Asam Pedas Ikan Jenahak
Assalamualaikum, kita bertemu lagi. Haa sebelum tu, jangan lupa klik iklan di blog saya tau. Bagi sokongan untuk saya terus ber blog. Tidak seperti youtube, di mana youtuber akan mendapat income sebaik anda masuk dan menonton video di channel mereka. Sebaliknya untuk blog, pembaca mesti klik iklan yang dipaparkan. Kawan kawan saya akan memberitahu, ooh ye ke. Tak tahu pulak. Ingatkan bila dah masuk, dah kira OK.
Sejak dua menjak ni, banyak kes yang lelaki muda berkahwin dua walaupun isteri pertama muda dan cantik. Lagi lagi kalau yang berduit sedikit, memang ada lah perempuan yang sanggup untuk menjadi yang kedua. Ada yang kawin secara bersembunyi dan ada sebaliknya. Tapi kalau bab ini, sebenarnya bukan kira muda atau tua, sebab dah tua lanjut pun masih juga ada yang macam ni.
Memang berkahwin lebih dari satu adalah dibenarkan dalam Islam tetapi ada syarat syaratnya. Isteri pula bukan boleh dipaksa, jika mereka tak rela dimadu, makanya jangan lah si suami memaksa pula.
Suami nak kawin dua kena lah ada ilmu agama, kena tahu mendidik keluarga mengikut cara Islam. Ini apa cerita kalau bab solat pun dah tak lepas, macam mana nak jadi imam dalam solat dan dalam keluarga. Kena tahu apa yang dikatakan berlaku adil, kena tahu cara nak melaksanakan keadilan tersebut. Yang kita nampak, poket pun selalu pokai, kat mana datangnya kemampuan seperti yang disebut dalam agama. Hahaha pun ada hati juga.
Saya memang peminat lauk asam pedas, lauk yang tak pernah saya makan ketika kecil dulu. Di tempat saya ada juga asam rebus yang dimasak ala ala ikan singgang tapi dimasukkan cili kering dan kunyit hidup.
Asam pedas ni ada pelbagai dan berbeza ikut negeri juga. Tapi kita buat yang mana kita rasa sedap di tekak kita jer. Tak tahu lah dari versi negeri mana. Bahan asas sama jer cuma aksesori jer yang berbeza. Ada letak sawi jeruk, ada letak daun kesum, ada letak daun limau purut dan macam macam lagi. Itu jer yang nampak beza. Selain itu, ada yang masukkan rempah, ada yang masukkan lada hitam untuk pedas.
Versi mana pun yang kita buat, kuah asam pedas kena pekat pekat sikit. Haa itu kalau ikut citarasa saya. Pernah juga makan asam pedas ikan di Melaka, kuahnya cair tapi sedap juga. Semuanya ikut tekak masing masing.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..
Asam Pedas Ikan JenahakOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan jenahak
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu besar kunyit hidup tumbuk
½ sudu besar pes asam jawa - 1 sk
½ sudu kecil gula
1 sudu kecil garam halus
¾ cawan minyak masak
½ sudu besar serbuk kari ikan - opsyenal
1 ikat daun kesum
10 batang kacang bendi
500 ml air
Bahan kisar:
6 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - 105 grm
3 ulas bawang putih - 15 grm
2 batang serai
9-10 gram halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kunyit dan serbuk kari atas api perlahan sehingga benar benar masak dan terbit minyak. Masukkan pes asam jawa dan garam ketika menumis.
Setelah sambal benar benar masak, kering dan terbit minyak, masukkan air dan bahan perasa lain.
Setelah mendidih, masukkan ikan, daun kesum dan kacang bendi.
Renihkan sehingga ikan masak dan kacang bendi separuh lembut. Sesuaikan rasa dan tutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2024/01/asam-pedas-ikan-jenahak.html