Ucapan Palsu Lim Dari 2009 Tersebar Semula Menjelang Prn





SEMAK FAKTA | Gambar poster, didakwa memaparkan petikan ucapan Pengerusi DAP Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh "akhbar berbahasa Cina" tersebar di WhatsApp.
Bagaimanapun, semakan Malaysiakini mendapati ia berkemungkinan besar palsu dan dikesan berpunca daripada komen seorang blogger yang mendakwa sebagai ahli politik DAP, pada 2009.
Dalam imej yang tersebar ketika ini, Lim didakwa telah menyeru masyarakat Cina untuk "kuasai dan rebut apa yang Melayu tidak mampu" dan pastikan orang Melayu "terhutang budi" dengan orang Cina.
Ucapan palsu yang kononnya dilaporkan oleh "akhbar Cina" itu berkata ini adalah helah untuk memecahbelahkan orang Melayu dan "mengambil alih tampuk kepimpinan."
Petikan terawal teks yang sama di internet dikesan di blog Minda Intelek Melayu (MIM), pernah dikendalikan oleh bekas pemimpin Umno Pulau Pinang Dr Novandri Hassan Basri.
Catatan 'MIM' bertajuk 'Hasutan Kaum Paling Buruk' tidak lagi tersedia, tetapi petikan daripada blog itu telah dipetik dan dipautkan oleh blog 'Listed - Voices Around Blogmark'.
'Listed' mengumpulkan entri blog popular dalam blogosphere Malaysia, dan mengedarkannya di bahagian komen blog popular lain.
'Listed' menyatakan Dr Novandri telah menggunakan akaun 'LimGuanEngBlog' sebagai sumber maklumatnya, tetapi menyatakan bahawa kesahihan identiti 'LimGuanEngBlog' masih belum dapat disahkan.
'Blog Lim'
Maklumat ini sepadan dengan rujukan dalam blog lain dari era itu, yang mendakwa ucapan menghasut tersebut diambil daripada "blog Lim", dan bukannya "laporan akhbar Cina" seperti yang didakwa dalam imej WhatsApp yang sedang tular kini.
Semakan ke atas akhbar berbahasa Cina terkemuka menggunakan kata kunci daripada ucapan yang didakwa juga tidak menemui laporan sedemikian.
Malaysiakini juga menemui tangkap layar, diterbitkan pada sebuah blog pada 2011, menunjukkan bahawa seseorang dengan nama pengguna 'LimGuanEngBlog' menyiarkan kenyataan yang tepat - walaupun dengan ejaan yang salah - pada apa yang kelihatan seperti sebuah laman web Blogspot.
Pengguna, 'LimGuanEngBlog', telah mengendalikan blog yang dipanggil 'My Chief Minister Lim Guan Eng' yang diasaskan pada 2008, tetapi tidak lagi tersedia. Ia beroperasi selama beberapa tahun.
Ketika beroperasi, blog itu sering mengeluarkan kenyataan yang ditandatangani oleh 'Lim Guan Eng', dan disalah anggap ramai sebagai blog rasminya selama beberapa tahun, walaupun Lim mengekalkan laman webnya sendiri di limguaneng.com sejak Oktober 2008.
Hari ini, pengguna 'LimGuanEngBlog' hanya mempunyai akaun YouTube yang tidak aktif, yang mengandungi dua senarai video - kompilasi video rusuhan anti-Cina di Indonesia pada 1998 dan rakaman perdebatan Lim dengan bekas ketua menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon pada 2011.
Disebar semula lepas kontroversi baru-baru ini
Ini bukan kali pertama penipuan itu dihidupkan semula sejak 2009.
Pada 2011, petikan yang sama dikaitkan dengan Lim didapati tersebar di pelbagai kumpulan Facebook, termasuk satu yang dipanggil 'Anti-PKR Club'.
Imej sama yang tular mengaitkan "akhbar Cina" juga telah tersebar pada 2019, dan disangkal oleh laman Facebook 'Friends of DAP'.
Penipuan tular itu berkemungkinan beredar semula di media sosial hari ini di tengah-tengah kontroversi ucapan yang dibuat oleh Lim di Pulau Pinang awal bulan ini.
Akhbar berbahasa Cina pada mulanya melaporkan bahawa Lim memberi amaran bahawa fenomena "Gelombang Hijau", yang kebanyakannya digunakan untuk menggambarkan kemenangan PN di negeri-negeri Utara, akan "memusnahkan kuil Buddha".
Lim berkata media telah salah melaporkan ucapannya, dibuat dalam bahasa Mandarin, dan dia merujuk kepada perobohan kuil Hindu di Alor Setar, Kedah pada 2020.
MALAYSIAKINI menjadi sebahagian daripada pakatan pemeriksa fakta, JomCheck, yang terdiri daripada pertubuhan media, ahli akademik dan masyarakat sivil.
Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh mengemukakan permintaan untuk menyemak fakta sesuatu dakwaan dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian di 017-477 6659 (WhatsApp saja) atau melalui pautan ini. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/07/ucapan-palsu-lim-dari-2009-tersebar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baddrol Bakhtiar Bakal Bertanding Di Prn Kedah

Baddrol Bakhtiar Bakal Bertanding Di Prn Kedah

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 285 hits
BADDROL BAKHTIAR Baddrol bertanding atas tiket PN Kuala Lumpur Bekas pemain Kedah dan Sabah Baddrol Bakhtiar kemungkinan besar akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri atas tiket Perikatan Nasional BADDROL disahkan akan bertanding atas tik...
Benarkah Kerajaan Anwar Ibrahim Tidak Tergugat Jika Pn Menang Cemerlang Dalam Prn

Benarkah Kerajaan Anwar Ibrahim Tidak Tergugat Jika Pn Menang Cemerlang Dalam Prn

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 156 hits
Benarkah kemenangan PN di beberapa negeri pada PRN akan datang ini tidak menggugat kedudukan Anwar Ibrahim dalam menerajui kerajaan perpaduan Dalam hal ini banyak pihak telah tampil dengan pandangan masing masing termasuk ada pemimpin UMNO ...
Prn Negeri Sembilan Parti Amanah Enggan Lepas Kerusi Dun Lenggeng Kepada Umno

Prn Negeri Sembilan Parti Amanah Enggan Lepas Kerusi Dun Lenggeng Kepada Umno

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 268 hits
agendaily com16 07 2023Datuk MK Ibrahim Abd Rahman Kerusi Dewan Undangan Negeri Lenggeng tidak akan diberikan kepada UMNO kata Parti Amanah Negeri Sembilan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman menegaskan kerusi DUN L...
Prn Kdm Bantu Ph Bn Raih Undi 200 000 Pengundi Sabah Di Selangor

Prn Kdm Bantu Ph Bn Raih Undi 200 000 Pengundi Sabah Di Selangor

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 163 hits
Selain KDM Umno Sabah juga akan membantu kempen komponen kerajaan perpaduan di Selangor Peter Anthony berkata Menteri Besar Amirudin Shari telah memberi komitmen untuk membina dewan khusus untuk komuniti Sabah di Selangor Nora Mahpar 17 Jul...
Prk Kuala Terengganu Serentak Prn

Prk Kuala Terengganu Serentak Prn

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 159 hits
SURUHANJAYA Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dijalankan serentak dengan pilihan raya negeri di enam negeri pada 12 Ogos ini Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata tarikh
Untuk Elak Turut Jadi Beban Dalam Prn Ada Baiknya Pas Ketepikan Saja Sanusi

Untuk Elak Turut Jadi Beban Dalam Prn Ada Baiknya Pas Ketepikan Saja Sanusi

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 162 hits
Sanusi oh Sanusi apa nak jadi dengan hang ni Selama ini ramai yang menganggap Menteri Besar Kedah Sanusi Mohd Nor sebagai pemimpin yang berani hebat dan begitu menghiburkan ketika berceramah Ketika berceramah ada saja lawak jenaka dan merek...
Prn Bn Perlu Tampil Lebih Ramai Calon Muka Baharu Kata Ahmad Shabery

Prn Bn Perlu Tampil Lebih Ramai Calon Muka Baharu Kata Ahmad Shabery

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 166 hits
BARISAN Nasional perlu menampilkan lebih ramai calon muka baharu dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri di enam negeri pada 12 Ogos ini kata Pengarah Komunikasi Strategik BN Ahmad Shabery Cheek Beliau berkata ia bagi menampilkan sesuatu yang ...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Happy Beday Sweetie


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025