Ucapan Krismas Khalil Pendirian Peribadi Atau Parti Lim


Diterbitkan 26 Dis 2018, 11:50 pagi


Pemimpin DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada amaran Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi terhadap umat Islam supaya tidak membuat ucapan Krismas di Facebook kerana bertentangan dengan ajaran Islam adalah pendirian parti atau pandangan peribadinya sendiri.

Lim merujuk kenyataan Khalil bahawa merayakan Krismas adalah melibatkan perbuatan mensyirikkan Allah dan bertentangan dengan akidah Islam.

Selain itu, Khalil turut mengingatkan agar umat Islam tidak sewenang-wenangnya menulis status ucapan di Facebook kerana ia seolah-olah menunjukkan keredhaan terhadap agama itu.

“Soalan ini timbul selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan membuat ucapan Krismas, meskipun Khalil mengeluarkan peringatan tersebut.

“Siapakah yang mempunyai kuasa lebih besar dalam PAS - Setiausaha Agung PAS atau Ketua Pemuda PAS yang juga anak Presiden PAS?,” kata Lim dalam kenyataanya, hari ini.

Memandangkan terdapat dua pendapat yang bercanggah, Lim juga mempersoalkan pendirian presiden PAS Abdul Hadi Awang, Murshidul Am PAS, Hashim Jasin, serta majlis syura parti mengenai isu itu.

Selain pemimpin PAS, Lim juga memetik nama pemimpin Islam terkemuka negara dan seluruh dunia termasuk Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Ucapan itu termasuk juga datangnya dari Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultanahnya, Raja Zarith Sultan Idris Shah dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Adakah mereka bukan orang Islam sejati kerana membuat ucapan Krismas,” soal Lim.

Berikutan kritikan di media sosial berkaitan amaran Khalil, Lim berkata Ahli Parlimen Pasir Mas Fadhli Shaari cuba mengalih perhatian dengan mendakwa "Amanat Kit Siang lebih berbahaya daripada Amanat Hadi."

“Saya sendiri tidak tahu akan kewujudan “Amanat Kit Siang”; dan kedua, kira-kira 15 tahun selepas Hadi menyifatkan saya sebagai "ubat habis tempoh", saya masih berdiri di sini dan dikatakan membawa "Amanat Kit Siang".

“Adakah Pemimpin PAS tersebut ada terlebih dahulu meminta nasihat daripada Hadi sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang mana boleh membuatkan Presiden PAS berkenaan dilihat dungu kerana pernah mengatakan yang saya tidak lagi relevan pada 15 tahun lalu!,” katanya.

Menurut Lim lagi, muslihat sedemikian tidak boleh menutup hakikat bahawa kepimpinan PAS gagal menjawab banyak persoalan penting yang berbangkit antaranya berkaitan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)

Lim memetik kenyataan Abdul Hadi bahawa semua orang Islam harus menentang ratifikasi ICERD kerana mendakwa ia adalah agenda Freemason dengan niat untuk memusnahkan agama, negara dan masyarakat Islam.

Bagaimanapun Lim berkata kira-kira 99 peratus daripada 1.3 bilion orang Islam di dunia tinggal di 179 negara yang telah meratifikasi ICERD, termasuk 55 daripada 57 negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), seperti Arab Saudi, Indonesia, Turki, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Palestin, Algeria, Maghribi, Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan.

“Adakah PAS mahu menjadi penyelamat orang Islam di dunia, termasuk orang Islam di negara Arab Saudi, dan melancarkan kempen antarabangsa bagi mendesak 1.3 bilion orang Islam menentang ICERD.

“Adalah mengecewakan apabila begitu ramai pemimpian PAS menunjukkan set minda primitif - seperti Ulama PAS Selangor yang berkongsi video kugiran pop (kumpulan Seventeen) Indonesia sejurus sebelum bencana tsunami membadai negara itu,” katanya.

Justeru, Lim mengingatkan pemumpin PAS belajar daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan membaca daripada artikel yang ditulis oleh Fa Abdul dan disiarkan di Malaysiakini bertajuk “My first Sunday mass before Christmas” berkaitan nilai murni bersama rakan beragama Kristian.

“Kerana jelas apa yang kurang dalam kalangan pemimpin PAS adalah kasih sayang,” kata Lim.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/ucapan-krismas-khalil-pendirian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Krismas Harus Ikut Garis Panduan Kata Mufti Wilayah Persekutuan

Ucapan Krismas Harus Ikut Garis Panduan Kata Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 401 hits
Hukum kepada orang Islam mengucapkan selamat hari Krismas atau Merry Christmas dan ucapan ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat kepada penganut Kristian sempena sambutan Krismas adalah harus dengan mengikut garis panduan tertentu A...
Beli Pulau Dan Tinggal Di Situ Aktivis Beritahu Pas Berhubung Ucapan Krismas

Beli Pulau Dan Tinggal Di Situ Aktivis Beritahu Pas Berhubung Ucapan Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 333 hits
PETALING JAYA Gesaan seorang pemimpin PAS supaya orang Islam tidak meraikan Hari Krismas mendapat tempelakan keras daripada pengkritik lantang Islam konservatif yang berkata parti Islam itu menderitai sindrom gagal menghargai ajaran Islam d...
Lompat Parti Tidak Jelas Hala Tuju Atau Ada Tujuan Tersembunyi Dr Shamsul

Lompat Parti Tidak Jelas Hala Tuju Atau Ada Tujuan Tersembunyi Dr Shamsul

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR 13 Dis 8211 Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah membidas pihak yang berselindung di sebalik alasan kononnya UMNO tiada hala tuju yang jelas sebagai tindakan meng 8217 halal 8217 kan perbuatan meninggalkan parti...
Parti Krismas Bertema Harry Potter Anjuran Resort World Genting Bagi Menyambut 300 Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik

Parti Krismas Bertema Harry Potter Anjuran Resort World Genting Bagi Menyambut 300 Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 314 hits
Kanak kanak yang kurang bernasib baik tidak pernah dilupakan bila tiba musim perayaan Baru baru ini telah diadakan Parti Krismas yang penuh magis dan meriah bagi 300 kanak kanak yang kurang bernasib baik dari 10 rumah kebajikan yang berkump...
Usaha Melaga Atau Berita Benar Hisham Dalang Mp Keluar Umno Kata Sumber Parti

Usaha Melaga Atau Berita Benar Hisham Dalang Mp Keluar Umno Kata Sumber Parti

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 494 hits
Beberapa sumber parti mendakwa bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein adalah dalang di sebalik tindakan beberapa wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah Sumber berkenaan memberitahu Malaysiakini demikian selepas diminta menerangk...
Alih Tumpuan Atau Ingin Merosakkan Parti

Alih Tumpuan Atau Ingin Merosakkan Parti

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 351 hits
Masalah yang meleret leret dihadapi UMNO sepatutnya diselesaikan dengan baik Sepatutnya kita perlu kuatkan parti dan tidak termakan propaganda pihak lawan Namun ada cerita dan perjalanan yang luar kotak kalau kita terfikir sejenak berkenaan...
Si Jahil Cuba Lagakan Si Berilmu Ada Beza Ucapan Sambut Krismas

Si Jahil Cuba Lagakan Si Berilmu Ada Beza Ucapan Sambut Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 349 hits
Anggota jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali meminta masyarakat jelas dengan perbezaan antara hukum menyambut Krismas dengan hukum memberi ucapan sempena perayaan itu Ini kerana katanya timbul salah faham mengenai perkara ...
Xperlu Ada Umno Dua Setiap Parti Ada Pendirian 8959

Xperlu Ada Umno Dua Setiap Parti Ada Pendirian 8959

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 617 hits
Phil Collins Another Day In Paradise https www youtube com watch v Qt2mbGP6vFIcheers Posted by at BERSATU sebagai wadah perjuangan Melayu baru Sepuluh jong masuk pelabuhan Melayu bercawat minda lagi Sudah 61 tahun Melayu berkuasa bawah UMNO...
Lompat Parti Kerana Mahu Menguasai Kerajaan Ph

Lompat Parti Kerana Mahu Menguasai Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Bersatu agar berjaga jaga dengan ahli Umno yang melompat parti Menurutnya ahli Umno yang menyertai Bersatu mempunyai agenda tertentu iaitu mahu menguasai parti kerajaa...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar