kesembilan pada 21 Ogos.
Terdahulu pada 16 Ogos lalu, Muhyiddin mengumumkan keputusannya  meletakkan jawatan sebagai PM selepas hilang majoriti sokongan PM dan  cadangan kerjasama bipartisan juga tidak mendapat sokongan parti  politik.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/ujian-pertama-pm-di-dewan-rakyat-dapat.html