Udang Di Sebalik Tarif Trump







HarapandailyApril 10, 2025Oleh ADRIAN LIM CHEE EN

 
Hari ini, Trump membuat “u-turn” dengan mengumum pengurangan tarif terhadap hampir kesemua negara (termasuk Malaysia) ke paras 10% selama 90 hari, kecuali China pada paras 125%.

Ada yang kata Trump bodoh. Tetapi lantaklah apa yang nak dikatakan. Dalam pengamatan saya, it was never about “jobs for Americans” atau “the American economy”. It was also never about the tariffs.

Segala aksi yang dibuat oleh Trump pada sebelum ini cuma “smokescreen”, dan “tarif” dijadikan senjata politik ke arah tujuan sebenar Trump

Sasaran dan tujuan sebenar Trump ialah mendapatkan “grand standing” dengan “menundukkan” China. Kena faham, Trump ini seorang egois dan suka perhatian.

Dalam erti kata lain, TRUMP MAHU MELAKAR LEGASI DAN DIINGAT SEBAGAI “PRESIDEN AS YANG BERJAYA MENYEKAT KEMARAAN CHINA”.

Dalam mengejutkan seluruh dunia dengan pengumuman tarif pelik-pelik sebelum ini, kemudian menurunkan pula tarif terhadap semua negara kecuali China, Trump sedang melaksanakan strategi “isolate” atau penyisihan terhadap China.

Trump sedang memberitahu pemimpin-pemimpin seluruh dunia, “ini amaran, sekarang saya bagi peluang kepada kamu dengan mengenakan tarif 10% sahaja, jangan dekat sangat dengan China, biarkan China bersendirian”.

Bagaimana negara-negara lain membalas, itu masih menjadi persoalan.

Bagaimana pula Xi Jin Ping dan China akan respon?

 
Ada dua kemungkinan. Saya guna istilah-istilah dalam permainan daun terup “poker”.

1.   Cabar Trump “show hand”

Penurunan tarif Trump ke paras 10% bukan bersifat kekal lama. Cuma 90 hari seperti yang diumum oleh Trump.

Maka Xi berkemungkinan melengahkan masa dan menunggu sehingga tempoh 90 hari tamat sebagai cabaran terhadap Trump untuk “show hand”.

Maksudnya, Xi mencabar Trump melaksanakan tarif gila-gila yang diumum sebelum ini.

Selepas 90 hari, sama ada Trump menaikkan semula tarif ke paras yang diumum pada sebelum ini atau kekal pada 10%, kedua-duanya memberi manfaat kepada China.

Sekiranya tarif dinaikkan semula, seluruh dunia akan hilang kepercayaan terhadap Trump dan AS, dan ini akan memberi impak negatif terhadap ekonomi AS.

Sekiranya tarif tidak dinaikkan semula, ego Trump pula tercalar. Malulah Trump, tercalar ego Trump dikatakan tin kosong atau harimau tanpa taring.

2.   “Fold”, kepentingan negara mendahului kepentingan ego Xi

Ideologi dan pendekatan China amat berbeza dengan AS.

Di AS, sama ada dalam perniagaan atau politik, mereka selalunya mendepankan sosok tubuh sebagai imej.

Sebagai contoh, wajah Apple adalah mendiang Steve Jobs. Wajah Tesla adalah Elon Musk. Contoh lagi, lebih ramai mengenali Warren Buffet berbanding nama syarikatnya Berkshire Hathaway.

Penjenamaan di AS lazimnya ke arah mengagungkan sosok tubuh kerana begitulah sifat orang AS.

Namun, pendekatan di China ialah, kepentingan diri sendiri tidak boleh mendahului kepentingan negara.

Sebagai contoh, orang kenal XiaoMi, tetapi tidak kenal Lei Jun (pengasas XiaoMi).

Orang kenal HuaWei, tetapi tidak kenal Ren Zheng Fei (pengasas HuaWei).

Orang kenal BYD, tetapi tidak kenal Wang Chuan Fu (pengasas BYD).

Malah, orang yang terlalu ghairah menaikkan nama sendiri seperti Jack Ma, hari ini terpaksa tunduk.

Ini berbalik kepada ideologi di China, di mana kepentingan sosok tubuh tidak boleh sesekali mendahului kepentingan negara. Negara wajib di depan. Country first.

Maka tidak mustahil sekiranya Presiden China Xi, tunduk seketika, sekiranya “tunduk” itu memberi lebih banyak manfaat ekonomi berbanding kemudaratan.

Biarlah ego calar sedikit, tetapi country must be first.

Tidak gelojoh

Di peringkat Malaysia, baru-baru ini, PM telah mengumumkan bahawa pendirian Malaysia adalah terus berdialog dan berunding.

Pendirian itu adalah tepat walaupun terdapat pihak cuba mengambil kesempatan dengan menuduh Kerajaan Malaysia lemah, tiada keberanian dan sebagainya.

Malaysia sebenarnya tidak perlu bersikap gelojoh atau mengambil pendirian terlalu keras kerana sasaran Trump bukannya Malaysia pun.

Apalah sangat kedudukan Malaysia sampai Trump nak sangat target Malaysia? Jadi, tidak perlu kita bersikap keras sangat.

Kita sebagai negara kecil, tidak perlu ambil side mana-mana. Malah, sekiranya perlu “tunduk” sedikit pun, tunduk sajalah sekiranya tindakan “tunduk” itu mendatangkan lebih banyak manfaat ekonomi berbanding kemudaratan ekonomi.

Sifat “tunduk” tidak semestinya bermaksud terima penghinaan. Ianya juga sikap mulia, rendah diri, tidak riak, tidak gelojoh dan sentiasa membuka peluang perdagangan as long as it benefits ekonomi Malaysia.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/udang-di-sebalik-tarif-trump.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Analyst Apple Dan Tesla Paling Terpengaruh Dengan Tarif Trump

Analyst Apple Dan Tesla Paling Terpengaruh Dengan Tarif Trump

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 126 hits
Penganalisis Wedbush Securities Dan Ives baru baru ini memangkas sasaran harga untuk Apple dan Tesla kerana tarif Presiden Trump yang mengganggu kedua dua syarikat tersebut Ives menyebut Tarif yang dikenakan oleh Trump adalah bencana besar ...
Tarif Trump Penguin Also Kena

Tarif Trump Penguin Also Kena

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 100 hits
Zunar Cartoonist Fan ClubPresident Trump turut mengenakan 10 tariff terhadap sebuah pulau yang hanya diduduki oleh para penguin Pulau yang bernama McDonald itu terletak kira kira 1 700 km dari benua Antartik dan 4 100 km di barat laut Perth...
Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 195 hits
Pada 2 April 2025 yang lepas President Amerika Syarikat iaitu Donald Trump telah memperkenalkan tarif baharu ke atas hampir ke semua rakan dagang negara tersebut termasuklah negara kita Malaysia Untuk pengetahuan anda Amerika Syarikat merup...
Malaysia Dikenakan Tarif Baharu 24 Peratus Oleh Pentadbiran Trump

Malaysia Dikenakan Tarif Baharu 24 Peratus Oleh Pentadbiran Trump

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 136 hits
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memegang perintah eksekutif yang ditandatangani mengenai tarif di Rose garden Rumah Putih di Washington DC AS Foto REUTERSWASHINGTON 3 Apr Malaysia dikenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus umum...
Ini Anggaran Harga Iphone 16 Pro Di Malaysia Selepas Tarif Trump

Ini Anggaran Harga Iphone 16 Pro Di Malaysia Selepas Tarif Trump

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 132 hits
Baru baru ini Pentadbiran Tump telah membuat pengenalan tarif baharu Disebabkan itu ia juga berpotensi merencatkan strategi syarikat Apple Terdahulu Apple telah pun berdepan dengan tarif sebanyak 20 di China Dengan pengenalan tarif balas ba...
Apple Kerah 5 Pesawat Pindah Stok Iphone Secara Mengejut Dari India Dan China Susulan Pengumuman Tarif Oleh Trump

Apple Kerah 5 Pesawat Pindah Stok Iphone Secara Mengejut Dari India Dan China Susulan Pengumuman Tarif Oleh Trump

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 135 hits
Sejak Presiden Donald Trump menaikkan tarif perdagangan syarikat syarikat besar seperti Apple dan Nintendo mengambil langkah segera untuk mengurangkan kos operasi Menurut laporan The Times of India Apple menghantar lima pesawat kargo membaw...
Hiburan Trump Tambah Tarif Hingga 104 China Ikrar Tak Akan Duduk Diam

Hiburan Trump Tambah Tarif Hingga 104 China Ikrar Tak Akan Duduk Diam

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 145 hits
Presiden AS menaikkan tarif ke atas semua barangan import dari China kepada 104 berkuat kuasa Rabu selepas Beijing enggan menarik balik rancangannya untuk mengenakan tarif balas ke atas barangan AS Kenaikan ini melebihi jangkaan asal iaitu ...
Apa Kesan Tarif Trump Terhadap Malaysia

Apa Kesan Tarif Trump Terhadap Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 132 hits
Adrian Lim Chee AnnIni penjelasan paling ringkas tanpa istilah istilah bombastik untuk orang ramai faham Tarif merupakan cukai yg dikenakan oleh sesebuah kerajaan terhadap barangan import Lazimnya langkah ini dibuat untuk memahalkan baranga...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga