Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


Pada 2 April 2025 yang lepas, President Amerika Syarikat iaitu Donald Trump telah memperkenalkan tarif baharu ke atas hampir ke semua rakan dagang negara tersebut termasuklah negara kita. Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, Amerika Syarikat merupakan rakan dagang ketiga terbesar bagi negara kita. Oleh yang demikian, tarif yang dikenakan mempunyai impak yang sangat besar buat negara kita. 
Bagi mengetahui lebih lagi tentang tarif ini seperti jumlah tarif yang dikenakan dan kesannya ke atas ekonomi negara, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel ini. 
Apa itu Tarif? Bagi anda yang tidak tahu makna tarif, ia merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan sesebuah negara ke atas barang dan perkhidmatan yang diimport dari negara lain. 
Tarif ini boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan, mempengaruhi aliran perdagangan, atau melindungi industri domestik negara tersebut. Berikut merupakan beberapa sebab sesebuah negara itu mengenakan tarif.
Memelihara Perniagaan dan Pekerjaan Tempatan Melindungi Kepentingan Pengguna Domestik Melindungi Industri Baharu Menyediakan Keselamatan Negara Tindakan Balas Balas Penerangan Berkenaan Tarif Trump Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarif adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan sesebuah negara ke atas barang dan perkhidmatan yang diimport dari negara lain, dan dalam hal ini, Trump telah mengenakan tarif ke atas rakan-rakan dagang Amerika Syarikat.
Tarif asas sebanyak 10 peratus telah dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan import ke Amerika Syarikat bermula 5 April 2025 (Sabtu) yang lepas. Sementara kadar yang lebih tinggi untuk negara yang dianggap sebagai “pelaku terburuk” akan berkuat kuasa pada 9 April 2025 .
Menurut Trump, tarif ini dikenakan bagi menangani ketidakseimbangan perdagangan akibat perbezaan tarif yang tidak adil serta halangan bukan tarif yang dikenakan negara lain. Hampir ke semua rakan dagang termasuk rakan sekutu  telah dikenakan tarif ini.
Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk e-Filing 2025
Kadar Tarif Asas Timbal Balik / Reciprocal Tariff US Untuk pengetahuan anda, tarif yang dikenakan ke atas negara kita, Malaysia adalah sebanyak 47 peratus dengan kadar diskaun sebanyak 24%. Berikut pula merupakan senarai tarif dan duti yang dikenakan oleh Trump ke atas negara-negara lain.
Kesan Kepada Ekonomi Malaysia Tarif yang dikenakan oleh Trump ke atas Malaysia ini boleh menjadi cabaran atau peluang kepada negara kita. Untuk mengetahui cabaran dan peluang tersebut anda boleh lihat pada kesan baik dan buruk tarif ini yang dinyatakan di bawah:
Kesan Baik Tarif Trump kepada Malaysia Peluang Pelaburan dan Pemindahan Rantaian Bekalan Negara-negara yang terlibat dalam perang perdagangan AS-China seperti Malaysia berpotensi mendapat manfaat kerana pindahan kilang dan rantaian bekalan dari China, terutamanya dalam pengeluaran produk elektronik dan komponen yang biasanya dieksport ke AS. Pertumbuhan Sektor Perkilangan Malaysia mendapat manfaat daripada pembangunan sektor perkilangan kerana tarif yang dikenakan terhadap produk China membuka peluang untuk lebih banyak pengeluaran domestik di Malaysia. Pasaran Eksport Meluas Malaysia dapat mencari pasaran alternatif bagi produk-produk yang biasa dieksport ke AS, seperti komoditi, elektronik, dan produk pertanian. Ini memberi peluang untuk diversifikasi eksport ke pasaran-pasaran lain, terutamanya ASEAN dan Eropah. Kesan Buruk Tarif Trump kepada Malaysia Kenaikan Kos Pengeluaran Kenaikan tarif import oleh AS menyebabkan kenaikan kos bahan mentah untuk negara-negara yang bergantung kepada bahan import, termasuk Malaysia. Gangguan Rantaian Bekalan Tarif yang tinggi menyebabkan gangguan kepada rantaian bekalan global, mengakibatkan beberapa sektor di Malaysia terjejas kerana bahan mentah dan komponen yang diimport menjadi lebih mahal. Ketidaktentuan Ekonomi dan Perdagangan Malaysia mengalami ketidaktentuan dalam pasaran eksport, terutamanya ke China dan AS. Walaupun terdapat peluang baharu, permintaan untuk produk eksport tertentu seperti kelapa sawit dan komponen elektronik menjadi lebih tidak menentu akibat kesan perang perdagangan. Risiko tarif tambahan Malaysia, sebagai negara yang terlibat dalam perdagangan dengan China, menghadapi risiko peningkatan tarif oleh AS jika negara ini dianggap sebagai negara perantara atau “transshipment” untuk produk China, yang meningkatkan kos bagi eksport Malaysia. Sumber: Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tarif-trump/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tarif-trump

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kesan Tarif Trump Terhadap Malaysia

Apa Kesan Tarif Trump Terhadap Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 132 hits
Adrian Lim Chee AnnIni penjelasan paling ringkas tanpa istilah istilah bombastik untuk orang ramai faham Tarif merupakan cukai yg dikenakan oleh sesebuah kerajaan terhadap barangan import Lazimnya langkah ini dibuat untuk memahalkan baranga...
Rakyat Malaysia Diseru Aktifkan Kempen Beli Barangan Malaysia Sebagai Respon Tarif Trump

Rakyat Malaysia Diseru Aktifkan Kempen Beli Barangan Malaysia Sebagai Respon Tarif Trump

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 127 hits
SITI NUR ZAWANIApril 4 2025Rakyat Malaysia diseru mempergiat kembali kempen Beli Barangan Buatan Malaysia untuk menyokong ekonomi tempatan bagi mengimbangi kesan ekonomi susulan tindakan Amerika Syarikat yang mengenakan tarif 24 peratus ke ...
Hiburan Trump Kenakan Tarif Malaysia Mungkin Kehilangan 50 000 Pekerjaan

Hiburan Trump Kenakan Tarif Malaysia Mungkin Kehilangan 50 000 Pekerjaan

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 146 hits
Kejutan tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donold Trump boleh menyebabkan sehingga 50 000 kehilangan pekerjaan secara langsung dan tidak langsung yang sebahagian besarnya akan menjejaskan kawasan seperti Pulau Pinang Johor ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 287 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Persidangan Pelaburan Asean 2025 bersempena Mesyuarat Menteri Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN Ke 12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 8 April 2025 Foto Facebook Anwar Ibr...
Ini Anggaran Harga Iphone 16 Pro Di Malaysia Selepas Tarif Trump

Ini Anggaran Harga Iphone 16 Pro Di Malaysia Selepas Tarif Trump

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 133 hits
Baru baru ini Pentadbiran Tump telah membuat pengenalan tarif baharu Disebabkan itu ia juga berpotensi merencatkan strategi syarikat Apple Terdahulu Apple telah pun berdepan dengan tarif sebanyak 20 di China Dengan pengenalan tarif balas ba...
Trump Kenakan Tarif Malaysia Mungkin Kehilangan 50 000 Pekerjaan

Trump Kenakan Tarif Malaysia Mungkin Kehilangan 50 000 Pekerjaan

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 80 hits
Kejutan tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donold Trump boleh menyebabkan sehingga 50 000 kehilangan pekerjaan secara langsung dan tidak langsung yang sebahagian besarnya akan menjejaskan kawasan seperti Pulau Pinang Johor ...
Syarikat As Saman Trump Bantah Kenakan Tarif Ke Atas China

Syarikat As Saman Trump Bantah Kenakan Tarif Ke Atas China

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 103 hits
Saman itu difailkan terhadap Trump oleh Perikatan Kebebasan Sivil Baharu bagi pihak syarikat tersebut Foto AFPWASHINGTON 5 Apr Sebuah syarikat alat tulis di Florida yang mendapatkan produk dari China menyaman pentadbiran Presiden Amerika Sy...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga