Benarkah Kerajaan Anwar Ibrahim Tidak Tergugat Jika Pn Menang Cemerlang Dalam Prn


 
Benarkah kemenangan PN di beberapa negeri pada PRN akan datang ini tidak menggugat kedudukan Anwar Ibrahim dalam menerajui kerajaan perpaduan?
Dalam hal ini, banyak pihak telah tampil dengan pandangan masing-masing, termasuk ada pemimpin UMNO yang menyatakan telah mendapat jaminan daripada GPS dan GRS, gabungan parti-parti di Sarawak dan Sabah bahawa mereka akan kekal bersama kerajaan perpaduan, biar apa pun keputusan PRN nanti.
Di pihak PH pula rata-rata menyebut keputusan PRN tidak mampu menjejaskan kerajaan perpaduan kerana ia hanya pilhan raya di peringkat Dun dan bukan Parlimen.
Begitu pun, di ketika ramai yang menyebut kekalahan PH/BN dalam PRN sama sekali tidak menjejaskan kedudukan kerajaan perpaduan di peringkat pusat, jangan sesekali kita lupa bahawa kemenangan PN, jika benar mampu dicapai di empat atau lima negeri, paling penting ia akan memberi gandaan rangsangan semangat kepada mereka untuk lebih agresif mendepani PRU16 akan datang.
Tanpa memiliki Selangor khususnya pun PN sudah begitu agresif, bayangkan bagaimana keagresifan mereka jika setelah berjaya menawan negeri tersebut?
Di samping itu, jika keputusan buruk diterima UMNO pada PRN akan datang ini, ia juga boleh memungkinkan timbulnya desakan daripada dalam parti itu sendiri agar segera meninggalkan kerajaan bagi mengelakkan keputusan lebih buruk diterima BN pada PRU16 akan datang.
Akan wujud perkiraan bahawa lebih baik UMNO keluar sekarang daripada terus berada dalam kerajaan, tetapi hanya mampu menang kerusi yang lebih sedikit, mungkin 16 atau 6 kerusi saja lagi pada PRU16 akan datang berbanding 26 kerusi pada PRU15 lalu.
Berdayakah Zahid Hamidi menahan desakan itu jika pada PRN nanti UMNO kalah teruk atau tewas semua kerusi yang ditandinginya?
Tentulah lebih buruk keadaannya jika setelah UMNO meninggalkan kerajaan yang disebabkan desakan akar umbi demi untuk survival pada PRU16 itu, ia diikuti pula oleh GPS dan juga GRS yang turut berbuat demikian.
Meski setakat ini GPS dan GRS dilaporkan memberi jaminan akan kekal menyokong kerajaan, namun sebagaimana orang politik, janji parti politik juga bukanlah boleh dipegang sangat.
Selain UMNO boleh dipaksa melalui desakan akar umbi untuk meninggalkan kerajaan jika keputusan buruk dicapai pada PRN, langkah lain yang mungkin berlaku ialah penentang-penentang Zahid Hamidi akan berpakat dengan PN dan kemudian memujuk GPS serta GRS untuk menolak kelulusan Belanjawan 2024 pada hujung tahun ini.
Pokoknya, selepas 12 Ogos nanti macam-macam boleh jadi dan tiada apa yang mustahil daripada terjadi.
Jadi, jangan mudah-mudah membuat kesimpulan bahawa keputusan PRN nanti tidak memberi kesan kepada kedudukan kerajaan perpaduan.
Untuk itu, PH dan BN tidak harus memandang mudah dan mesti menggunakan segala sumber serta kekuatan yang ada bagi menghadapi PRN enam negeri yang tarikh mengundinya tidak sampai sebulan dari sekarang.
Jika berjaya mengekalkan status quo iaitu PH/BN kekal menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, itu dikira sudah cukup baik dan merupakan keputusan minima yang boleh menyelamatkan masa depan.
Tetapi, dengan berjaya mengekalkan status quo, namun kalah di semua kerusi majoriti Melayu di ketiga-tiga negeri tersebut, keadaan itu sebaliknya boleh bertukar menjadi ancaman kepada PH/BN menjelang PRU16 akan datang.
Di samping keputusan itu meletakkan kerajaan yang dibentuk nanti tidak stabil dan menjadikan PN lebih galak dengan memainkan sentimen Melayu, UMNO yang merupakan sebahagian komponen dalam kerajaan perpaduan sudah tentu paling tertekan sekali dengan keputusan tersebut.
Pasti akan sentiasa timbul gegaran menekan Zahid Hamidi dan meminta UMNO segera berpisah daripada kerajaan.
Paling selamat buat PH/BN hanyalah kalau berjaya mengekalkan tiga negeri yang sedang dikuasainya sekarang serta dapat pula merampas satu atau dua negeri lain yang sedang ditadbir PN ketika ini.
Memandang sekeliling, mampukah perkara itu dijadikan kenyataan oleh PH/BN? – ShahbudinHusin 14/07/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/benarkah-kerajaan-anwar-ibrahim-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Kecuaian Hospital Kerajaan Budak Usia 3 Tahun Lumpuh Seumur Hidup Menang Saman Rm5 Juta

Akibat Kecuaian Hospital Kerajaan Budak Usia 3 Tahun Lumpuh Seumur Hidup Menang Saman Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 446 hits
Akibat kecuaian hospital kerajaan budak usia 3 tahun lumpuh seumur hidup menang saman RM5 juta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin telah mengarahkan seorang budak perempuan berusia 3 tahun dibayar lebih RM5 juta sebagai ganti rugi Dalam...
Sanusi Berisiko Hilang Kerusi Sekalipun Menang Prn

Sanusi Berisiko Hilang Kerusi Sekalipun Menang Prn

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 203 hits
Sekalipun dihadapkan dua pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor masih boleh menyertai Pilihan Raya Negeri akan datang Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dipetik berkata bagaimanapun penyandang Dew...
Bagi Satu Contoh Kerajaan Perpaduan Abai Orang Melayu Anwar

Bagi Satu Contoh Kerajaan Perpaduan Abai Orang Melayu Anwar

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 216 hits
Kerajaan Perpaduan bukan dibentuk hanya semata mata atas titah Yang di Pertuan Agong atau kerana pemimpin Pakatan Harapan dan BN mahu merebut jawatan sebaliknya adalah untuk membela rakyat Sehubungan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr...
Apakah Persamaan Kes Sanusi Dengan Kes Anwar Ibrahim Yang Dulu

Apakah Persamaan Kes Sanusi Dengan Kes Anwar Ibrahim Yang Dulu

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 296 hits
Pendakwaan Sanusi kepada pilihanraya negeri nanti mungkin mempunyai kesan yang berbeza beza bergantung kepada persepsi dan reaksi pengundiMenurut Sanusi sendiri pendakwaan itu adalah bertujuan untuk menjejaskan peluang beliau dalam PRN kela...
Mp Pasir Gudang Hassan Karim Menggesa Anwar Ibrahim Mendedahkan Identiti Mereka Yang Berpakat Mahu Menjatuhkannya

Mp Pasir Gudang Hassan Karim Menggesa Anwar Ibrahim Mendedahkan Identiti Mereka Yang Berpakat Mahu Menjatuhkannya

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 181 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menyifatkan geng kaya yang mengugut dan mahu menjatuhkan kerajaan perpaduan seperti yang didakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai mafia politik Hassan berkata walaupun ...
Nasib Mb Negeri Sembilan Pada Prn Anwar Masih Berteka Teki

Nasib Mb Negeri Sembilan Pada Prn Anwar Masih Berteka Teki

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 886 hits
MalaysiakiniPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun telah membuktikan kredibilitinya sepanjang lima tahun menerajui kerajaan negeri menerusi pelbagai pencapaian yang berkaita...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini