Udang Goreng Kunyit




Saya redha dan pasrah dengan ujian Allah yang telah ditakdirkan ke atas saya. Selepas lebih 2 tahun bertahan, akhirnya saya, suami dan cucu dijangkiti Covid 19. Memang rasa seperti sukar untuk dipercayai kerana sebagai seorang yang telah bersara, saya banyak habiskan masa di rumah. 
Tak ada lagi keluar keluar makan. Kalau ada nak buat makan makan anak beranak ke, kami order makanan dan makan di rumah sahaja.
Saya cuba recall semula di mana saya keluar dan sebagainya. Pada 2 Mac, saya bersarapan di luar sementara menunggu untuk membuat pemeriksaan mata di Optimax. Sebelah petangnya, saya keluar dengan anak ke OU untuk membeli barangan untuk dibawa semasa percutian kami ke London.
Ketika keluar, saya memakai mask sepanjang masa kecuali semasa makan. Kami makan pun sekejap dengan cepat sahaja. Meja kami juga agak jauh dari meja pelanggan lain. Keesokannya pun saya keluar untuk memperbaharui kad pengenalan. Itu pun sentiasa memakai mask kerana saya tidak makan kerana berpuasa. Saya membuka mask sekejap sahaja ketika untuk snap gambar untuk kad pengenalan. 
Jadi kesimpulannya kita tidak lah perlu terlalu detail mencari source dsb. Cukup mengetahui sedikit sebanyak supaya kita boleh inform orang lain, jika perlu. Selain itu, kita redha sahaja kerana musuh kita sekarang adalah virus yang tidak terlihat dek mata. 
Hanya Allah yang boleh mengangkat virus ini dari terus menyerang manusia samada dengan penawar pengubatinya atau cara lain. Yang penting kita telah berusaha dan ikhtiar dengan mengambil vaksin yang disarankan oleh pihak kerajaan dan juga menjaga SOP. 
Saya telah lengkap semua vaksin termasuk booster tetapi tetap kena. Ya tapi sekurang kurangnya effect tidak lah serious. Saya sendiri tidak menpunyai simpton yang ketara. Malahan, selepas swab test, CT value saya telah 39.93 bermakna virus telah lemah untuk menjangkiti orang lain tanpa saya sedari yang saya sebenarnya sedang mengalami jangkitan covid.. 
Oleh kerana saya dan suami sama sama positif kami kuarantin dalam bilik sahaja. Alhamdulillah pembantu kami negatif jadi dia dapat lah membantu kami menghantar makanan dan lain lain keperluan di hadapan bilik. 
Saya mohon anda semua mendoakan saya suami dan cucunda saya supaya diringankan ujian ini dan dipermudahkan dalam segala urusan. Aamen. Sekarang kita masuk pula bab topik masakan.

Sejak kecil, saya memang biasa makan udang goreng garam kunyit. Tapi hanya garam dan kunyit sahaja. Tak ada sayuran semua ini. Dan udang juga bukan udang laut tapi udang sungai. Udang yang ditangkap sendiri oleh arwah bapa saya di sungai yang terletak di belakang rumah kami.
Kadang kadang saya kena ikut untuk memegang pelepah daun nipah ketika bubu diangkat dari sungai supaya perahu tidak hanyut dek arus sungai yang deras. Sungai itu dalam dan airnya deras. Dengar cerita ada buaya walaupun tak pernah melihat sendiri. 
Oleh kerana terlalu biasa makan udang sungai, kami tidak pernah beli udang laut. Malahan saya tak kenal pun udang laut sehingga saya belajar di universiti. Kerana itu jugalah, saya kini jarang sekali membeli udang sungai sejak saya menpunyai keluarga sendiri. Mungkin dah jemu.
OK setakat ini dahulu, jangan lupa untuk menonton video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di bawah ini. 

Jom jangan lupa untuk subscribe dengan klik Follow Blog dan juga klik Azie Kitchen Youtube Channel. Juga boleh tolong klik iklan yang keluar di blog saya sebagai motivasi untuk saya terus berkarya di sini. OK layan dulu resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Udang Goreng KunyitOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:450 gram udang1 sudu kecil serbuk kunyit¾ sudu kecil garam2 ulas bawang putih - hiris½ sudu kecil serbuk secukup rasaDaun bawangMinyak masak
Bahan lain:1 mangkuk kacang panjang1 mangkuk karot1 mangkuk bunga kubis1 biji cili hijau - hiris1 biji cili merah - hiris1 biji bawang besar - hiris
Cara cara:Lumur udang dengan garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap.
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga udang berubah warna dan kepala bertemu ekor. Angkat dan tos.
Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau. Masukkan karot, bunga kubis dan. Kacau sehingga separuh lembut.
Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili hiris. Masukkan serbuk pati ayam. Gaul rata dan masak sekejap sahaja. Tutup api.
Toskan minyak berlebihan. Tabur daun bawang dan sedia dihidangkan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/03/udang-goreng-kunyit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Daging Campak Campak

Nasi Goreng Daging Campak Campak

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum TIADA apa yang lebih mudah hendak dimasak jika sudah kekeringan idea selain dari Nasi Goreng Nasi putih yang dikumpul kumpul ada tiga mangkuk rasanya dalam bekas tipuware panjang Hari tu Sk dah siap hiris daging sebuku besar...
Ayam Goreng Rangup Sos Salted Egg Sedap Dan Mudah

Ayam Goreng Rangup Sos Salted Egg Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 289 hits
Ayam Goreng Rangup dengan Sos Salted EggTeringin juga nak makan ayam goreng rangup dengan sos salted egg selepas melihat iklan sebuah restoran makanan segera baru baru ini Nak beli atau buat sendiri Mai memilih untuk mencuba buat sendiri di...
Tips Untuk Ikan Kembung Goreng Rangup

Tips Untuk Ikan Kembung Goreng Rangup

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 298 hits
Nampak mudah untuk menggoreng ikan Tapi tak ramai yang berjaya menggoreng ikan dengan sedap dan rangup walaupun setelah ikan sejuk Kalau makan di restoran ikan goreng sangat rangup sehingga boleh diratah kepala sekali Baca entri yang saya p...
Demi Konten Lelaki Ini Masak Nasi Goreng Beralaskan Tilam Guna Seterika

Demi Konten Lelaki Ini Masak Nasi Goreng Beralaskan Tilam Guna Seterika

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 362 hits
Jika di Malaysia kita ada Khairulaming yang sering berkongsikan resipi masakan siapa sangka di Jepun juga ada seorang lelaki yang turut suka berkongsikan video dia memasak Tilam ganti kualiDifahamkan individu yang digelar Haritsuu ini beras...
Roti Sardin Goreng Pedas Manja Menu Pantas Dan Tak Jemu

Roti Sardin Goreng Pedas Manja Menu Pantas Dan Tak Jemu

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 182 hits
Roti sardin goreng ni nampak je simple tapi bila dah makan eh tiba tiba dah habis sepinggan Jangan pandang sebelah mata je resipi ni belum cuba belum tahu hasilnya Resipi yang dikongsikan oleh Marzie Hana di Facebook ni memang sangat sedap ...
Pemkab Tangerang Akui Peritel Jual Minyak Goreng Rp14 000 Lebih

Pemkab Tangerang Akui Peritel Jual Minyak Goreng Rp14 000 Lebih

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 281 hits
Selain kendala pada proses distribusi ke peritel kelangkaan minyak goreng juga dipicu karena adanya peritel yang menjual minyak goreng dengan harga lama mengikuti ketersediaan pasokan sebelum penetapan HET Pemerintah pusat
Cek Fakta Hoaks Alfamart Bagikan Hadiah Bucket Berisi 100 Kemasan Minyak Goreng

Cek Fakta Hoaks Alfamart Bagikan Hadiah Bucket Berisi 100 Kemasan Minyak Goreng

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 319 hits
Alfamart bagikan hadiah bucket berisi 100 kemasan minyak goreng dengan berat 1 Kg untuk dua orang adalah hoaks Semua informasi promo Alfamart bisa dilihat di website dan media sosial resmi milik Alfamart yang verified atau centang biru
Nasi Goreng Bangkok Bungkus Makan Sini

Nasi Goreng Bangkok Bungkus Makan Sini

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum BILA datang segala mak nenek malas Malas masakMalas nak keluar jauh jauhKami ke Permit Tomyam yang terletak di taman perumahan baru sebelah taman perumahan kami Walaupun begitu kami telah lama kenal dengan pemiliknya Na Kela...
Potret Ria Ricis Masak 50 Kilogram Belut Goreng Tak Didampingi Suami Karena Geli

Potret Ria Ricis Masak 50 Kilogram Belut Goreng Tak Didampingi Suami Karena Geli

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 173 hits
Ria Ricis memasak 50 kilogram belut goreng di rumahnya Di momen masak besar kali ini wanita yang kerap disapa Ricis itu tak didampingi oleh sang suami Teuku Ryan Kata Ricis Ryan geli terhadap belut jadi ogah saat diajak masak besar Berikut ...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Lelaki Bertenggek Di Atas Pencawang Elektrik

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25