Ucapan Semasa Sambutan Aidilfitri



Aidilfitri adalah hari kemenangan setelah berjaya melawan hawa nafsu sepanjang melaksanakan ibadat puasa Ramadan. Hari kemenangan itu perlu disambut dengan perasaan gembira, namun dalam batasan syariat. Pada hari kemenangan itu disunat perbanyakkan istighfar, tasbih dan tahmid, sebaik berakhirnya Ramadan terutama menjelang malam raya sehinggalah ke pagi hari raya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan takbir dan ibadah, tidak dimatikan hatinya pada hari dimatikan segala hati." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Aidilfitri bukan sambutan berdasarkan adat dan kehendak nafsu, sebaliknya satu anugerah yang termasuk dalam ibadat. Sebab itu, sambutan perlu dilakukan mengikut tuntutan syariat dengan memperbanyakkan kebaikan dan menjauhkan apa yang dilarang. Namun dalam melaksanakan amalan sepanjang merayakan Aidilfitri hendaklah kita mengetahui mana amalan sunah Rasulullah SAW dan mana pula yang menjadi ritual atau adat dalam masyarakat.

Sungguh jauh berbeza antara Aidilfitri yang disambut sebagai ibadat dengan yang hanya berupa adat. Setiap ibadat adalah mengikut apa disyariat, melakukan kerana Allah SWT dan tidak bercampur dengan perkara maksiat. Sedangkan adat mengikut kebiasaan yang diamalkan sejak turun temurun dalam masyarakat. 

Menurut ketentuan sunah, pada Hari Raya Aidilfitri, kita dianjurkan mengucapkan "taqaballahu minna wa minkum" yang bermaksud "mudah-mudahan Allah menerima ibadah puasa yang baru kita laksanakan".

Selain itu, sudah menjadi kebiasaan kita saling mengucapkan "minal aidin wal faizin" yang bererti "mudah-mudahan Allah menjadikan kita orang yang kembali dari medan perang dengan memperoleh kemenangan yang besar".

Diceritakan bahawa mengucapkan minal aidin wal faizin itu adalah kebiasaan para sahabat di zaman dahulu kerap mengucapkan kata-kata itu apabila mereka kembali dari medan perang dengan mengibarkan bendera kemenangan.

Namun, dalam masyarakat kita, ucapan yang lebih kerap diucapkan ialah ungkapan "selamat hari raya". Tidak salah ucapan itu, tetapi dalam segi maksudnya tidak membawa apa-apa erti. Kosong. Justeru lebih elok kita ucapkan "taqaballahu minna wa minkum" dan "minal aidin wal faizin".

Pada hari mulia ini masa yang paling baik untuk bermaaf-maafan. Segala yang keruh dibuang, sebaliknya ambillah yang jernih. Islam amat mengutamakan amalan memberi kemaafan untuk melahirkan hidup yang sejahtera dan harmoni. Dosa melibatkan sesama manusia hanya terampun jika mendapat kemaafan daripada orang berkaitan.

Hakikatnya, amalan bermaaf-mafaan tidak hanya terhad pada Aidilfitri. Islam menganjurkan agar kemaafan terus dipinta sekiranya telah melakukan kesalahan. Kaitan amalan bermaafan pada hari raya sebagai menzahirkan kebersihan diri daripada dosa hasil melaksanakan ibadat puasa. 

Sebenarnya sambutan Aidilfitri hanya pada 1 Syawal. Pada 2 Syawal dan hari seterusnya sudah dibenarkan berpuasa sunat Syawal dan puasa-puasa sunat lain, termasuk puasa ganti. Kebiasannya penganut Islam di negara-negara Arab hanya menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal, atau jika diteruskan lagi sekadar untuk dua tiga hari.  

Bagaimanapun tidak dilarang untuk terus menyambut atau melakukan acara yang dikaitkan dengan sambutan Aidilfitri selepas tarikh 1 Syawal selagi apa yang dilakukan itu tidak bertentangan syariat.

Namun apa yang ditakuti ialah kecenderungan masyarakat kita beraya sakan sepanjang bulan Syawal. Malah ada yang mengaitkan sambutan sebulan itu sebagai satu tuntutan agama. Sekiranya berpuasa sepanjang bulan Ramadan, maka dikatakan sepanjang Syawal pula untuk berhari raya. Lirik sebuah lagu raya berbunyi 'kita beraya selama sebulan'.

Raya disambut meriah termasuk di kalangan mereka yang tidak berpuasa. Mereka menyambut Aidilfitri bukan kerana melaksanakan ibadat puasa, tetapi
bergembira tidak perlu lagi makan sembunyi-sembunyi pada tengah hari.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/05/grnc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia Yab Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia Yab Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 575 hits
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Berikut merupakan pautan teks ucapan alu aluan untuk rujukan kita bersama terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography...
Cara Menghidupkan Sambutan Aidilfitri

Cara Menghidupkan Sambutan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 393 hits
Kemuliaan Aidilfitri diterangkan oleh Allah di dalam Al Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya Oleh kerana itu kita umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban T...
Koleksi Ucapan Sms Pantun Hari Raya Aidilfitri Full

Koleksi Ucapan Sms Pantun Hari Raya Aidilfitri Full

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 1306 hits
Koleksi Ucapan SMS PantunHari Raya Aidilfitri FullDalam kerendahan hati ada ketinggian budi Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kataDalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa MOHON AMP...
Perlukah Duit Raya Diberikan Semasa Aidilfitri

Perlukah Duit Raya Diberikan Semasa Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 397 hits
Satu amalan masyarakat Malaysia adalah pemberian duit raya Duit raya diberikan terutama kepada kanak kanak yang hadir berhari raya di rumah atau majlis hari raya Muktakhir ini pula orang dewasa juga disediakan wang raya oleh majikan atau or...
Amalan Patut Dilakukan Ketika Sambut Aidilfitri

Amalan Patut Dilakukan Ketika Sambut Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 437 hits
Amalan ziarah menziarahi mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan sesama insan amat penting Kadang kadang ada yang tidak pernah bertegur sapa selama bertahun tahun lamanya atau tidak pernah berkunjung ke rumah saudara mara selama s...
Berjimat Persiapan Menyambut Aidilfitri

Berjimat Persiapan Menyambut Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 379 hits
Umat Islam digalakkan membuat persiapan menyambut 1 Syawal sebagai tanda merayakan kejayaan melawan hawa nafsu selama sebulan sepanjang Ramadan Bagaimanapun tuntutan agama itu dalam skop sederhana dan tidak membebankan Islam melarang perbaz...
Cuepacs Harap Kerajaan Beri Bonus Sebelum Aidilfitri

Cuepacs Harap Kerajaan Beri Bonus Sebelum Aidilfitri

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 415 hits
PASIR MAS Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam berharap kerajaan mempertimbangkan supaya pemberian bonus raya kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan sebelum sambutan Aidilfitri Presidennya Datuk Azih Muda ber...
Wany Hasrita Wani Syaz Muna Shahirah Wan Azlyn Menanti Di Aidilfitri Chord

Wany Hasrita Wani Syaz Muna Shahirah Wan Azlyn Menanti Di Aidilfitri Chord

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 703 hits
F m E Bm C F m E Kisah angin membawaD F m tanya yang tak terjawabF m EDiteman sepi tiada D F mdirimu yang aku harapF m EBenar kata pebedalan D F mbagaikan pungguk rindukan bulanF m EMenanti tanpa jawapan D F mberbuah seribu tanya dan persoa...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Rose B Buai Aku Jaga Ia Sulu Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Everyman Tracker Build Pt 8 Pre Wiring Wrap Up