Lindung Pekerja Pastikan Anda Dilindungi Ini Cara Semakan Caruman Manfaat Tuntutan


Mungkin ramai pekerja di Malaysia masih tak tahu bahawa caruman PERKESO adalah wajib di sisi undang-undang, tak kiralah sama ada pekerja bertaraf tetap atau kontrak dan telah memiliki insurans swasta.
Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang layak adalah wajib didaftarkan. Jadi, sudahkah anda membuat semakan caruman anda? Anda juga mungkin telah lama didaftarkan tetapi tidak pernah memohon manfaat yang sepatutnya.
Ramai yang menganggap, “Kalau majikan tak carum, pekerja memang tak boleh buat apa-apa.” Ini adalah tanggapan yang salah ya!  Sebenarnya kalau majikan gagal mencarum, pekerja boleh buat laporan terus kepada PERKESO, dan majikan boleh dikenakan tindakan undang-undang. PERKESO juga boleh bantu selesaikan tuntutan jika terbukti pekerja sepatutnya layak dilindungi.
Ayuh, ketahui lebih lanjut tentang LINDUNG Pekerja dan bagaimana anda boleh semak status caruman serta membuat permohonan tuntutan manfaat.
Apa itu LINDUNG Pekerja? LINDUNG PEKERJA ialah program perlindungan keselamatan sosial yang disediakan oleh PERKESO bagi melindungi pekerja sektor formal, termasuk warganegara Malaysia, warganegara asing serta pekerja domestik.
Program ini merupakan penjenamaan semula kepada perlindungan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan bertujuan memastikan setiap pekerja mendapat jaminan keselamatan sosial sekiranya berlaku kemalangan atau penyakit berkaitan pekerjaan.
Objektif utama LINDUNG PEKERJA adalah untuk memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan atau kematian.
Selain itu, program ini juga menjamin kebajikan pekerja dan tanggungan mereka melalui pelbagai bentuk faedah seperti bayaran tunai, rawatan perubatan serta program pemulihan bagi membantu mereka kembali bekerja.
Terdapat 2 skim yang terdapat di bawah LINDUNG Pekerja – iaitu Skim Bencana Kerja dan Skim Keilatan.
Jom fahamkan apakah 2 skim ini.
Perlindungan & Manfaat LINDUNG Pekerja 1. Skim Bencana Pekerjaan Skim Bencana Pekerjaan (LINDUNG PEKERJA) memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. 
Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:
Faedah Perubatan Faedah Hilang Upaya Sementera Faedah Hilang Upaya Kekal Elaun Layanan Sentiasa Kemudahan Pemulihan Jasmani Faedah Orang Tanggungan Faedah Pengurusan Mayat 2. Skim Keilatan Seseorang berinsurans dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal. 
Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Faedah skim ini termasuklah :
Pencen Ilat Bantuan Ilat Elaun Layanan Sentiasa Pencen Penakat Kemudahan Pemulihan Jasmani Faedah Pengurusan Mayat Kategori Kelayakan Skim LINDUNG Pekerja Caruman Jenis Pertama – Skim Bencana Kerja (LINDUNG PEKERJA) dan Skim Keilatan (LINDUNG PEKERJA)
Bagi pekerja asing yang berumur di bawah 55 tahun ketika mula memasuki atau pertama kali mencarum di bawah Skim Keilatan PERKESO. Caruman Jenis Kedua – Skim Bencana Kerja (LINDUNG PEKERJA)
Bagi pekerja asing yang telah mencapai 55 tahun dan ke atas serta belum pernah memasuki atau mencarum di bawah Skim Keilatan PERKESO sebelum ini; atau Bagi pekerja asing telah mencapai umur 60 tahun dan masih bekerja. Syarat Kelayakan Pekerja Asing 
Mempunyai pas kerja yang sah seperti Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), pas penggajian, pas khas dan lain-lain pas kerja seumpamanya Mempunyai pasport yang sah Jumlah Bayaran Caruman Berikut adalah kadar caruman bulanan yang WAJIB dibayar:
SyerSkim Bencana KerjaSkim KeilatanJumlah CarumanMajikan1.25%0.5%1.75%Pekerja Asing–0.5%0.5% Cara Daftar LINDUNG Pekerja Muat turun Aplikasi Prihatin PERKESO hari ini untuk mendaftar dan membuat bayaran caruman LINDUNG Pekerja dengan mudah, cepat dan selamat terus dari hujung jari anda!
Apple Apps Store : https://apps.apple.com/my/app/prihatin/id1523496062?ign-itscg=30200&ign-itsct=apps_box_link Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.perkeso.mobileapp&hl=en&gl=US Soalan Lazim (FAQ) LINDUNG Pekerja Adakah LINDUNG Pekerja untuk semua jenis pekerja, termasuk part-time?
Lindung Pekerja hanya untuk pekerja sektor formal yang sah, bukan freelancer atau part-timer yang tiada kontrak tetap. Pekerja sendiri atau freelancer layak mencarum di bawah LINDUNG Kendiri.
Adakah LINDUNG Pekerja sama dengan Lindung KERJAYA? Tidak. LINDUNG Pekerja fokus kepada keselamatan sosial (kemalangan, hilang upaya, kematian), manakala LINDUNG Kerjaya (SIP) fokus kepada bantuan bila hilang kerja dan latihan semula.

Ramai keliru sebab dua-dua skim ini namanya hampir sama, tapi fungsinya berbeza ya.
Kalau dah ada insurans sendiri, masihkah perlu carum PERKESO? Caruman PERKESO wajib di sisi undang-undang, tak kira sama ada seseorang pekerja sudah ada insurans swasta atau tidak. Kenapa? Sebab PERKESO ialah skim perlindungan sosial negara, bukan insurans komersial.
Adakah pekerja asing boleh dilindungi di bawah LINDUNG Pekerja? Ya, pekerja asing termasuk mereka yang mempunyai pembantu rumah warga Indonesia, Filipina dan lain-lain layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan, salah satu skim di bawah LINDUNG Pekerja. Pekerja asing tersebut mestilah mempunyai permit kerja yang sah, pasport dan Pas Khas bagi pekerja asing baharu dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau pas kerja yang sah bagi pekerja asing sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Adakah majikan boleh didakwa jika tidak mendaftar pekerja di bawah LINDUNG Pekerja? Ya. Majikan boleh dikenakan denda hingga RM10,000 atau penjara 2 tahun. Pekerja juga boleh laporkan terus ke pejabat PERKESO jika mereka tidak didaftarkan.

Caruman ini diwajibkan oleh Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 untuk melindungi pekerja melalui Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
Apa perbezaan tuntutan di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan? Skim Bencana Pekerjaan fokus pada tuntutan untuk kemalangan yang berlaku semasa bekerja.
Manakala Skim Keilatan pula adalah untuk penyakit atau hilang upaya yang berlaku bukan sebab disebabkan oleh pekerjaan.
Siapakah pekerja yang dikecualikan daripada caruman di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969? – Penjawat awam Persekutuan dan Negeri bertaraf tetap
– Bekerja sendiri (kecuali pemandu teksi yang bekerja sendiri, individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya termasuk e-hailing seperti Grab dan juga pemandu bas yang bekerja sendiri)
– Pemilik tunggal atau perkongsian suatu perusahaan
Bagaimana nak buat tuntutan kalau berlaku kemalangan? Permohonan tuntutan faedah boleh dibuat secara atas talian atau secara manual di pejabat PERKESO. 
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelangan PERKESO 1-300-22-8000 atau layari laman web LINDUNG PERKESO https://www.perkeso.gov.my/lindung.html atau hadir ke mana-mana pejabat PERKESO yang berdekatan di seluruh negara.
Baca juga:
Penyata PERKESO – Semakan Penyata Pencen / Faedah Tahunan Check SOCSO : Semakan Status, Faedah & No PERKESO Cara Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Kerja Sendiri & Majikan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/lindung-pekerja/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lindung-pekerja

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 270 hits
Calon yang layak akan dipanggil menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM dan Ujian Khas MRSM mengikut jadual yang ditetapkan oleh MARA Semakan panggilan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi berikut bagi Tingkatan 1 di d...
Lindung Kendiri Perkeso Khas Untuk Peniaga Pekerja Sendiri Rider Freelancer

Lindung Kendiri Perkeso Khas Untuk Peniaga Pekerja Sendiri Rider Freelancer

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 159 hits
Kalau dulu PERKESO cuma terkenal dengan perlindungan untuk pekerja bergaji tetap tapi sekarang ni golongan pekerja sendiri gig worker seperti rider peniaga kecil kecilan atau freelancer pun tak ketinggalan Melalui jenama baharu PERKESO iait...
Cara Kita Melayan Pendatang Haram Punca Mereka Berbondong Bondong Datang Ke Sini

Cara Kita Melayan Pendatang Haram Punca Mereka Berbondong Bondong Datang Ke Sini

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 151 hits
Bila bot karam kita biarkan mati lemas itu zalim namanya KAMARIAH KHALIDIPUTRAJAYA Kementerian Dalam Negeri menegaskan bahawa sebarang cubaan menceroboh perairan negara termasuk oleh pelarian penyeludup atau pun sindiket pemerdagangan manus...
5 Cara Masak Nasi Biar Matang Sempurna Pemula Anak Kos Anak Perantauan Merapat

5 Cara Masak Nasi Biar Matang Sempurna Pemula Anak Kos Anak Perantauan Merapat

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 218 hits
Cara masak nasi agar pulen tidak mudah basi tidak lengket 1 Gunakan perbandingan 1 1 antara air dan beras 2 Tambahkan bubuk agar agar plain 3 Gunakan minyak sayur 4 Gunakan perasan jeruk nipis dll
Cara Buat Duit Dalam Usd Melalui Platform Freelance Antarabangsa

Cara Buat Duit Dalam Usd Melalui Platform Freelance Antarabangsa

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 220 hits
Cara Buat Duit Dalam USD Melalui Platform Freelance Antarabangsa Ramai rakyat Malaysia kini memilih kerja sambilan dalam talian untuk menjana pendapatan tambahan malah ada yang menjadikannya sebagai kerjaya utama Salah satu cara paling popu...
4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 289 hits
BloggerBorneo com Bagi pengguna ponsel Samsung yang membeli perangkat dari luar negeri salah satu masalah yang sering muncul adalah jaringan tidak terbaca atau SIM card tidak terdeteksi Ini biasanya terjadi karena HP masih dalam kondisi ter...
Jangan Terperangkap Dalam Drama Cara Bijak Menjauh Dari Orang Yang Suka Play Victim

Jangan Terperangkap Dalam Drama Cara Bijak Menjauh Dari Orang Yang Suka Play Victim

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 197 hits
AssalamualaikumJangan Terperangkap Dalam Drama Cara Bijak Menjauh Dari Orang Yang Suka Play Victim Pernah tak kau jumpa seseorang yang bila ada masalah dia akan cepat cepat jadi mangsa Semua salah orang lain dia je yang tak pernah salah Aku...
Cara Buat Slaid Pembentangan Dengan Google Gemini

Cara Buat Slaid Pembentangan Dengan Google Gemini

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 147 hits
Sekarang anda tidak perlu pening lagi untuk membuat slaid pembentangan Dengan bantuan Google Gemini anda boleh menghasilkan slaid pembentangan yang lengkap dengan tema dan warna yang menarik Lebih menarik lagi walaupun anda tidak mempunyai ...
Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 235 hits
Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua Nak buat bisnes tapi tak ada modal buka kedai soalan ini antara paling biasa ditanya oleh mereka yang nak mula berniaga Berita baiknya sekarang anda boleh jana inc...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan