Sultan Pahang Seru Semua Rakyat Tdak Abaikan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan




KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua rakyat supaya tidak mengabaikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana ia bukan sekadar alat komunikasi, tetapi lebih daripada itu.
Baginda bertitah bahasa Melayu ialah lambang identiti budaya dan kedaulatan negara serta merupakan medium utama yang dapat memperkenalkan keunikan warisan, adat resam dan tradisi masyarakat ini kepada seluruh dunia.
"Pahang sebagai negeri yang kaya dengan sejarah, alam semula jadi dan budaya, telah mengambil langkah proaktif dengan menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi pada semua papan tanda premis perniagaan serta jalan raya bermula 2020 lagi.
"Tindakan daripada titah saya ketika itu, ialah manifestasi komitmen kita untuk memastikan identiti kita terus terpelihara dan dikenali. Tulisan Jawi, sebagai sebahagian daripada warisan bangsa, turut memainkan peranan penting dalam menonjolkan keaslian negeri ini," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Baharu Kampung Rengai, Lipis, dekat sini pada Selasa.
Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru kepada semua rakyat di negeri ini terutamanya pengusaha premis 
perniagaan, penggiat industri pelancongan dan masyarakat awam untuk terus mematuhi serta mendukung peraturan berkenaan.
Baginda bertitah bahasa Melayu dan tulisan Jawi perlulah dipastikan penggunaannya secara menyeluruh dan bukannya sekadar memenuhi syarat, tetapi sebagai tanda cinta dan hormat kepada warisan bangsa.
"Saya ingin mengingatkan, bahawa kita tidak perlu menjadi seperti 'kaduk naik junjung' terlalu teruja dengan bahasa dan budaya luar sehingga mengabaikan akar bangsa kita sendiri. Dalam usaha membangunkan negeri dan membuka pintu kepada pelancong dari serata dunia, kita tidak harus kehilangan jati diri.
"Sebaliknya, kita mesti memastikan setiap yang melawati ke negeri Pahang, merasai keunikan budaya dan bahasa kita," titah baginda.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan kepada penduduk di negeri ini agar sentiasa bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) berikutan hujan lebat ketika ini, mengundang cabaran dalam berhadapan sebarang kemungkinan berlakunya banjir, tanah runtuh dan angin kencang.
Baginda bertitah persediaan awal menghadapi MTL amat penting dalam mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda, justeru, penduduk di negeri ini dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan amaran cuaca dan nasihat daripada pihak berkuasa.
"Pastikan keluarga khususnya warga emas dan kanak-kanak sentiasa berada di tempat yang selamat. Dalam menghadapi ujian, seperti musim tengkujuh ini, saya mengajak kita semua untuk sentiasa bertawakal kepada Allah SWT di samping berusaha melindungi diri dan keluarga.
"Semoga dengan kesabaran dan doa, Allah mempermudah segala urusan kita dan melindungi negeri Pahang Darul Makmur daripada segala musibah," titah baginda. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/12/sultan-pahang-seru-semua-rakyat-tdak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Titah Semua Masjid Dan Surau Di Negeri Ini Buat Solat Hajat Mohon Hindari Musibah Banjir

Sultan Pahang Titah Semua Masjid Dan Surau Di Negeri Ini Buat Solat Hajat Mohon Hindari Musibah Banjir

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 132 hits
KUANTAN Sultan Pahang bertitah agar semua masjid dan surau di negeri itu melakukan solat hajat berikutan bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri akibat fenomena Monsun Timur Laut ketika ini Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mus...
Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444 074 Hektar 12 34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini

Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444 074 Hektar 12 34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 188 hits
KUANTAN Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444 074 hektar 12 34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3 597 206 hektar kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau memaklumkan jumlah berkenaan menunju...
Titah Adendum Nizar Dakwa Terima Dokumen Daripada Istana Pahang Sebagai Bukti Tambahan Baharu

Titah Adendum Nizar Dakwa Terima Dokumen Daripada Istana Pahang Sebagai Bukti Tambahan Baharu

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 224 hits
PUTRAJAYA Anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Datuk Mohamad Nizar didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum Bercakap kepada p...
Semua Adun Pahang Termasuk Pembangkang Dapat Peruntukan Tambahan Tahun Depan

Semua Adun Pahang Termasuk Pembangkang Dapat Peruntukan Tambahan Tahun Depan

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 229 hits
KUANTAN Semua Ahli Dewan Undangan Negeri di Pahang termasuk pihak pembangkang akan menerima peruntukan tambahan pada tahun 2025 Menurut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail nilai dan kaedah pengagihannya akan diputuskan sete...
Al Sultan Abdullah Terima Menghadap Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Pahang

Al Sultan Abdullah Terima Menghadap Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Pahang

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 192 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Pahang di Istana Abdulaziz di sini Delegasi diketuai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang Dato Sr...
Rakyat Pahang Yang Menetap Di Kawasan Risiko Banjir Diminta Berwaspada Dan Patuh Arahan Pihak Berkuasa

Rakyat Pahang Yang Menetap Di Kawasan Risiko Banjir Diminta Berwaspada Dan Patuh Arahan Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 219 hits
KUANTAN Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara yang ditetapkan Menteri Besar Pahang Dato Sr...
Pahang Perlu Wujudkan Beras Keluaran Sendiri Untuk Jamin Sumber Makanan Masa Depan Rakyat

Pahang Perlu Wujudkan Beras Keluaran Sendiri Untuk Jamin Sumber Makanan Masa Depan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 333 hits
KUANTAN Pengurangan peruntukan bagi sektor pertanian dalam Belanjawan 2025 Pahang tidak seharusnya berlaku bagi menjamin kesinambungan sumber makanan di negeri ini Hassan Omar berkata peruntukan sebanyak RM36 78 juta dalam pembentangan baru...
Bekalan Ikan Dijamin Mencukupi Untuk Rakyat Di Pahang Sepanjang Monsun Timur Laut

Bekalan Ikan Dijamin Mencukupi Untuk Rakyat Di Pahang Sepanjang Monsun Timur Laut

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 341 hits
KUANTAN Bekalan ikan dijamin mencukupi untuk rakyat di negeri ini sepanjang musim tengkujuh yang dijangka berakhir Mac tahun depan Exco Pertanian Industri Asas Tani Bioteknologi dan Pendidikan Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak berkata reko...
Selamat Menghadapi Ujian Bertutur Bahasa Melayu Spm 2024

Selamat Menghadapi Ujian Bertutur Bahasa Melayu Spm 2024

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 492 hits
Selamat menghadapi Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 kepada semua calon SPM 2024 Ujian akan berlangsung sepanjang 2 hingga 5 Disember 2024 Anda mampu melakukannya All the best and be the best mknaceunlimited mknace thecoloursoflife IniS...
Nanasheme Kau Yang Ku Sayang Chord

Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Drama Demam Viral

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Gagal Sertai Liga Malaysia Musim Depan Peminat Sri Pahang Anggap Final Piala Malaysia Tak Lagi Bermakna

Potong Cake Birthday


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Rompak Cari Duit Raya

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar