Kerusi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Untuk Pembangkang Azalina


bharian.com
Oleh Zanariah Abd Mutalib 
[email protected] Ogos 26, 2021 @ 6:01pm

Gambar fail, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,Datuk Seri Azalina Othman Said. - Foto ihsan Parlimen
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, mencadangkan supaya kerusi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dikosongkannya Isnin lalu, diisi oleh Ahli Parlimen pembangkang.

Azalina berkata, ia adalah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memastikan Dewan Rakyat benar-benar dapat berfungsi sebagai forum bagi persaingan dan kerjasama profesional antara parti, mengenai dasar dan tadbir urus negara.

Bagaimanapun, katanya, usul berhubung lantikan itu perlu dikemukakan oleh pihak kerajaan supaya ia benar-benar menepati kehendak kerjasama pelbagai parti, selain menjadi peluang terbaik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi isyarat ke arah perubahan.

"Jika usul itu dibawa oleh pembangkang, akan berlaku satu pagi pusingan undi percaya dan pergaduhan.

"Usaha untuk melakukan reformasi akan mengambil masa. Ia bukan sesi satu hari dan bukan semua orang dapat melakukannya kerana memerlukan banyak rundingan dengan pihak berkepentingan.

"Bagaimanapun, ini (lantikan Ahli Parlimen pembangkang sebagai Timbalan Yang Dipertua) adalah sesuatu yang boleh dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi webinar bertajuk "Pelan Hala Tuju Reformasi Parlimen Semasa dan Selepas Pandemik" anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), hari ini.

Sesi webinar itu dikendalikan Profesor Pengajian Tadbir Urus, Institut Jeffrey Cheah mengenai Asia Tenggara, Sunway University, Prof Wong Chin Huat.

Azalina berpandangan, jika kerajaan dapat melakukan perkara itu dan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen, ia akan menjadi sejarah yang hebat bagi Parlimen Malaysia.

"Ia menunjukkan isyarat yang kita mahu Parlimen menjadi platform profesional," katanya.

Mengenai pelantikan mereka yang bukan Ahli Parlimen sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengelakkan berlakunya keputusan berat sebelah, Azalina berkata, ia bukan satu keperluan.

"Berat sebelah itu amat subjektif. Kadangkala berat sebelah itu berlaku disebabkan kaum, gender, kawan lama dan kawan universiti.

"Apa yang saya mahu tekankan adalah tidak penting sama ada Ahli Parlimen atau bukan, beliau mesti seseorang yang memahami apabila beliau memegang jawatan itu, beliau perlu berfungsi tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Bagi saya, jawatan itu perlu dipegang dalam kalangan Ahli Parlimen kerana kita lebih mengenali antara satu sama lain dan lebih mudah untuk berkomunikasi," katanya.

Azalina memaklumkan mengenai peletakan jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Isnin lalu, antara lain disebabkan terdapat konflik peranan dan tanggungjawab antara tugasnya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/kerusi-timbalan-yang-dipertua-dewan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azalina Letak Jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Azalina Letak Jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 386 hits
Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
Speaker Timbalan Dewan Rakyat Tidak Patut Ada Jawatan Dalam Parti

Speaker Timbalan Dewan Rakyat Tidak Patut Ada Jawatan Dalam Parti

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 206 hits
AHLI Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan mereka yang dilantik sebagai Speaker Timbalan Speaker Dewan Rakyat harus digantung daripada memegang jawatan politik dalam parti masing masing Ini bagi memastikan mereka ya...
Terserah Pada Pm Untuk Tentukan Masa Depan Saya Kata Speaker Dewan Rakyat

Terserah Pada Pm Untuk Tentukan Masa Depan Saya Kata Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 261 hits
Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan mula berkhidmat sejak Julai 2020 PETALING JAYA Azhar Azizan Harun menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob unt...
Ujian Pertama Pm Di Dewan Rakyat Dapat Sekurang Kurangnya 111 Majoriti

Ujian Pertama Pm Di Dewan Rakyat Dapat Sekurang Kurangnya 111 Majoriti

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 256 hits
AGENDA DAILY Sidang Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia Sekurang kurangnya 111 majoriti diperlukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengabsahkan kedudukannya di Dewan Rakyat dalam undi percaya nanti kata peguam dan penganal...
Hiburan I Ni Berjiwa Rakyat Sajat Yakin Diri Layak Jadi Timbalan Perdana Menteri

Hiburan I Ni Berjiwa Rakyat Sajat Yakin Diri Layak Jadi Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 276 hits
Sebelum ini jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mencalonkan diri untuk mengambil posisi Perdana Menteri Malaysia yang Ke 9 kerana itu netizen telah memetik nama Nur Sajat bagi menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ARTIKEL...
All Mps Told To Nominate Deputy Dewan Rakyat Speaker Candidate Says Art Harun

All Mps Told To Nominate Deputy Dewan Rakyat Speaker Candidate Says Art Harun

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 285 hits
Datuk Azhar Azizan Harun Filepic The StarPETALING JAYA All MPs may now nominate a candidate for the recently vacated Deputy Dewan Rakyat Speaker position following the resignation of Datuk Seri Azalina Othman Said says Speaker Datuk Azhar A...
5867 Ppim Sambut Baik Kenyataan Timbalan Yang Dipertua Muip Samudera My 18 08 2021

5867 Ppim Sambut Baik Kenyataan Timbalan Yang Dipertua Muip Samudera My 18 08 2021

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR 18 Ogos 2021 Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut pendirian dan keterbukaan kenyataan YAM Tengku Panglima Raja Lt Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah SSAP SIMP ...
Pm Cadang Konsep Keluarga Malaysia Ajak Ahli Dewan Rakyat Bersatu

Pm Cadang Konsep Keluarga Malaysia Ajak Ahli Dewan Rakyat Bersatu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 279 hits
MALAYSIAKINIIsmail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan awam pertamanya sebagai perdana menteri hari ini menyeru semua ahli Dewan Rakyat untuk bersatu dan menggembleng tenaga sebagai keluarga Malaysia untuk memulihkan semula negara Ismai...
Speaker Dewan Rakyat Beri Notis Kepada Ahli Parlimen Serah Surat Akuan Memilih Calon Pm 9

Speaker Dewan Rakyat Beri Notis Kepada Ahli Parlimen Serah Surat Akuan Memilih Calon Pm 9

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 477 hits
Semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya membuat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya Ahli ahli Parlimen mempunyai masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakan...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara