Ujian Mendengar Bahasa Melayu Spm Format Contoh Soalan Tips Menjawab


Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM – Format, Contoh Soalan, Tips Menjawab
Ujian Mendengar Bahasa Melayu adalah merupakan salah satu komponen penting dalam peperiksaan SPM bagi subjek Bahasa Melayu yang wajib diambil oleh semua calon SPM 2024.
Ujian ini adalah penilaian penting yang bertujuan untuk mengukur keupayaan pelajar dalam memahami dan menginterpretasi maklumat yang didengar dalam bahasa Melayu. 
Ia bukan sahaja mengukur kemampuan memahami bahasa lisan tetapi juga membantu pelajar mengasah kemahiran tumpuan dan analisis.
Kemahiran mendengar amat penting bukan sahaja untuk cemerlang dalam peperiksaan, tetapi juga dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa depan. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai format, contoh soalan dan tips Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM 2024. 
BACA JUGA: Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM – Format, Contoh Soalan & Tips
Ujian Mendengar Bahasa Melayu (UMBM) SPM 2024 Ujian Mendengar diperkenalkan sebagai sebahagian daripada format KSSM yang dilaksanakan sejak 2021. Ujian ini merupakan sebahagian daripada Kertas 4 (1103/4) dalam peperiksaan Bahasa Melayu SPM
Ia bertujuan menilai kemahiran pelajar dalam mendengar, memahami, dan menafsir maklumat daripada bahan audio seperti cerpen, dialog, atau laporan berita. 
Ujian ini dijalankan serentak di seluruh negara pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, iaitu 31 Disember 2024. 
Setiap calon wajib hadir kerana kegagalan menduduki ujian ini akan dianggap sebagai gagal dalam komponen ujian lisan SPM.
Format Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM 2024 Struktur Soalan 1. Jenis Soalan Ujian ini mengandungi tiga jenis soalan yang berbeza:
Objektif Aneka Pilihan (OAP): Pilihan jawapan diberikan, dan pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat. Objektif Pelbagai Bentuk: Soalan seperti mencocokkan maklumat daripada petikan dengan gambar rajah atau carta. Subjektif Respons Terhad: Jawapan pendek berdasarkan isi petikan 2. Bilangan Soalan: 
Calon perlu menjawab 20 hingga 25 soalan yang berasaskan 4 hingga 6 petikan audio. Kesemua soalan wajib dijawab, dan markah penuh untuk komponen ini adalah 30 markah.
3. Jenis Bahan:
Soalan berdasarkan bahan-bahan berikut:
Cerpen atau cerita pendek dengan dialog ringkas. Laporan atau berita yang sering diambil daripada situasi harian. Arahan dan penerangan seperti panduan keselamatan atau langkah-langkah sesuatu proses. Petikan yang disediakan di dalam ujian ini bertujuan untuk menguji keupayaan pelajar memahami isi penting, mengenal pasti maklumat, serta mengesan intonasi dan nada​
Prosedur Calon membaca soalan kali pertama selama satu minit. Mendengar rakaman pertama kali sambil membaca soalan. Calon diberi masa 30 saat untuk menyemak jawapan. Calon membawa soalan kali kedua selama satu minit. Rakaman petikan diperdengarkan kali kedua. Calon diberi masa 30 saat untuk menyemak jawapan. Jawapan ditulis terus tanpa memulakan ayat dengan kehendak soalan. Ulang untuk petikan-petikan seterusnya. Tempoh keseluruhan ujian adalah 30 minit. Tips:
Kali Pertama: Mendengar rakaman pertama sambil membaca soalan. Catatkan nota ringkas atau kata kunci jika diperlukan. Kali Kedua: Mendengar semula rakaman untuk mengesahkan jawapan. Fokus pada isi yang mungkin terlepas semasa mendengar kali pertama. Sumber: Unit Bahasa JPN Melaka Tempoh masa keseluruhan ujian ialah 30 minit. Rakaman audio dimainkan dua kali, dan calon diberikan masa mencukupi untuk membaca serta menjawab soalan. Setiap petikan berlangsung sekitar 3 hingga 4 minit, bergantung pada panjang dan kandungannya.
NOTA PENTING: 
Semua elemen yang dinyatakan dalam rakaman mesti ditulis semula dalam jawapan untuk mendapat markah penuh, sebagai bukti calon dapat mendengar dengan baik. Perkataan yang didengar tidak boleh ditukar dengan perkataan lain yang sama erti. Pelajar digalakkan menulis dalam ayat yang lengkap atau gramatis untuk menjawab soalan struktur. BACA JUGA: Tarikh & Jadual SPM 2024 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)
Contoh Soalan SET 1
SOALAN _ Modul BM K4 SET 1MUAT TURUN Petikan 1: Wawancara
Petikan 2: Cerpen
Petikan 3: Pengumuman
Petikan 4: Tatacara
Petikan 5: Iklan
Gabungan Petikan 1-5
SET 2
SOALAN _ Modul BM K4 SET 2MUAT TURUN Petikan 1: Cerpen
Petikan 2: Berita
Petikan 3: Dialog
Petikan 4: Syarahan
SET 3
SOALAN _ Modul BM K4 SET 3MUAT TURUN Petikan 1: Fakta Sains
Petikan 2: Iklan
Petikan 3: Dialog
Petikan 4: Info
SET 4
SOALAN _ Modul BM K4 SET 4MUAT TURUN Petikan 1: Dialog
Petikan 2: Iklan
Petikan 3: Temubual
Petikan 3: Carta Nutrien
Tips Menjawab Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM Berikut adalah tips menjawab Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM yang boleh membantu calon memahami dan menjawab soalan dengan tepat:
1. Tumpukan Perhatian Semasa Rakaman Audio Elakkan gangguan: Sebelum ujian bermula, pastikan anda berada dalam keadaan tenang dan fokus. Semasa audio dimainkan, fokuskan perhatian sepenuhnya pada rakaman dan baca soalan secara serentak. Rakaman hanya dimainkan dua kali. Kehilangan fokus boleh menyebabkan anda terlepas maklumat kritikal​. Gunakan nota ringkas: Catat kata kunci penting semasa mendengar untuk membantu anda memahami isi petikan. 2. Baca dan Fahami Soalan dengan Cepat Semak setiap soalan sebelum rakaman dimainkan: Ini membantu anda mengenal pasti maklumat yang perlu diberi perhatian dalam rakaman. Fahami jenis jawapan yang diperlukan, sama ada jawapan pendek, memilih jawapan betul, atau melengkapkan tempat kosong. Tips tambahan: Soalan yang melibatkan tempat kosong biasanya memerlukan fokus pada angka, lokasi, atau fakta tertentu​.
3. Manfaatkan Peluang Kedua Pada kali kedua rakaman dimainkan, gunakan masa ini untuk: Mengesahkan jawapan. Bandingkan jawapan awal dengan maklumat dalam rakaman. Tambahkan jawapan jika terlepas isi penting pada pusingan pertama. Kenapa peluang kedua penting? Ia memberi anda ruang untuk menyemak jawapan dengan lebih terperinci dan memastikan ketepatan maklumat​
4. Latihan Berterusan Menggunakan Rakaman Simulasi Latih diri dengan bahan audio seperti cerpen, berita radio, atau dialog daripada sumber pendidikan. Biasakan dengan format rakaman seperti intonasi, nada suara, dan struktur cerita. 5. Kuasai Strategi Teknikal Gunakan pen atau pensil berkualiti untuk menulis jawapan dengan jelas. Jangan tulis jawapan dengan ayat penuh jika arahan meminta jawapan ringkas. Pastikan jawapan mengikut susunan soalan untuk mengelakkan kekeliruan semasa semakan​. 6. Kawal Emosi dan Tekanan Jika anda merasa gugup, tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang sebelum ujian bermula. Fokus pada tugas semasa dan abaikan persekitaran yang mengganggu. Tekanan boleh mengganggu keupayaan anda mendengar dan menumpukan perhatian sepenuhnya. Sumber: 
Unit Bahasa JPN Melaka

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ujian-mendengar-bahasa-melayu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ujian-mendengar-bahasa-melayu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Menghadapi Ujian Bertutur Bahasa Melayu Spm 2024

Selamat Menghadapi Ujian Bertutur Bahasa Melayu Spm 2024

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 216 hits
Selamat menghadapi Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 kepada semua calon SPM 2024 Ujian akan berlangsung sepanjang 2 hingga 5 Disember 2024 Anda mampu melakukannya All the best and be the best mknaceunlimited mknace thecoloursoflife IniS...
Kpm Umum Tarikh Sebenar Spm 2024 2 Disember Ujian Bertutur Bahasa Melayu Bermula

Kpm Umum Tarikh Sebenar Spm 2024 2 Disember Ujian Bertutur Bahasa Melayu Bermula

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 155 hits
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024 ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember Kementerian Pendidikan memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan Dalam kenyataan KPM berkata U...
Tips Jawab Soalan Ujian Psikometrik Spa

Tips Jawab Soalan Ujian Psikometrik Spa

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 54 hits
Ramai yang terbabit dengan mencari tips untuk menjawab soalan ujian ini Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib lulus untuk memasuki perkhidmatan awam selain daripada PSEE Ujian Psikometrik adalah proses atau antara kaedah yang diguna p...
Calon Spm Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Tak Sempat Duduki Ujian Bertutur

Calon Spm Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Tak Sempat Duduki Ujian Bertutur

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 51 hits
Calon SPM maut dalam perjalanan ke sekolah tak sempat duduki ujian bertutur Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia maut dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini Calon SPM Maut Dalam Perja...
Sultan Pahang Seru Semua Rakyat Tdak Abaikan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Sultan Pahang Seru Semua Rakyat Tdak Abaikan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 97 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru semua rakyat supaya tidak mengabaikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana ia bukan sekadar alat komunikasi tetapi lebih daripada itu Bag...
Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 115 hits
Pelajar Melayu yang mendapat anugerah Tokoh Pelajar Terbaik ketika majlis penganugerahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee George Town Pulau Pinang Ahmad Khidir Ahmad Nazri dikhabarkan telah dirisik beberapa universiti susulan kejay...
Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm

Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 124 hits
Saya selalu bagitahu murid perempuan Tiga kemahiran yang mana kalau mereka kuasai salah satu daripadanya insyaAllah tidak akan kelaparan 1 Memasak Belajar memasak secara profesional Ambil kursus di Kolej Komuniti ambil kursus kulinari di Po...
Rangkul Tokoh Pelajar Cemerlang Di Sekolah Cina Calon Spm Bolot 5 Anugerah

Rangkul Tokoh Pelajar Cemerlang Di Sekolah Cina Calon Spm Bolot 5 Anugerah

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 53 hits
Seorang pelajar lelaki Ahmad Khidir Ahmad Nazri menjadi inspirasi ramai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang ketika majlis penganugerahan di salah sebuah sekolah cina Ahmad Khidir yang bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Keba...
Mostbet Bookie Melhores Probabilidades E Experi Ncia De Apostas Ao Fest N Onlin

Twinings Brings Tea Crafting To Life With Time For Twinings Event At The Oak Street

Audi A4 Blue Smoke From Exhaust Causes And How To Fix

Zahid Supports Restoring School S Name To Sjkc Tun Omar Ong Yoke Lin

Play Free Online Casino Games Online Ideal Slot Scratch Cards 2024

Xenobia Den Mystiska F Geln Som Sjunger Om F Rlorade Dr Mmar

20 Free Of Charge Spins With No Down Payment At Ozwin Casino

Lirik Lagu Gurauan Mengusik Jaro Anak Limbat Feat Wawa Sri Mas


echo '';
FFM 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info Festival Filem Malaysia 33

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hiburan Acara Lelongan 727 Barangan Milik Dato Seri Vida Yang Disita Ditangguh Ke Januari Depan

Antara Seoul Malaysia Konsert Taeyang Di Malaysia Jadi Malam Yang Tak Dapat Dilupakan

Anggota Keadilan Tak Hirau Risiko Asalkan Puas Dapat Bantu Mangsa Banjir

Pemerintahan Bashar Al Assad Di Syria Berakhir

Nohhh Haaiiihhh Dia Nim

Air Koktail Syakirah