Pengasuh Campurkan Air Suam Dalam Susu Badan Terkejut Si Ibu Nampak Depan Mata


Bukan mudah untuk mengendalikan susu ibu, tetapi jika dibuat secara konsisten akan menjadi mahir. Ibu yang berasa gusar kerana terpaksa menyerahkan tugasan menjaga dan menyusukan anak kepada pengasuh atau taska adalah perkara normal. Carilah orang yang benar-benar boleh dipercayai untuk mengendalikan susu badan kerana ia mudah tercemar.
Begitulah perkongsian pemegang akaun Facebook, Intan Mariana, yang terkilan dengan cara pengasuh lama anaknya mengendalikan bekalan susu badan yang diberikan. Sangat memeranjatkan apabila Intan melihat sendiri kejadian bekas pengasuhnya itu mencampurkan air suam ke dalam susu badannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga HBM.
Terima kasih pengawas nenen approve post saya ini. Saya harap perkongsian saya ini dapat dijadikan pengajaran terutama sekali kepada ibu bekerjaya dan juga untuk pengasuh (BS) yang handle susu ibu (EBM).
Saya nak share sikit pengalaman yang tak kan saya lupakan. Rasa bersalah sangat² tengok anak saya, Ayra (4 months, fully BF) 
Artikel Menarik: {Tolong Jangan Campur Bijirin Dalam Susu Anak Walaupun Lubang Puting Dibesarkan. Tersedak Susu Boleh Akibatkan Jangkitan Paru-Paru}
Ceritanya, saya hantar Ayra ke Pengasuh dekat dengan rumah. Saya baru je hantar seminggu. Sehari sebelum saya hantar Ayra, saya dan husband memang dah pergi melawat dulu ke rumah pengasuh ni. Berkenalan dan tengok persekitaran rumah. Pengasuh ni beritahu yang dia dah lama tak handle susu ibu tetapi dia ckp dia boleh belajar semula dan saya pun terang kan dekat dia cara macam mana nak panas kan susu. Saya beritahu yg saya akan bekalkan 6 botol (termasuk puting) x 3oz dalam cooler bag. EBM yg saya bekalkan semua yg chiller sbb Ayra tolak frozen. Jadi lagi mudah. Tugas pengasuh cuma panaskan sahaja dan beri pada Ayra.
Bekalan susu yang diberikan oleh Intan kepada pengasuh buat anaknya Panaskan dalam air panas2 suam. Tak perlu cairkan EBM, tak perlu tukar botol ke puting. Sbb botol semua dah siap puting. Dan saya bagi extra EBM (5oz) andaikata tak cukup. Tapi biasa cukup je. Saya juga ingatkan pengasuh tempoh hayat susu selepas panaskan dan selepas susu kena airliur baby. Selepas 1 jam tak habis minum buang. Pengasuh paham dan dia ckp dia boleh buat. Lagi mudah dari bancuh susu katanya. Jadi selepas bincang dengan husband kami setuju pengasuh tu jaga Ayra. Selama 4 hari (Isnin-Khamis) dia jaga Ayra okay takde masalah. Susu pun habis je mcm biasa.
Si manja Ayra yang comel! Nak di jadikan cerita, semalam hari Jumaat. Tengahari tu saya ada urusan di sekitar dekat dgn rumah pengasuh. Alang² saya pun singgah la rumah pengasuh nak jengok Ayra. Saya dah masuk rumah masa tu. Kebetulan pengasuh tengah nak panaskan susu Ayra. Memang Allah nak tunjuk, saya tengok pengasuh bubuh AIR SUAM dalam susu EBM tu  Allah Allah Allah.
Saya mcm nak pengsan pun ada. Saya terkejut, saya tergamam. Saya tanya pengasuh tu ‘Kenapa akak letak air suam dalam susu tu’ dia ckp saya yg suruh. Allahuakbar. Rupanya pengasuh tu salah paham  Dia ingat saya suruh letak AIR SUAM dalam susu.
Saya suruh rendam dalam air suam kak, bukan masukkan air suam. Ya Allah. Saya pun ckp lah kiranya selama ni Ayra minum susu yg dah tercemar lah. Ya Allah mcm mana ni. Saya mmg mcm gelabah dan menangis la depan akak tu. Saya taip ni pun menitik air mata.
Pengasuh tu muka rileks je. Lepas tu yg buat saya terkilan. Boleh pengasuh tu cakap ‘TAK ADA APALAH’. Bukan nya nak minta maaf atau suruh saya bawa anak check doktor ke sbb dah tersalah bagi cara macam tu kan. Memang tak nampak langsung dia risau. Dia boleh cakap tak ada apa²  Saya mmg tak salah kan dia 100% sbb dia salah paham. Sampai sekarang saya fikir cara saya explain tu salah ke? Husband saya pun ada masa saya explain tu. Husband saya pun terkejut macam mana pengasuh tu boleh isi AIR SUAM pulak  
Artikel Menarik: {Pencuci Botol Susu Anak Salah Satu Tempat Terkumpulnya Banyak Kuman}
Mmg malam sebelum hantar Ayra tu saya risau pengasuh tu lupa cara yang saya terangkan. Jadi saya share kat pengasuh tu cara² nak handle susu ibu dalam bentuk PDF dan gambar kat whatsapp. Tak tau la dia tengok ke tak  Salah saya juga sbb dah tahu dia tak reti handle EBM percaya juga yg dia boleh buat.
Saya mmg risau sangat sekarang ni. Ayra tak demam, tak ada muntah dan aktif. Cuma berak dia cair dari biasa. Saya whatsapp doktor tentang hal ini. Doktor ckp risau usus tersumbat  dan risiko intussussepsis. Saya google pasal ni nauzubillahminzalik. Saya harap sangat Ayra kuat dan tak ada effect apa² kat dia 
Intan berkongsi kerisauannya dengan doktor Ibu minta maaf Ayra  Salah ibu  Ibu menyesal sangat. Jadi saya nak nasihatkan dekat ibu² semua kalau nak hantar anak kat pengasuh atau mana pusat asuhan. Pastikan pengasuh tu reti handle susu EBM ni. Tengok depan mata sendiri macam mana dia handle. Ini dugaan saya. Dugaan ibu bekerjaya  Harap tak adalah yang suruh berhenti kerja jela jaga anak. Memang nak sangat berhenti kerja tapi ibu² yang bekerja je tahu kenapa 
Saya nak minta semua doakan anak saya NUR AYRA SUMAYYAH BINTI MUHAMMAD KHAIRULHISAM selamat, kuat, sihat dan tiada effect apa² sebab susu tercemar tu 
Sekarang saya tengah cari pengasuh baru yg dekat dengan tempat kerja. Doakan semoga dipermudahkan ye. Terima kasih semua. Terima kasih pengawas nenen 
Syukur sekarang ini Ayra semakin okay dan Intan telah mencarikannya pengasuh baru yang berpengalaman mengendalikan stok susu dengan baik. Kini, Intan dinasihatkan doktor untuk memantau air kencing dan najis Ayra. Semoga dengan perkongsian dari Intan ini dapat memberi pengajaran kepada kita dan sama-samalah kita doakan agar Ayra sentiasa sihat.
Sumber: Intan Mariana
 
The post Pengasuh Campurkan Air Suam Dalam Susu Badan, Terkejut Si Ibu Nampak Depan Mata! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pengasuh-campurkan-air-suam-dalam-susu-badan-terkejut-si-ibu-nampak-depan-mata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sedar Air Mata Meleleh Ibu Kucing Sarat Mengandung Hampir Masak Terkena Minyak Panas

Tak Sedar Air Mata Meleleh Ibu Kucing Sarat Mengandung Hampir Masak Terkena Minyak Panas

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 452 hits
Boleh dikatakan majoriti masyarakat pada hari ini mempunyai haiwan peliharaan dan yang paling banyak di antaranya adalah kucing Walaupun kucing dianggap sebagai haiwan peliharaan yang manja namun masih ada segelintir masyarakat yang sanggup...
Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan Awas Tau

Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan Awas Tau

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 550 hits
Breastfeeding mommy semestinya akan rasa lega bila mengetahui bahawa susu ibu mempunyai kandungan nutrisi lengkap yang mampu menguatkan imuniti bayi especially bayi baru lahir That s why lah Kementerian Kesihatan Malaysia pun suggest mak ma...
Stings Kusapu Air Mata Perpisahan Chord

Stings Kusapu Air Mata Perpisahan Chord

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 454 hits
Dm A C Dm Dm C A Dm GmSiapa sangka kan jadi begini A C Asiapa duga kita kan berpisah Dm Gmkutak percaya biarpun kenyataan A AYang pastinya kukan kehilanganmu Dm GmKita sebumbung tapi tak bersama A C AKita serumpun tapi tak sekata Dm GmRindu...
Kerana Putri Air Mata Pak Nil Zizan Razak Menitis Di Sidang Media Ceria Megastar Ministar 2019

Kerana Putri Air Mata Pak Nil Zizan Razak Menitis Di Sidang Media Ceria Megastar Ministar 2019

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 537 hits
Di sebalik kegembiraan dalam meraikan kemenangan Eiffel atau nama sebenarnya Eiffel Paul Pailus sebagai juara sidang media program Ceria Megastar Ministar 2019 malam tadi turut bersulamkan air mata Kerana Putri Air Mata Pak Nil Zizan Razak ...
Air Asam Gelugur Turunkan Berat Badan Khasiat Lain Pun Banyak

Air Asam Gelugur Turunkan Berat Badan Khasiat Lain Pun Banyak

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 598 hits
Jom kami kongsikan resepi air asam gelugur untuk menurunkan berat badan
Ngabalin Tidak Boleh Ada Darah Dan Air Mata Lagi Mengalir Di Tanah Papua

Ngabalin Tidak Boleh Ada Darah Dan Air Mata Lagi Mengalir Di Tanah Papua

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 331 hits
Selain itu Ngabalin berterimakasih atas kesadaran masyarakat di Papua dan sekitarnya untuk tidak terpancing emosi serta menjaga situasi kondusif
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions