Ujian Dan Dugaan Yang Harus Ditempuh Bila Jadi Dropshipper
Assalamualaikum semua.
Ujian Dan Dugaan Yang Harus Ditempuh Bila Jadi Dropshipper
Zaman sekarang ni, mesti semua orang atau kebanyakannya dah tahu dan familiar kan dengan konsep dropship tu macam mana? Semua anggap jadi dropshipper amat mudah kerana tak perlu pos barang, tak perlu modal sendiri, tak perlu simpan stok tapi boleh jana side income.
Ya memang betul semua tu tak perlu tapi bukan tak ada risiko dan cabarannya jadi dropshipper ni tau. Sebab apa-apa pun, dropshipper ni yang perlu deal dengan customer. Bila nak deal dengan customer ni, maksudnya kita kenalah bersedia nak deal dengan semua jenis ragam manusia.
Untuk memudahkan kerja kita sebagai dropshipper, kena pastikan kita jadi dropshipper di bawah ejen yang bertanggungjawab, mudah untuk berkomunikasi dan yang penting ‘professional’ serta tidak mementingkan keuntungan semata-mata.
Kadang-kadang antara punca yang boleh buat seorang dropshipper jadi bosan dan hilang semangat adalah 80% datang dari ejennya sendiri. Contohnya, ejen lambat bagi respon bila nak check stok ada ke tak secara tak langsung boleh menjejaskan servis kita pada customer yang tak sanggup nak tunggu lama, kemungkinan customer terus tak jadi nak beli.
Lepas tu bila kita dah submit order, ejen senyap sunyi pula tak update tracking number. Customer pula dah tanya berkali-kali. Whatsapp dan Telegram tak balas. Balas lambat, lambat respon dan lambat pos. Akhirnya dropshipper juga yang menanggung kena refund balik pada customer yang tak sanggup tunggu lama.
Kesimpulannya, nak jadi dropshipper kena cari ejen dan produk yang betul-betul kukuh ada sistem yang mudah untuk kita check stok dan boleh bagi respon dengan kadar segera. Akhir kalam, sentiasalah berdoa agar kita diberikan kekuatan dan kesabaran supaya tak cepat give up dalam jadi dropshipper dan dipertemukan dengan ejen yang bertimbang rasa terhadap anak-anak buahnya.
(Luahan dari seorang rakan yang jadi dropshipper)
Korang semua ada pengalaman jadi dropshipper dan pernah ada masalah dengan ejen? Bolehlah share apa-apa pandangan dan nasihat atau kata-kata semangat di ruangan komen ya! Jumpa lagi di lain entri. Bye!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2019/06/ujian-dan-dugaan-yang-harus-ditempuh.html