Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan Awas Tau


Breastfeeding mommy semestinya akan rasa lega bila mengetahui bahawa susu ibu mempunyai kandungan nutrisi lengkap yang mampu menguatkan imuniti bayi, especially bayi baru lahir. That's why lah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun suggest mak-mak beranak kecik ni untuk menyusukan bayi sejak lahir sehingga usia enam bulan dan meneruskannya lagi sampai lah umur anak capai dua tahun



Tidak dapat tidak ibu-ibu yang menyusukan bayi ni daripada mengambil ubat-ubatan tertentu untuk merawat masalah kesihatan yang dialami. So persoalan tentang side effect ubat yang dimakan tu, kena pada baby atau tak, tu seringkali timbul, dan berlegar di ruang kotak minda ibu-ibu. Betul tak

Secara amnya, keselamatan ubat yang diambil ibu adalah bergantung kepada jenis ubat, penyakit ibu serta umur baby yang disusukan tu. So jom baca selanjutnya tentang kesan sampingan ubat yang barangkali boleh pass through breast-milk dan mungkin bakal menjejaskan kesihatan dan fungsi organ baby yang disusukan.
Artikel dari akhbar Metro Ahad ini sengaja Syu tulis dan siar semula di blog ini untuk panduan ibu-ibu menyusu agar lebih ramai faham bahawa pentingnya untuk dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi sebelum mengambil apa-apa ubatan dan supplement for the sake of your baby's health



Farmakologi setiap ubat adalah berbezaKesan sampingan ubat dipengaruhi oleh kepekatan ubat dalam susu ibu. Kemasukan ubat ke dalam susu juga bergantung kepada saiz molekul ubat, kadar pelekatan ubat terhadap protein (protein binding), sifat larut dalam lemak sesuatu ubat, bagaimana ubat disingkirkan daripada badan, cara pengambilan sesuatu ubat, dos ubat serta kekerapan pengambilannya.

Justeru, ibu yang menyusukan anak dinasihati untuk memaklumkan kepada doktor atau ahli farmasi semasa mendapat rawatan agar ubat yang sesuai dapat diberikan. Walau bagaimanapun, pemantauan perlu dilakukan terhadap bayi yang menyusu sekiranya ibu terpaksa mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan. Ini adalah penting bagi memastikan kesan sampingan atau kesan yang tidak diingini dapat dielakkan.



Terdapat beberapa jenis ubat yang perlu diberi perhatian semasa menyusukan anak:Ubat yang selamat digunakan dalam penyusuanUbat dalam kategori ini selamat dalam penyusuan kerana kepekatan ubat yang diserap ke dalam susu ibu adalah rendah. Antara contohnya adalah ubat demam paracetamol

Ubat yang boleh diambil ketika penyusuan dan perlu memantau kesan sampingan kepada bayiUbat-ubatan dalam kategori ini biasanya jarang memberi kesan sampingan atau hanya memberi kesan sampingan yang ringan kepada bayi yang menyusu. Jika berlaku kesan sampingan kepada bayi, ibu dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor yang merawat. Ubat alternatif yang lain mungkin diberikan jika perlu

Ubat yang perlu dielak jika bolehUbat dalam kategori ini hanya disarankan untuk diambil oleh ibu menyusu sekiranya tiada alternatif ubat yang lain. Dalam keadaan tertentu, penyusuan perlu diberhentikan sementara waktu sehingga rawatan ubat berakhir

Ubat yang tidak selamat dalam penyusuanUbat-ubatan yang dikategorikan sebagai tidak selamat dalam penyusuan adalah ubat yang mempunyai kesan yang memudaratkan kepada kesihatan bayi. Sebagai contoh, ubat untuk rawatan jantung seperti ubat amiodarone, ubat anti-kanser dan sebagainya


Tip Untuk Mengurangkan Kesan Sampingan UbatIbu yang menyusukan anak perlu mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat termasuk ubat am dan juga ubat tradisional. Berikut merupakan beberapa tip bagi mengurangkan pendedahan bayi terhadap ubat-ubatan semasa penyusuan

Ibu haruslah sentiasa berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi sekiranya perlu mengambil ubat semasa penyusuan supaya ubat yang selamat diambil oleh ibu menyusu dapat diberikan
Ambil ubat pada dos dan masa yang telah ditetapkan, elakkan meningkatkan dos ubat tanpa arahan daripada doktor

Jika dos hanya perlu diambil sekali sehari, ibu disarankan mengambil ubat sejurus sebelum bayi tidur atau pada waktu yang jarak penyusuan bayi adalah panjang, contohnya pada waktu malam.Kadar risiko bayi terdedah kepada kepekatan ubat yang tinggi dapat dikurangkan kerana bayi tidur dan tidak menyusu dalam tempoh tersebut

Ibu boleh amalkan “susukan bayi dahulu kemudian barulah ambil ubat” supaya kepekatan ubat tidak terlalu tinggi apabila menyusukan anak untuk sesi seterusnya.Ibu juga boleh perah susu dahulu sebelum mengambil ubat dan simpan susu tersebut untuk sesi penyusuan seterusnya

Seandainya ibu perlu menjalani rawatan yang berisiko seperti terapi radioaktif, ibu dinasihatkan untuk memberhentikan penyusuan sepanjang tempoh rawatan.Dalam tempoh tersebut, bayi boleh diberi susu yang telah diperah sebelum rawatan bermula atau  menggunakan alternatif lain untuk menggantikan susu ibu seperti susu formula

Ibu boleh menggunakan kaedah “perah dan buang” sekiranya ibu perlu menjalani rawatan yang berisiko tetapi masih ingin meneruskan penyusuan selepas tempoh rawatan selesai.Hal ini penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan dan seterusnya boleh menyusu bayi selepas tamat sesi rawatan menggunakan ubat


Sentiasa dapatkan nasihat ahli perubatan terlebih dahuluSebagai kesimpulannya, ibu yang menyusu dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan atau memberhentikan sebarang pengambilan ubat semasa penyusuan. Jika anak mengalami tanda-tanda yang luar biasa atau membimbangkan, ibu perlu membawa anak berjumpa dengan doktor segera

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan ubat-ubatan, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.annursyuhadah.com/2019/08/ubat-yang-ibu-makan-boleh-terlepas-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Boleh Maintain Jika Ibu Makan Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Menyusu

Susu Boleh Maintain Jika Ibu Makan Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Menyusu

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 647 hits
Ada ibu bertanya apakah pil perancang yang sesuai kepada ibu menyusu yang tak mempengaruhi penghasilan susu ibu Sebab ada yang notice susu mula merudum sejak mula mengambil pil perancang Aisehmen ini boleh bikin ibu stres Bila stres makin b...
Makanan Untuk Ibu Menyusu Awas Susu Ibu Boleh Tercemar

Makanan Untuk Ibu Menyusu Awas Susu Ibu Boleh Tercemar

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 475 hits
Ramai dikalangan ibu hanya memberatkan nutrisi lengkap sewaktu hamil Adakah tidak penting untuk melengkapkan nutrisi untuk ibu menyusu Anda tahu atau tidak bahawa pemiliha makanan untuk ibu menyusu amatlah penting Makanan yang baik akan men...
Pengasuh Campurkan Air Suam Dalam Susu Badan Terkejut Si Ibu Nampak Depan Mata

Pengasuh Campurkan Air Suam Dalam Susu Badan Terkejut Si Ibu Nampak Depan Mata

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 547 hits
Bukan mudah untuk mengendalikan susu ibu tetapi jika dibuat secara konsisten akan menjadi mahir Ibu yang berasa gusar kerana terpaksa menyerahkan tugasan menjaga dan menyusukan anak kepada pengasuh atau taska adalah perkara normal Carilah o...
Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari Anak Excited Nak Menyusu Bila Besar Tak Cerewet Makan

Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari Anak Excited Nak Menyusu Bila Besar Tak Cerewet Makan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 427 hits
Susu ibu dihasilkan oleh badan ibu untuk keperluan bayi Rupanya apa yang dimakan ibu akan dirasai oleh bayinya Secara tidak langsung mereka telah merasa rasa makanan melalui susu ibu dan tidak cerewet untuk menerima makanan pelengkap kelak ...
Cepat Sihat Dalam Pantang Jangan Catu Minum Dan Makan Badan Tetap Boleh Cantik

Cepat Sihat Dalam Pantang Jangan Catu Minum Dan Makan Badan Tetap Boleh Cantik

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 412 hits
Dah jaga kandungan selama 9 bulan sebaik baiknya Dah berjuang waktu bersalin Sekarang tinggal proses pantang Tapi sejak akhir akhir ini isu pantang hangat dibincangkan apabila ramai yang percaya petua orang dulu berbanding apa yang disarank...
Makanlah Macam Macam Pun Kalau Ibu Stres Susu Tetap Akan Drop

Makanlah Macam Macam Pun Kalau Ibu Stres Susu Tetap Akan Drop

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 258 hits
Eh anak nampak susut badan sikit la susu tak cukup ke Tu anak asyik nangis lapar la tu susu awak tu tak cukup Kenapa ko pump sikit je dapat kesian anak kau start jela susu formula senang Ini antara situasi yang kebanyakan ibu akan alami Ber...
15 Senarai Hotel View Klcc 2024 Selak Langsir Terus Nampak

Seronok Hati Ini

Penulis Blog Raja Petra Meninggal Dunia Diusia 74 Tahun

Benarkah Daun Sirih Bagus Untuk Mengatasi Masalah Keputihan

Sambal Telur Mata

Kepentingan Mikrobiota Dalam Pemuliharaan Biodiversiti Ke Arah Kelestarian Planet

File September 2024

Ibu Ayah Dan Alam Semesta


echo '';
10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama Slot Megadrama Astro Ria

Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik


How Can I Use Digital Marketing To Build Brand Loyalty

Kelantan Bayi 30 Hari Maut Jururawat Ditahan

Rania Terkena Air Panas

Saya Tak Takut Kita Jumpa Di Mahkamah Dr Muhamad Akmal Tegaskan Kepada Teresa

Details Of Funeral Arrangements For Rpk

Lelaki Sengaja Tendang Kereta Orang Di Parkir Ahli Keluarga Cuma Tengok Amp Gelak