Ujian Kelayakan Tahfiz Tingkatan 1 4 Semakan Temuduga Calon


Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) ialah saringan penting untuk kemasukan ke Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di SMKA.
Bagi sesi 2025, calon Tingkatan 1 dan 4 telah menduduki ujian ini dan kini perlu membuat semakan temuduga melalui pautan rasmi yang disediakan oleh sekolah masing-masing.
Artikel ini memberi ringkasan maklumat asas UKT serta cara menyemak panggilan temuduga.
Apa itu Ujian Kelayakan Tahfiz Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) ialah satu ujian saringan rasmi yang dijalankan bagi kemasukan ke Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Program TMUA merupakan laluan pendidikan berteraskan hafazan al-Quran yang menggabungkan kurikulum akademik arus perdana dengan latihan tahfiz secara intensif.
UKT ini direka khusus untuk menilai tahap kelayakan, kemampuan hafazan, bacaan al-Quran, tajwid serta potensi pelajar sebelum mereka diterima masuk ke program berprestij tersebut.
Ia bertujuan memastikan hanya pelajar yang benar-benar bersedia dari segi kemahiran asas dan minat yang mendalam terhadap hafazan dipilih untuk mengikuti program yang lebih mencabar.
Siapa Yang Perlu Menduduki UKT? UKT dilaksanakan untuk kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, iaitu dua peringkat kritikal bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian tahfiz dalam sistem sekolah menengah.
Format Penilaian UKT Berikut adalah format penilaian untuk Ujian Kelayakan Tahfiz bagi Tingkatan 1 dan Tingkata 4:
Hafazan Al-Quran (30 minit) Tilawah Al-Quran (5 minit) Tahriri (Salin balik petikan al-quran) (5 minit) Akan diberikan mushaf dan arahan akan diberikan Ayat utk hafazan, tilawah dan tahriri berlainan Dinilai dari segi kelancaran dan tajwid Temuduga lisan akan diadakan untuk menilai adab dan sahsiah pelajar, menentukan minat dan komitmen pelajar terhadap hafazan selain menilai asas bacaan al-quran dan hafazan semasa sesi tasmik (15 minit) Tarikh Penting UKT Tarikh untuk semakan panggilan calon yang layak untuk menduduki UKT dijangka akan diumumkan pada 25 November 2025 (Selasa).
Manakala tarikh ujian UKT dijalankan adalah berbeza-beza setiap sekolah. Anda boleh buat semakan di portal rasmi sekolah masing-masing.
Berikut adalah beberapa info tarikh yang kami perolehi dari pengumuman rasmi sekolah terlibat:
1. SMKA Putrajaya
Semakan Calon Layak Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 25 November 2025 Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 3 & 4 Disember 2025 Pengumuman Semakan Tawaran : 26 Disember 2025 Pendaftaran Sekolah : 13 Januari 2026 2. SMKA Maahad Muar
Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 9 & 10 Disember 2025 3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar
Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 2 – 4 Disember 2025 8:00 pagi 4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 1 – 3 Disember 2025 7.30 pagi – 2 petang 5. SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 5 & 6 Disember 2025 Jumaat (7.15 pagi – 5.00 petang) Sabtu (7.15 pagi – 12.00 tghari) 6. SMKA Tok Bachok
Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 6 & 7 Disember 2025 Cara Semakan Panggilan UKT Anda boleh buat semakan panggilan UKT bermula 25 Disember 2025 (Selasa) melalui pautan berikut:
SMKA Maahad Muar : https://www.facebook.com/share/1BjoQDuDMr/ SMKA Kedah : https://jpnkedah.moe.gov.my/ SMKA Tok Bachok : https://jpnkelantan.moe.gov.my/peng…/semakan-temuduga-tmua SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail : https://jpnns.gov.my/spi/smka/ SMKA Kerian : http://appsperak.moe.gov.my/semaka…/semakan_inter_tmua.php SMKA Arau : https://spmictperlis.net/semakantmua/ SMKA Syeikh Abdullah Fahim : https://bit.ly/TMUASAF2025 SMKA Kota Kinabalu : https://apps.spisabah.edu.my/ukt SMKA Sheikh Hj Othman Abd Wahab : https://t.me/+xVUNrrEpy0cwNDA1 SMKA Kuala Lumpur : https://jpwpkl.moe.gov.my/ SMKA Putrajaya : https://jpwpp.moe.gov.my/…/pengumuman-semakan-temuduga… SBPI Selandar, Melaka : https://lookerstudio.google.com/…/06538f13…/page/fv7nD SBPI Batu Rakit, Terengganu : https://lookerstudio.google.com/…/1df51a8a…/page/BzGgF SBPI Rawang, Selangor : https://lookerstudio.google.com/…/41a63535-dcad-4f41… SMAP Bentong, Pahang : https://site.superb.edu.my/ivtmua2026 SMKA Kedah : https://ktsmkak.my.canva.site/semakan-smkak-ukt atau https://h7.cl/1f0A5 Maahad Sains Tok Guru : https://www.facebook.com/share/p/18vcfAugRD/ SM Imtiaz Ulul Albab Melaka : https://my06.awfatech.com/immelaka/ KAA Johor : https://ekaa.ppdbp.edu.my/ Persediaan Untuk Calon Barang yang Perlu Dibawa
Kad pengenalan asal / MyKid asal / surat beranak asal (salah satu sahaja) Surat temuduga (yang tertera nama calon dan muka hadapan sahaja) Sijil Penyertaan kokurikulum (asal) yang tertinggi sahaja (sekolah / daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa) Al-Quran biasa (biasa atau terjemahan) Buku Tahriri (untuk Tingkatan 4) Buku Rekod Hafazan Al-Quran (untuk Tingkatan 4) Alat tulis (pen hitam atau biru) Kertas yang bertulis nombor telefon ibu bapa (untuk urusan ambil anak setelah selesai ujian) Pakaian Calon
Seragam sekolah Sekiranya tiada, pakai baju kurung atau baju melayu Senarai SMKA Aliran Agama di Malaysia Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia yang dibahagikan mengikut negeri:
Johor
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Yassin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pagoh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat Kedah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan Kelantan
Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Melaka
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Perak Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said Pahang
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lipis Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang Perak
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah Perlis
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Pulau Pinang
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (L) Al-Mashoor Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad Sabah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Keningau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kimanis Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali Ranau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran Sarawak
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Miri) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu (S) Selangor
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah Terengganu
Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Durian Guling Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Abang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Senarai SMKA Aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang melaksanakan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Malaysia:
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar (JOHOR) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (KEDAH) Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Bachok (KELANTAN) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (NEGERI SEMBILAN) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian (PERAK) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (PERLIS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim (PULAU PINANG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SABAH) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SARAWAK) SMA Kuala Lumpur (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA) Maklumat Lanjut Untuk info lanjut, anda boleh layari pautan ini:
Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) : https://www.moe.gov.my/ Facebook Bahagian Pendidikan Islam KPM : https://www.facebook.com/fbbpikpm Soalan Lazim Ujian Kelayakan Tahfiz 1. Apa itu Ujian Kelayakan Tahfiz? UKT ialah ujian saringan untuk memilih pelajar yang layak memasuki Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Ia menilai kebolehan asas pelajar dalam bacaan al-Quran, hafazan dan pemahaman tajwid.
2. UKT ini untuk pelajar tingkatan berapa? UKT ditawarkan khusus untuk kemasukan pelajar:
– Tingkatan 1
– Tingkatan 4
3. Apakah tujuan utama UKT dijalankan? Tujuan UKT ialah untuk:

– Menilai kelayakan pelajar menyertai program tahfiz intensif.
– Memastikan pelajar bersedia dari segi kemampuan hafazan & asas al-Quran.
– Menepati standard TMUA yang menekankan hafazan 30 juzuk, kemahiran akademik dan pembangunan sahsiah.
4. Apa itu Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)? TMUA ialah program khas di SMKA yang menggabungkan:

– Tahfiz 30 juzuk,
– Kurikulum akademik arus perdana, dan
– Pembentukan karakter berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Ia diwujudkan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 sebagai langkah melahirkan generasi profesional yang hafiz, berfikiran kritis dan berakhlak tinggi.
5. Apakah hala tuju TMUA? TMUA bertujuan melahirkan pelajar yang:
– Hafaz 30 juzuk al-Quran.
– Berilmu dan berkemahiran tinggi.
– Berkepimpinan dan berwibawa.
– Berfikiran aras tinggi, kreatif dan inovatif.
– Mampu menjadi profesional Muslim yang berpegangan agama kukuh.
6. Apakah pendekatan pendidikan dalam TMUA? Pendekatan TMUA terbahagi kepada tiga:

Quranik – Hafazan & pemahaman al-Quran menggunakan pendekatan BIFFAS.
Ensiklopedik – Penguasaan pelbagai disiplin ilmu & bahasa.
Ijtihadik – Keupayaan menyelesaikan masalah secara kreatif & kritikal.
7. Apa mata pelajaran yang ditawarkan dalam TMUA? TMUA menawarkan empat kategori subjek:

Mata Pelajaran Teras – BM, BI, Sejarah, PI, Matematik, Sains
Mata Pelajaran Wajib – Geografi, ASK/RBT, PSV, PJPK
Subjek Tambahan – Bahasa Arab & bahasa antarabangsa tambahan
Subjek Tahfiz – Hifz al-Quran & Maharat al-Quran
8. Bila UKT biasanya dijalankan? Tarikh UKT ditetapkan oleh KPM dan sekolah masing-masing. Untuk sesi 2025/2026, peperiksaan telah berlangsung lebih awal tahun ini.
9. Bagaimana cara semak keputusan atau panggilan temuduga UKT? Pelajar perlu menyemak melalui pautan rasmi yang disediakan oleh sekolah masing-masing. SMKA biasanya memuat naik pautan semakan di laman web atau media sosial rasmi sekolah.
10. Jika pelajar tidak lulus UKT, bolehkah mereka mohon lagi? Ya, pelajar boleh memohon semula jika berada dalam kumpulan umur Tingkatan 1 atau 4 pada tahun berikutnya. Namun TMUA sangat kompetitif dan tempat adalah terhad.
Baca juga:
Pengumuman & Semakan Keputusan PSRA 2025 – 27 Nov 2025 Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA : Permohonan Sesi 2026

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ujian-kelayakan-tahfiz/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ujian-kelayakan-tahfiz

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Kelayakan Bkj Pemandu E Hailing P Hailing Teksi

Semakan Kelayakan Bkj Pemandu E Hailing P Hailing Teksi

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 95 hits
Semakan kelayakan Bantuan Kasih Johor pemandu E Hailing P Hailing dan teksi di Negeri Johor boleh dibuat menerusi pautan Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini Mengenai Bantuan Kasih Johor Bantuan Kasih Johor atau BKJ merupak...
Waspada Surat Jemputan Temuduga Bersama Menteri Kewangan Yang Menyalahgunakan Jata Negara Dan Nama Mof

Waspada Surat Jemputan Temuduga Bersama Menteri Kewangan Yang Menyalahgunakan Jata Negara Dan Nama Mof

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 190 hits
Menurut Kementerian Kewangan Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya atau menyebarkan dokumen palsu berupa surat kononnya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang turut memaparkan Jata Negara dan telah tular melalui ap
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Kenal Pasti 2 400 Daripada Keseluruhan 21 048 Calon Spm Berisiko Terjejas Banjir

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Kenal Pasti 2 400 Daripada Keseluruhan 21 048 Calon Spm Berisiko Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 142 hits
KUANTAN Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sudah mengenal pasti seramai 2 400 daripada keseluruhan 21 048 calon Sijil Pelajaran Malaysia di negeri ini yang berisiko terkesan akibat banjir sepanjang tempoh peperiksaan yang bermula hari ini Pen...
Dakwaan Spr Menetapkan Syarat Tambahan Baharu Untuk Semakan Cukai Pendapatan Di Lhdn Adalah Tidak Benar

Dakwaan Spr Menetapkan Syarat Tambahan Baharu Untuk Semakan Cukai Pendapatan Di Lhdn Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 148 hits
SEBENARNYA Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia SPR menafikan menetapkan syarat tambahan baharu untuk mewajibkan calon membuat semakan cukai pendapatan di LHDN sebagai syarat tambahan kedua kelayakan calon yang b
Lindung Pekerja Pastikan Anda Dilindungi Ini Cara Semakan Caruman Manfaat Tuntutan

Lindung Pekerja Pastikan Anda Dilindungi Ini Cara Semakan Caruman Manfaat Tuntutan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 150 hits
Mungkin ramai pekerja di Malaysia masih tak tahu bahawa caruman PERKESO adalah wajib di sisi undang undang tak kiralah sama ada pekerja bertaraf tetap atau kontrak dan telah memiliki insurans swasta Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja ...
Skas 2026 Semakan Bayaran

Skas 2026 Semakan Bayaran

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 113 hits
Kerajaan mengumumkan kenaikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak berjumlah RM640 juta melibatkan lebih daripada satu juta penerima dalam Belanjawan Sarawak 2026 Penerima isi rumah berpendapatan RM5 000 dan ke bawah akan menerima RM950 manakal...
Kelas Seliaan Negeri 2026 Permohonan Semakan Tawaran

Kelas Seliaan Negeri 2026 Permohonan Semakan Tawaran

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 206 hits
Kelas Seliaan Negeri adalah satu program yang dikhaskan untuk murid yang cemerlang akademik pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum serta mempunyai rekod disiplin yang baik Permohonan boleh dilakukan di dalam sistem APDM melalui pautan...
Menjelang Pru16 Ketua Pembangkang Poster Boy Calon Pm Sama Atau Lain

Menjelang Pru16 Ketua Pembangkang Poster Boy Calon Pm Sama Atau Lain

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 140 hits
Mohsin AbdullahIn the good old days keadaannya straightforward Sekarang jawatan ketua pembangkang di Parlimen tidak sama dengan ketua pembangkang secara realitinya Tak ada angin tak ada ribut tup tup timbul spekulasi tempoh hari Hamzah Zain...
Hubungan Baik Dengan Hajiji Lancar Tugas Bantu Rakyat Kata Calon Pn

Hubungan Baik Dengan Hajiji Lancar Tugas Bantu Rakyat Kata Calon Pn

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 134 hits
Aliakbar Gulasan hargai peruntukan GRS sebagai Adun dilantik dan nafi dakwaan khianati parti ketika krisis politik 2022 Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan menolak dakwaan pihak yang melabelnya pengkhianat dan kekal dalam kerajaan kerana...
Roti Telur Tuna Resipi Paling Mudah Sedap Untuk Sarapan Cepat

Transformasi Tasik Kenyir Menjadi Pusat Data Centre Dan Ai Terbesar Di Asia Tenggara

Permohonan Mylesen B2 Jpj Putrajaya

Kenapa Wanita Perlu Faham Konsep Nafkah

Sekelip Mata Berada Di Bangi Shah Alam Selangor Kkia Klia Semalam

Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

Peguam Gesa Bukit Aman Siasat Kes Polis Melaka Tembak Mati 3 Lelaki

Why Most New Vapers Pick Disposable Pods Without Research


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tremendous Sains On Fire

Sarapan Pagi Di Restoran Hua Mui Cawangan Taman Universiti Skudai

Temuduga Di Smka Syeikh Abdullah Fahim

Ramadan 2025 Panduan Lengkap Kelebihan 30 Amalan Wajib

11 Snek Kenyang Tanpa Rasa Bersalah

Bagaimana Packaging Custom Meningkatkan Nilai Produk Anda Tanpa Sedar