Skas 2026 Semakan Bayaran


Kerajaan mengumumkan kenaikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS 2026) berjumlah RM640 juta, melibatkan lebih daripada satu juta penerima dalam Belanjawan Sarawak 2026. Penerima isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM950, manakala penerima bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM300. Bagi warga emas tanpa pasangan atau anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah, mereka akan menerima RM500. Anda boleh buat semakan SKAS 2026 melalui pautan ini: https://sarawak.gov.my
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SKAS dan bagaimana untuk membuat semakan, pendaftaran atau penerimaan bantuan tunai tersebut.
Apa itu SKAS 2026 SKAS ialah bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) bagi membeli barangan makanan asas.
Menurut Datuk Patinggi Abang Johari, SKAS yang diperuntukkan sebanyak RM640 juta pada tahun hadapan dijangka akan memanfaatkan kira-kira lebih dari satu juta penerima.
Beliau menyampaikan kenyataan ini ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2026 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.
Syarat Kelayakan & Kategori Penerima Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak; Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak. Kategori Penerima
A) Kategori Isi Rumah
Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan Tiada had umur. B) Kategori Bujang
Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;  Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa. C) Kategori Warga Emas
Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak; Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan Had umur 60 tahun dan ke atas. Jumlah Bantuan SKAS 2026 Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah di antara RM250 hingga RM800 bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan. Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah seperti berikut:
Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM950. Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM300. Penerima kategori warga emas tanpa pasangan / anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM500 Tarikh & Cara Bayaran Diterima Tarikh pembayaran SKAS 2026 masih belum diumumkan. Namun bantuan akan disalurkan sebanyak 3 kali setahun iaitu 4 bulan sekali.
Penerima akan dikreditkan bantuan ini melalui S Pay Global. Jika anda tidak mempunyai aplikasi ini, sila muat turun dan daftar akaun mengikut panduan berikut: S Pay Global – Semakan Bayaran SKAS 2026
Semakan Status & Kelayakan SKAS 2026 Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) secara automatik.
Semakan nama penerima SKAS boleh dilakukan melalui laman web https://sarawak.gov.my. Pastikan anda mempunyai Sarawak ID dan memasukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
Cara Semakan Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Untuk semakan kelayakan SKAS, sila layari laman web https://sarawak.gov.my Klik Check Eligibility (Sila pastikan anda mempunyai akaun SarawakID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah) Log masuk menggunakan akaun SarawakID anda dan klik Next. Klik My Individual Account. Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Cara Permohonan Mengikut sumber setakat ini, tiada permohonan dibuka untuk SKAS 2026. Data akan berpandukan STR 2025 daripada LHDN kelak. Bagi sesiapa yang tercicir atau berubah status, anda boleh buat rayuan / permohonan baru berdasarkan tarikh yang akan diberitahu nanti. Harap maklum.
Semakan boleh dibuat melalui laman web https://sarawak.gov.my. Pastikan anda mempunyai Sarawak ID dan memasukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
Jika anda masih belum mendaftar Sarawak ID, sila rujuk artikel berikut : Sarawak ID (Sarawak Pass): Cara Daftar & Login
Maklumat Lanjut Untuk semakan penerima dan maklumat lanjut anda boleh layari pautan rasmi https://sarawak.gov.my atau rujuk panduan berikut:
Panduan untuk S PAY GLOBAL
Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan ) Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan ) Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan ) Panduan untuk SarawakID
Lupa kata laluan SarawakID [ Lihat panduan ] Panduan untuk SKAS
Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ]. Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik]. Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video  |  Infografik ].  Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]
Anda juga boleh dapatkan info terkini di sini:
Facebook TVS atau Tiktok TVS Laman web rasmi https://www.tvsarawak.my/ Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS  Sarawak Awareness Group Soalan Lazim SKAS 2026 1. Apa itu SKAS 2026? SKAS 2026 ialah bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) yang diberikan kepada rakyat Sarawak bagi membeli barangan makanan asas.

Untuk tahun 2026, kerajaan Sarawak mengumumkan kenaikan peruntukan SKAS kepada RM640 juta, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih daripada satu juta penerima. Pengumuman ini dibuat oleh Datuk Patinggi Abang Johari ketika pembentangan Belanjawan Sarawak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN).
2. Siapa yang layak menerima SKAS 2026? Kelayakan adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dikemaskini. Penerima mestilah:

– Anak Sarawak (pemegang MyKad kod “K”)
– Beralamat dan menetap di Sarawak
– Tersenarai sebagai penerima STR mengikut kategori kelayakan

Penerima yang layak dibahagikan kepada 3 kategori: Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas.
3. Apakah kategori penerima SKAS? A) Kategori Isi Rumah
Berkahwin; atau
Ibu/bapa tunggal (balu/janda/duda) dengan tanggungan;
Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah;
Tiada had umur.

B) Kategori Bujang
Bujang; atau
Ibu/bapa tunggal (balu/janda/duda) tanpa tanggungan;
Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah;
Umur 21–59 tahun;
OKU berumur 19 tahun ke atas layak;
Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.

C) Kategori Warga Emas
Bujang; atau
Ibu/bapa tunggal tanpa anak;
Pendapatan RM5,000 dan ke bawah;
Umur 60 tahun ke atas.
4. Berapakah jumlah bantuan SKAS 2026? Jumlah bantuan SKAS adalah antara RM250 hingga RM800, namun kerajaan Sarawak turut mengumumkan peningkatan berikut:

Isi rumah (pendapatan ≤ RM5,000): RM950
Bujang (pendapatan ≤ RM2,500): RM300
Warga emas tanpa pasangan/anak (pendapatan ≤ RM5,000): RM500
5. Bila tarikh pembayaran SKAS 2026? Tarikh rasmi belum diumumkan. Namun, pembayaran SKAS dijangka dibuat 3 kali setahun (setiap 4 bulan sekali).
6. Bagaimana cara membuat semakan kelayakan SKAS 2026? Anda boleh membuat semakan melalui pautan rasmi: https://sarawak.gov.my

Cara semakan:
1. Layari laman web tersebut.
2. Klik Check Eligibility.
3. Log masuk menggunakan Sarawak ID.
4. Klik My Individual Account.
5. Masukkan nombor MyKad dan tekan Search.
6. Paparan akan menunjukkan sama ada anda layak menerima SKAS atau tidak.
7. Adakah saya perlu ada Sarawak ID untuk semakan? Ya. Anda wajib mempunyai Sarawak ID yang sah untuk membuat semakan.
Jika belum mendaftar, sila rujuk panduan pendaftaran Sarawak ID di laman rasmi Sarawak.
8. Bagaimana bantuan SKAS disalurkan? Bantuan kredit SKAS akan dimasukkan dalam e-dompet S Pay Global.
Penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan asas di premis yang menerima pembayaran melalui aplikasi tersebut.
9. Bagaimana cara permohonan SKAS 2026? Permohonan dan rayuan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan rasmi: https://sarawak.gov.my
Baca juga:
SKAS : Semakan Bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak SarawakPay: Semak Kelayakan & Tebus SKAS Senarai Kedai SKAS di Sarawak, Sabah & Selangor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/skas-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=skas-2026

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelas Seliaan Negeri 2026 Permohonan Semakan Tawaran

Kelas Seliaan Negeri 2026 Permohonan Semakan Tawaran

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 274 hits
Kelas Seliaan Negeri adalah satu program yang dikhaskan untuk murid yang cemerlang akademik pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum serta mempunyai rekod disiplin yang baik Permohonan boleh dilakukan di dalam sistem APDM melalui pautan...
Musim Haji 2026 Utamakan Kesihatan

Musim Haji 2026 Utamakan Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 194 hits
Bismillah Assalamualaikum Cepat benar masa berlalu Hari esok kami di Johor sudah pun memasuki modul ke 6 kursus Haji bagi ibadah haji untuk tahun 2026 Kursus kali ini lebih awal di mulakan dari tahun tahun sebelumnya Saya sudah menunaikan h...
Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 260 hits
1 Akhirnya YB Kuala Nerang Exco Kedah harini mendedahkan Projek Tebatan Banjir di Kedah adalah projek Persekutuan 2 Projek Kerajaan Pusat di Kedah Ringkasan 7 Projek Tebatan Banjir di Kedah RM1 425 bilion1 RTB Sg Kedah Anak Bukit RM641 juta...
Belanjawan Johor 2026 Intipati Insentif Bantuan Rakyat Johor

Belanjawan Johor 2026 Intipati Insentif Bantuan Rakyat Johor

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 220 hits
Belanjawan Johor 2026 yang bertemakan Bangsa Johor Sejahtera bakal dibentangkan dengan tumpuan kepada Agenda Maju Johor 2030 melalui enam teras utama yang memacu kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Belanjawan Johor 2023 telah dibenta...
Belanjawan 2026 Mcmc Perkukuh Keterangkuman Digital Dan Kesalinghubungan Negara

Belanjawan 2026 Mcmc Perkukuh Keterangkuman Digital Dan Kesalinghubungan Negara

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 229 hits
CYBERJAYA 11 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyambut baik penekanan Kementerian Komunikasi dalam Belanjawan 2026 yang memberi fokus kepada usaha memperkukuh kesalinghubungan komunikasi memperluas pembangunan infrastrukt...
Tiong Malaysia On Track To Welcome 47mil Tourists For 2026

Tiong Malaysia On Track To Welcome 47mil Tourists For 2026

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 189 hits
Tourism Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing said Malaysia recorded 24 5 million visitors between January and July this year a 16 8 per cent increase compared with 21 million in the same period last year BERNAMAKUALA LUMPUR ...
Tawas Selangor 2026 Cara Tebus Rm1500 Untuk Kelahiran 2008

Tawas Selangor 2026 Cara Tebus Rm1500 Untuk Kelahiran 2008

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 240 hits
Tabung Warisan Anak Selangor akan mula menyalurkan pembayaran manfaat bagi kelahiran tahun 2008 pada tahun 2026 Semak kelayakan kemaskini kini maklumat dan pilihan kaedah pembayaran di portal rasmi Yayasan Warisan Anak Selangor Tabung Waris...
Bantuan Tadika Selangor 2026 Cara Mohon Syarat

Bantuan Tadika Selangor 2026 Cara Mohon Syarat

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 252 hits
Bantuan Tadika Selangor adalah skim bantuan yuran tadika yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu meringankan beban ibu bapa membayar yuran tadika Layari untuk maklumat lanjut Bantuan yang diberikan akan disalurkan terus...
Sandisk Lancar Koleksi Rasmi Piala Dunia Fifa 2026 Berbentuk Wisel

Sandisk Lancar Koleksi Rasmi Piala Dunia Fifa 2026 Berbentuk Wisel

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 269 hits
Sandisk meraikan kempen Piala Dunia FIFA 2026 lebih awal dengan melancarkan koleksi produk rasmi bertemakan ukan berprestij itu yang direka khas untuk peminat pencipta kandungan dan jurugambar profesional Koleksi Produk Berlesen Rasmi SANDI...
Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Siti Nurhaliza Terkesan Ujian Peminat Setia Di Icu Hkl Mohon Doa Keajaiban

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Bmw N57 Vs Bmw M57 Which One Is A Better Engine

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2025

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis

Buat Duit Tanpa Modal Besar Cara Realistik Jana Income Secara Automatik

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam