Mencendol Di Chicken Ball Ball Rice Restaurant



Dari pagi tak makan apa-apa, terus ke appointment braces. Lepas tu beli barang di Jaya Grocer, balik tu beli aiskrim di gerai luar Jaya Grocer tu buat alas perut. Sebelum balik, beli nasi ayam goreng kunyit di R One Foodie Bazaar Mps.

Masa tengah menunggu makanan siap tu cakap dengan Encik Suami, macam sedap je kalau dapat mencendol kan. Padahal tadi baru lepas makan aiskrim sebekas. Itupun kongsi, buat rasa-rasa. Rosak diet kalau keluar on weekend.
Cerita lah kat Encik Suami pasal Chicken Ball Ball Rice Restaurant ni, cakap kat situ ada cendol dan kedainya Chinese Muslim. Selama ni kita dok ingat kedai tu Chinese punya. Rupanya tak. Itupun  nampak orang share di TikTok dan blogger Ammi pun ada share dia makan kat situ.

Selesai siap bungkus makanan, jomlah kita mencendol di Chicken Ball Ball Rice Restaurant. Saya nak makan cendol, Encik Suami nak makan cakoi. Sini ada juga jual cakoi. Cendol dan Cakoi ni gerai tepi tu je tapi boleh pesan dan makan disini


Banyak pula dia punya banner dan signboard. Ambil je lah simpan buat penuh gambar dalam post ni. 
Baru duduk je ada pekerja hantar kertas pesanan dan juga buka menu. Lama juga Encik Suami membelek mencari cakoinya. Sudahnya tanya pada pekerja tu. Katanya harini cakoi tak ada, gerai tu cuti. Tak ada rezekilah nak makan cakoi.
Jadi, kami mencendol je lah kat sini. Orang lain sibuk makan tengahari, kita sibuk makan cendol. Sebab dah  beli nasi bungkus tadi, takkan nak makan nasi lagi nanti. Punah teruk diet nanti.
Saya pesan cendol biasa je sebab malas nak buka elastic band braces tu. Hirup-hirup je tak payah gigit dan kunyah. Encik suami ambil cendol pulut. Sedap cendolnya tak manis sangat. Just nice. Lega tekak makan cendol cuaca tengah hari panas ni.

Tengah makan cendol, Encik Suami kata macam nak pesan roasted chicken nak rasa. Beli ayam sahaja tanpa nasi bahagian thigh. Bolehlah makan dengan nasi ayam goreng kunyit yang kami bungkus tadi. Balik rumah makan, ayamnya pun sedap. 
Lain kali lah kita cuba makan nasi ayam dan mi. Kena datang masa lapar ni baru syok makan. 
Harga cendol tu murah dan sangat berbaloi dengan rasa dia. Boleh datang lagi mencendol di sini. Masa kami datang pun waktu tengah hari, ramai orang. Mujurlah ada meja dan kerusi 2 untuk kami berdua


Harga set nasi pun berpatutan. Banyak juga menu yang ada di sini. Patutlah ramai orang datang sini. Sedap rupanya ye





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/12/chicken-ball-ball-restaurant.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nanjing Yuhuatai Scenic Area Dan Li Ji Muslim Restaurant

Nanjing Yuhuatai Scenic Area Dan Li Ji Muslim Restaurant

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 160 hits
CATATAN TRIP KE CHINA WILAYAH YUNNAN JIANGSU 10 14 APRIL 2025Sambungan catatan terdahulu Kumpulan kami seramai lima orang bergerak dari Nanjing South Railway Station menuju ke lokasi tarikan pelancongan yang terletak di Yuhuatai District Na...
Two Children Swept Away In Kajang Drain While Chasing Ball

Two Children Swept Away In Kajang Drain While Chasing Ball

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 152 hits
In a statement the Fire and Rescue Department said it received a call at 6 32pm and firefighters from the Kajang station arrived at the scene seven minutes later about 5km from the station PIC COURTESY JBPM SelangorKAJANG Two children aged ...
Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 322 hits
Dalam dunia makanan moden hari ini ramai yang nak makan sedap tapi masih kekalkan gaya hidup sihat Masalahnya banyak makanan healthy tak begitu memuaskan selera tapi tidak untuk wrap ini Cornflakes Chicken Wrap ialah antara hidangan mudah y...
Roasted Chicken Wings Resipi Sedap Ala Pizza Hut Yang Sangat Berbaloi Menggiurkan

Roasted Chicken Wings Resipi Sedap Ala Pizza Hut Yang Sangat Berbaloi Menggiurkan

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 198 hits
Resipi Roasted Chicken Wings atau kepak ayam panggang ala restoran pizza ini memang sedap Malah resipinya juga mudah dan sangat sesuai dihasilkan sendiri untuk hidangan suami serta anak anak Sedapnya Kalau dibeli harganya boleh tahan mahal ...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu

Tiada Bunga Api Tahun Baru Di Indonesia Kerana Negara Meratapi Mangsa Banjir Di Sumatra