Isu Pengiktirafan Uec Keputusan Mesti Berpaksikan Perlembagaan Bukan Tekanan Politik Zambry


Isu Pengiktirafan UEC: Keputusan Mesti Berpaksikan Perlembagaan, Bukan Tekanan Politik – Zambry
PUTRAJAYA, 12 Dis (Bernama) — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa sebarang cadangan atau keputusan berkaitan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), mesti berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata isu itu tidak boleh diputuskan berdasarkan tekanan politik atau tuntutan sempit mana-mana pihak.
“Pendirian Kerajaan MADANI kekal konsisten bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu merupakan prinsip asas negara yang tidak boleh dikompromi.
“Prinsip ini terpakai kepada semua aliran pendidikan tanpa sebarang pengecualian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Zambry berkata KPT bersetuju dengan penegasan Perdana Menteri bahawa semua aliran pendidikan sama ada Cina, Tamil, Arab, Inggeris mahupun sekolah antarabangsa, wajib mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu.
Beliau berkata perkara itu selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan serta aspirasi nasional dalam pembinaan jati diri dan perpaduan negara.
Zambry berkata di peringkat KPT, kementerian akan terus memperkukuh hala tuju pendidikan tinggi negara yang inklusif, progresif dan berdaya saing.
“Penekanan akan terus diberikan kepada penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa teras, teknologi dan ilmu,” katanya.
Pada masa yang sama, Zambry berkata KPT turut memperkasa Bahasa Inggeris serta bahasa lain seperti Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa suku kaum bagi melahirkan bakat nasional yang multilingualisme, seimbang, berakar pada nilai kenegaraan serta mampu memenuhi tuntutan dan cabaran global.
Sumber: BERNAMA
The post Isu Pengiktirafan UEC: Keputusan Mesti Berpaksikan Perlembagaan, Bukan Tekanan Politik – Zambry appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/12/isu-pengiktirafan-uec-keputusan-mesti-berpaksikan-perlembagaan-bukan-tekanan-politik-zambry/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uec Tidak Boleh Diputuskan Atas Tekanan Politik Mesti Berpaksikan Perlembagaan Zambry

Uec Tidak Boleh Diputuskan Atas Tekanan Politik Mesti Berpaksikan Perlembagaan Zambry

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 128 hits
Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan bahawa sebarang cadangan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama mesti berpaksikan Perlembagaan Persekutuan Ia juga selari dengan Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan tidak
Uec Tak Boleh Diputus Berdasar Tekanan Politik Tuntutan Sempit

Uec Tak Boleh Diputus Berdasar Tekanan Politik Tuntutan Sempit

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 109 hits
Menteri pendidikan tinggi berkata cadangan berkaitan perkara itu mesti berpaksi Perlembagaan Persekutuan selari Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir berkata KPT akan terus memperkukuh ...
Uec Dikitar Semula Pada Hal Semua Parti Menggunakan Isu Sama Demi Mendaoat Sokongan

Uec Dikitar Semula Pada Hal Semua Parti Menggunakan Isu Sama Demi Mendaoat Sokongan

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 126 hits
JIKA UEC DIIKTIRAF PKR BERPOTENSI DITOLAK PENGUNDI11 December 2025Pada 9 Disember lalu Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Nga Kor Ming berkata kepimpinan partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meminta agar Sijil Pe...
Azam Baki Tegaskan Siasatan Sprm Tak Berpaksikan Politik Kami Bersikap Telus

Azam Baki Tegaskan Siasatan Sprm Tak Berpaksikan Politik Kami Bersikap Telus

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 113 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menepis semua dakwaan kononnya siasatan mereka berpaksikan politik Tak berpaksikan politik Memetik laporan daripada News Strait Times Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki menyatakan pihaknya sentiasa be...
Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 172 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta agar jangan politikkan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu Menurut laporan Sinar Harian beliau berkata demikian kerana setiap rakyat mempunyai pilihan pendidikan masing masing dan orang l...
Gbp Usd Analisis Harga Ramalan Pasangan Gbp Usd Menunggu Keputusan Dasar Monetari Bank Pusat

Gbp Usd Analisis Harga Ramalan Pasangan Gbp Usd Menunggu Keputusan Dasar Monetari Bank Pusat

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 112 hits
Pada hari Isnin pasangan GBP USD dengan yakin bertahan sekitar 1 3325 sedikit di bawah Purata Bergerak Ringkas 200 hari pada 1 3329 Kedudukan ini dikaitkan dengan jangkaan pelabur terhadap keputusan Rizab Persekutuan selepas mesyuarat dua h...
Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 Jadual Keputusan

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 194 hits
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 dijadual bermula pada 23 hingga 30 November ini di Stadium Sultan Azlan Shah Ipoh Perak Skuad Hoki Lelaki Kebangsaan yang menduduki ranking ke 13 dunia akan berentap dengan pasukan Belgium India N...
10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu

Keladi Urat Daging Merah Ramai Terpesona

Apa Hukum Makan Katak

Isnin Permulaan Hari

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online