Untuk Elak Turut Jadi Beban Dalam Prn Ada Baiknya Pas Ketepikan Saja Sanusi




Sanusi oh Sanusi…apa nak jadi dengan hang ni?


Selama ini ramai yang menganggap Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohd Nor sebagai pemimpin yang berani, hebat dan begitu menghiburkan ketika berceramah.


Ketika berceramah, ada saja lawak jenaka dan mereka yang ditibainya pun banyak dalam bentuk lawak jenaka juga.


Tetapi, sesiapa yang mendengar ceramah beliau baru-baru ini yang memperlekeh Sultan Selangor dalam isu perlantikan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar pada 2018 lalu, rata-ratanya kini mula mengubah fikiran mereka.


Ucapan beliau yang memperlekeh Sultan Selangor itu adalah suatu kebiadapan yang melampau, apa lagi tindakannya membandingkan dengan Sultan Kedah yang didakwanya lebih hebat yang tidak mungkin melantik pemimpin “cokia” seperti Amiruddin sebagai Menteri Besar.


Apa hak Sanusi mempertikaikan Sultan Selangor, sedangkan kuasa melantik Menteri Besar adalah hak mutlak dan kebijaksaan baginda selaku negeri?


Selain itu, dengan menyifatkan Amirudin sebagai pemimpin tak cukup inci atau pendek, Sanusi juga secara nyata melakukan penghinaan atas sesuatu ciptaan Tuhan.


Walaupun menarik balik kata-kata tak cukup inci itu, perbuatan Sanusi tetap tidak boleh diterima kerana beliau adalah pemimpin negeri dan tidak seharusnya begitu celupar menghina bentuk tubuh seseorang bila bercakap di depan khalayak yang terbuka.


Sedarkah beliau, kalau mahu dikira tak cukup inci, siapa lebih tinggi antara Amirudin dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas sendiri?


Kenapa juga Sanusi hanya menarik balik kata-kata tak cukup inci yang ditujukan kepada Amirudin saja, tetapi tidak menarik balik perlekehannya terhadap Sultan Selangor?


Dalam ceramah beliau itu, sekurang-kurangnya ada tiga kesalahan telah dilakukan oleh Sanusi.


Pertama, beliau secara terang-terang telah menyentuh isu berkaitan 3R (Raja, Kaum dan Agama) secara tidak bertanggungjawab, biadap dan melampau.


Kedua, menghina fizikal individu lain secara terbuka dan sengaja.


Ketiga, menghina sesuatu ciptaan Tuhan kerana sama ada pendek, tinggi, hitam, putih atau apa juga rupa bentuk seseorang itu, ia adalah ketentuan serta rahsia tentang kebesaran-Nya yang kita sebagai manusia adalah berdosa menghinanya.


Dengan tiga kesalahan tersebut, pihak berkuasa wajar mengambil tindakan sewajarnya terhadap Sanusi.


Kalau orang biasa didapati menghina Sultan atau Raja, mereka pasti akan didakwa di mahkamah dan dalam kes Sanusi ini, pihak berkuasa wajar lebih pantas lagi untuk bertindak.


Ini kerana sebagai pemimpin, perlekehannya terhadap Sultan lebih membawa kesan buruk berbanding rakyat biasa melakulannya.


Dan kebetulan PRN Kedah akan berlangsung pada 12 Ogos depan, berdasarkan perlakuan Sanusi yang memalukan itu, inilah masanya untuk pengundi Kedah menghukum beliau dan parti yang diwakilinya.


Kedah tidak memerlukan pemimpin seperti Sanusi yang langsung tiada adab dan budi bahasa- kepada Tuhan, Raja serta sesama manusia.


Orang Kedah wajib berasa malu daripada terus berketuakan Sanusi memimpin negeri itu.


Dalam hal ini, jika Pas dan PN mahu mengelak daripada turut terbeban dengan apa yang Sanusi lakukan, langkah paling wajar ialah dengan tidak meletakkan beliau sebagai calon Menteri Besar Kedah lagi selepas ini.


Pas dan PN, demi nama baik Kedah dan nama mereka sendiri sebagai parti yang menjaja nama Islam, hendaklah berani menggugurkan Sanusi dan meletakkan pemimpin lain sebagai penggantinya. – ShahbudinHusin 13/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/untuk-elak-turut-jadi-beban-dalam-prn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imej Pas Terus Tercemar Angkara Sanusi

Imej Pas Terus Tercemar Angkara Sanusi

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 154 hits
Norman Radzuan Hina Sultan Selangor rakyat Kedah patut maluIMEJ PAS TERUS TERCEMAR ANGKARA SANUSI Ajaran Islam apa yg mengajar memfitnah seperti apa yang dilakukannya terhadap Mahfuz Omar Islam apa yang mengajar beliau memfitnah Perdana Men...
Nafi Mahu Matikan Legasi Nik Aziz Majlis Syura Pas Lulus Nik Abduh Tanding Prn

Nafi Mahu Matikan Legasi Nik Aziz Majlis Syura Pas Lulus Nik Abduh Tanding Prn

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 173 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA PAS menolak dakwaan parti itu cuba menafikan Nik Mohamad Abduh peluang bertanding pilihan raya dan mematikan legasi bapanya Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata pimpinan PAS Kelantan sendir...
Pas Akan Korbankan Sanusi Demi Mahathir

Pas Akan Korbankan Sanusi Demi Mahathir

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 187 hits
Telah tersebar dimerata laman MEDSOS bahawa keadaan politik negeri Kedah dalam pergolakan Ini dikabarkan akibat permainan politik Mahathir yang sering utamakan kepentingan diri sendiri lebih dari apa apa pun Kisah pergolakan antara Menteri ...
Takat Sanusi Ni Memberatkan Parti Kamu Saja

Takat Sanusi Ni Memberatkan Parti Kamu Saja

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 234 hits
Tiada yang pelik dengan kenyataan Tuan Ibharim ni Suatu masa dahulu pemimpin PAS boleh halalkan menipu Malah rasuah pun jadi sedekah sebab nak mempertahankan perangai tak senonoh pemimpin sendiri Jadi apa yang peliknya Guane boh Raja Gelap
Saya Tidak Nampak Sanusi Adalah Produk Tarbiah Pas Saifuddin

Saya Tidak Nampak Sanusi Adalah Produk Tarbiah Pas Saifuddin

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 213 hits
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan ciri ciri yang dimiliki Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak menggambarkan pemimpin itu antara produk yang lahir daripada tarbiah parti Pas
Pas Tolak Individu Berdosa Besar Sebagai Calon Prn

Pas Tolak Individu Berdosa Besar Sebagai Calon Prn

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 215 hits
PETALING JAYA Majlis Syura PAS yang menapis lebih 300 nama dicadangkan sebagai calon PRN telah menolak individu mempunyai masalah moral dan berdosa besar kata Mursyidul Amnya Hashim Jasin Hashim berkata tapisan dibuat Jumaat lalu itu dibuat...
Pas Ambil Kesempatan Isu Tiket Bas Untuk Kempen Prn

Pas Ambil Kesempatan Isu Tiket Bas Untuk Kempen Prn

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 244 hits
N Faizal GhazaliAmanah Kelantan membidas tindakan Ahli Parlimen PAS Mohd Syahir Che Sulaiman yang mendakwa tiket bas ke Kelantan pada hari hari menjelang PRN sudah habis sebaik tarikh pengundian diumumkan Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan ...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded