Si Jahil Cuba Lagakan Si Berilmu Ada Beza Ucapan Sambut Krismas


Anggota jawatankuasa PAS    Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali meminta masyarakat jelas dengan perbezaan antara hukum menyambut Krismas dengan hukum memberi ucapan sempena perayaan itu.Ini kerana katanya, timbul salah faham mengenai perkara itu apabila terdapat segelintir pihak yang dilihat sengaja melaga-lagakan antara Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Hadi dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.“Saya melihat ada pihak yang sengaja melaga-lagakan antara YB Ustaz Muhammad Khalil, Ketua Pemuda PAS dengan Sohibus Samahah Mufti Wilayah dalam isu ucapan dan sambutan krismas sedangkan kedua-dua pihak berbicara pada topik berlainan. “Ustaz Khalil menjelaskan hukum haram menyambut Krismas bagi orang Islam. Itu adalah hukum yang telah disepakati oleh semua ulamak. Ada pun Mufti Wilayah     ldalam tulisan Bayan Linnas menjelaskan hukum mengucapkan Merry Christmas atau tahniah kepada penganut Kristian,” katanya dalam satu kenyataan. Dalam pada itu Khairuddin berkata, isu yang sering menjadi perselisihan di kalangan ulamak adalah berhubung hukum memberi ucapan Krismas.“Sebahagian ulamak mengharamkan ucapan selamat krismas kerana ia bererti perakuan terhadap kebenaran agama mereka. “Sebahagian ulamak pula mengharuskan dengan meletakkan syarat iaitu hendaklah ia hanya bertujuan memupuk hubungan perpaduan dan hendaklah tidak disertai dengan niat untuk mengagungkan, memuliakan dan menyetujui agama lain.“Saya juga melihat ada yang sengaja melencongkan maksud sebenar kenyataan Mufti Wilayah yang mengharuskan dengan meletakkan seolah ucapan selamat hari krismas adalah ungkapan yang sunat dan digalakkan untuk dituturkan. “Perlu diingat ia adalah keharusan dan bukannya galakan. Sesuatu hukum yang harus boleh berubah menjadi sunat disebabkan perubahan keadaan dan tujuan seumpama dengan tujuan dakwah,” jelas beliau.Ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga berkata, masyarakat perlu jelas dengan maksud memupuk keharmonian beragama, iaitu ia bukannya perlu menurut segala kehendak agama berlainan dalam perayaan keagamaan, tetapi dengan menghormati mereka dan memberikan hak kepada mereka untuk menyambut perayaan agama mereka. Tambahnya, hubungan kasih sayang sesama insan perlu terus dibina dan dipupuk menerusi pelbagai lagi aktiviti kehidupan seharian melibatkan hubungan persahabatan, kejiranan dan urusan hidup, dan tidak wajar diukur hanya pada ruang yang sempit iaitu sambutan perayaan bersama penganut agama berbeza. “Masyarakat Islam di Malaysia telah menunjukkan contoh yang baik dalam bergaul dengan bukan Islam sejak ratusan tahun dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia sesuatu yang boleh dibanggakan. “Maka tidak perlu ada yang terlebih lajak kepada sambutan perayaan bukan Islam yang melibatkan ritual beragama kerana ia melibatkan hukum terlarang dalam agama. “Islam agama yang memupuk keharmonian bermasyarakat. Islam juga menjelaskan batas perhubungan apabila melibatkan ritual beragama konsepnya ialah firman Allah dalam ayat 6 surah al-Kafirun bermaksud ‘bagi kamu agama kamu dan bagi saya agama saya’”,katanya lagi.  -Suara.tv#CelahGelegar 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/si-jahil-cuba-lagakan-si-berilmu-ada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nora Danish Bidas Dakwaan Sambut Krismas

Nora Danish Bidas Dakwaan Sambut Krismas

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 331 hits
Bila bergelar selebriti semuanya akan jadi perhatian ramai sehinggakan hal remeh pun boleh dijadikan isu oleh netizen Baru baru ini gara gara memuat naik The post appeared first on
Didakwa Sambut Krismas Nora Danish Tampil Jelaskan

Didakwa Sambut Krismas Nora Danish Tampil Jelaskan

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 418 hits
Bila bergelar selebriti semuanya akan jadi perhatian ramai sehinggakan hal remeh pun boleh dijadikan isu oleh netizen Baru baru ini gara gara memuat naik foto ketika perayaan Krismas Nora Danish dikecam teruk oleh netizen dan tanpa sebarang...
Ia Bertentangan Dengan Pegangan Kita Dalam Islam Pemuda Pas Tegah Umat Islam Sambut Krismas

Ia Bertentangan Dengan Pegangan Kita Dalam Islam Pemuda Pas Tegah Umat Islam Sambut Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 402 hits
Ia bertentangan dengan pegangan kita dalam Islam Pemuda PAS tegah umat Islam sambut KrismasKetua Pemuda PAS yang juga ADUN Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi memberi peringatan kepada umat Islam supaya tidak menyambut Hari Krismas esok k...
Sampah Berselerak Beza 500orang Sambut Tahun Baru 2019 Vs Himpunan Ummah 1juta Orang

Sampah Berselerak Beza 500orang Sambut Tahun Baru 2019 Vs Himpunan Ummah 1juta Orang

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 773 hits
Sambutan ambang tahun baru 2019 awal pagi tadi bukan sahaja meninggalkan seribu kenangan kepada rakyat namun turut meninggalkan sisa sampah yang bertaburan di sepanjang jalan sekitar ibu negara Dalam rakaman video berdurasi 27 saat yang tul...
Ucapan Krismas Khalil Pendirian Peribadi Atau Parti Lim

Ucapan Krismas Khalil Pendirian Peribadi Atau Parti Lim

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 326 hits
Diterbitkan 26 Dis 2018 11 50 pagiPemimpin DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada amaran Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi terhadap umat Islam supaya tidak membuat ucapan Krismas di Facebook kerana bertentangan dengan ajaran Isl...
Ucapan Krismas Harus Ikut Garis Panduan Kata Mufti Wilayah Persekutuan

Ucapan Krismas Harus Ikut Garis Panduan Kata Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 459 hits
Hukum kepada orang Islam mengucapkan selamat hari Krismas atau Merry Christmas dan ucapan ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat kepada penganut Kristian sempena sambutan Krismas adalah harus dengan mengikut garis panduan tertentu A...
Beli Pulau Dan Tinggal Di Situ Aktivis Beritahu Pas Berhubung Ucapan Krismas

Beli Pulau Dan Tinggal Di Situ Aktivis Beritahu Pas Berhubung Ucapan Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 387 hits
PETALING JAYA Gesaan seorang pemimpin PAS supaya orang Islam tidak meraikan Hari Krismas mendapat tempelakan keras daripada pengkritik lantang Islam konservatif yang berkata parti Islam itu menderitai sindrom gagal menghargai ajaran Islam d...
Ada Pihak Cuba Lagakan Saya Dengan Tun M Anwar

Ada Pihak Cuba Lagakan Saya Dengan Tun M Anwar

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 440 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak tertentu cuba menimbulkan prasangka dan melaga lagakan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan tindakan beberapa ahli Parlimen parti meninggalkan UMNO baru baru ini...
Sambut Krismas Dengan Hi Tea Istimewa Di Hotel Summit Subang Usj

Sambut Krismas Dengan Hi Tea Istimewa Di Hotel Summit Subang Usj

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 415 hits
AssalammualaikumMenjelang hujung tahun ni pelbagai tawaran Hi Tea yang ditawarkan yang bukan sahaja menggamit selera tetapi juga mengecurkan air liur tatkala melibat tawaran harga dan menu yang enak enak Dengan tawaran harga istimewa serend...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

Lirik Lagu Berdaya Diri Putri Ariani

Nasi Goreng Cili Kering Dan Dunia Penuh Lakonan

Resepi Kepah Berlado

Jumaat Pertama Di Kota Mekah Almukarramah