Udang Galah Masak Sos Ala Leban Chondong
Assalamualaikum WBT
SELALU terliur tengok Che Mat Gebu masak Udang Galah. Biasanya CMG masak lemak cili api taruk nenas. Tapi, Sk pernah sekali masak lemak cili api letak nenas, dorang ni tak minat la pulak. Tu tak pa.. yang utama kena beli udang dulu. Tak mahu pulak udang tempat lain, nak jugak udang sama dengan CMG beli tu 🤭. Jadi, memang Sk banyak tanya la di ruang komen posting CMG untuk mendapatkan lokasi yang tepat.
Tapi tu la..
Rasa dah cukup awal dah keluar rumah, siap ikut highway lagi ya tapi hampa betul, sebaik sahaja sampai, udangnya dah wassalam
Yang tinggal udang ceconet ni haaaa 🥹. Ya Allah, kecewa betul rasa. Dahlah bukan dekat. Nampak kesungguhan kami, abang yang meniaga ni memberi harapan, katanya, ada sikit lagi dia tinggal dekat rumah, kalau betul nak dia rempit sekejap dan mintak tunggu. Tapi tak janji katanya, kalau tak ada orang lain ambil ada la udangnya
Sambil menunggu, terasa ikan talapia ni memanggil-manggil pulak. Terbayang, sedapnya masak goreng berlado 😋 tak pun lemak cili api. Abang lagi sorang tu cakap, bakar pun dah sedap. Ini talapia liar yang hidup dalam air payau bukan talapia tasik atau talapia yang dipelihara dalam kolam diberi makan dedak. Lepas ditimbang, seekor RM7. Lupa pulak harga sekilo berapa, ni berat tak sampai sekilo pun sekor tu
Tak sampai 10 minit, abang tadi datang bawa si sepit biru.. yey
Ada dalam dua tiga ekor jer yang bergalah panjang yang lain galahnya pendek lagi
Mengenangkan jasa abang ni sanggup ambil di rumah, kita tapau semua la, ngam-ngam 1 1/2 kilo. Saiznya bercampur, yang sederhana besar tu dalam 12 ekor jugaklah. Paling besar ada dua ekor jer. Memang rezeki la kata abang tu.. betul.. Alhamdulillah
Banyak kedai jual sarapan di sekitar pasar. Singgahlah alas perut dulu, makan nasi lemak dan roti canai. Kemudian nampak pulak vendor dessert, murah-murah dessert kat situ, semua harga bawah RM3.50.
Balik tu, singgah pulak Pasar Tepi Sungai Pontian, ingat nak cari Telur Ikan Mayong, tak ada pulak. Yang banyak telur tenggiri. Kesian tengok budak demok ni sama-sama beratur dengan manusia tunggu ikan 🤭
Pilih yang besar-besar sikit untuk masak sos ala Leban Chondong. Masak sos ni macam masak sambal tumis juga tapi tak guna banyak cili kisar dan seperti namanya masak sos, kita masukkanlah sos tomato, sos cili dan sos tiram
Udang Galah Masak Sos Ala Leban Chondong
Bahan-bahan :
Sedikit minyak masak untuk menumis5 ulas bawang putih dicincang2 senduk kecil Pes Cili Kering dan Bawang1" lengkuas dihiris1" halia dihiris2 batang serai diketuk3 tbs Sos Tiram3 tbs Sos Tomato3 tbs Sos Cili2 tbs gula pasirSedikit air 1 biji bawang besar dipotong bulat1 biji tomato dibelah 61 biji telur ayam dipukul sedikit dengan garfu
Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih, halia dan lengkuas hingga keemasan
2. Masukkan pes cili kering dan bawang, tumis hingga terbit minyak. (Cara buat pes boleh tengok DI SINI)
3. Masukkan serai, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati, tambahkan sedikit air dan renihkan
4. Masukkan udang galah, gaul sebentar sehingga udang disalut sambal. Masak sehingga udang bertukar warna. Tambah air lagi jika perlu tapi jangan banyak
5. Masukkan tomato dan bawang, gaul sebati. Masak hingga bawang layu dan udang masak sempurna
6. Akhir sekali, curahkan telur di atas udang dan balik-balikkan udang
7. Hidangkan panas
Lepas ni tak payah lagi dah memandu sampai ke Rompin semata nak makan Udang Galah Masak Sos macam ni.
Tu diaaa.. sampai bersilat udangnya dalam pinggan, hahahaha. Tapi tulah, sepitnya ni tetap jugak biru sampai ke sudah. Ke.. memang gitu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2023/12/udang-galah-masak-sos-ala-leban-chondong.html