Uai Jelaskan Harta Si Mati Boleh Guna Sebelum Faraid Untuk Hal Ini Saja


Melalui akaun Facebook Ustaz Azhar Idrus, beliau menjawab persoalan tentang harta si mati yang diguna sebelum difaraidkan. Adakah ia boleh dilakukan dan siapa yang berhak untuk menggunakannya?

GUNA HARTA SIMATI SEBELUM FARAID SOALAN :
Adakah harus salah seorang dari keluarga simati mengambil wang yang dtinggalkan olih simati untuk dibelanjakannya?
Saya bertanya soalan ini kerana telah terjadi perbalahan pasal perkara ini dikalangan ahli keluarga dan jiran-jiran selepas kematian bapa saudara.
Sebahagian mereka berkata haram diambil wang simati selagi belum difaraidhkan dan sebahagian lagi mengatakan keluarga simati boleh sahaja ambil wang simati tidak menjadi kesalahan kerana mereka keluarganya.
Mohon pencerahan dari ustaz.
Artikel Berkaitan: [Jika Si Mati Ada Anak Lelaki, Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid]
JAWAPAN :
Apabila mati seseorang dan ada meninggalkan harta maka tertahanlah harta itu dari dibelanjakan oleh segala warisnya yang berhak dan haram diambil milik melainkan untuk perkara berkaitan pengurusan jenazahnya dan membayar segala hutangnya dengan Allah dan hutangnya sesama manusia dan menjelaskan wasiatnya.
Setelah itu barulah dibahagikan secara faraidh kepada segala waris. Apabila segala waris mendapat bahagian masing-masing maka haruslah mereka membelanjakannya sesuka hati.
Telah menyebut oleh Imam Nawawi :
يبدأ من تركة الميت بمؤنة تجهيزه ثم تقضى ديونه ثم وصاياه من ثلث الباقي ثم يقسم الباقي بين الورقة
Artinya : “Mula-mula boleh dibelanjakan harta simati ialah untuk keperluan pengurusan jenazahnya kemudian digunakan untuk membayar segala hutangnya kemudian menyelesaikan wasiatnya sebanyak satu pertiga dari jumlah harta kemudian barulah dibahagikan bakinya antara segala warisnya.” (Kitab Minhajul Talibin)
Berkata Syeikh Mahalliy :
يبدأ من تركة الميت وجوباً بمؤنة تجهيزه بالمعروف، ثم تقضى ديونه، ثم تنفذ وصاياه من ثلث الباقي، ثم يقسم الباقي بين الورثة”
Artinya : “Dimulai belanja harta peninggalan simati sebagai satu kewajipan untuk membiayai belanja pengurusan jenazahnya kemudian dibayar segala hutang si mati itu kemudian ditunaikan wasiatnya satu pertiga dari jumlah hartanya kemudian dibahagikan yang bakinya antara segala warisnya.”(Kitab Kanzul Raghibin)

Oleh kerana itulah haram para waris mengambil harta yang ditinggalkan oleh si mati sebelum dibelanjakan terlebih dulu untuk pengurusan jenazah, hutang dan wasiat.
Berkata Mufti Oman :
وفاء الديون من الحقوق المتعلقة بالتركة، وتقدم على الميراث، فإذا توفي شخص وترك مالاً، وعليه ديون قضيت ديونه أولاً، فإن بقي شيء فلورثته، قال الله تعالى في بيان استحقاق الميراث للوارث: (مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ) [النساء/11]، فلا يجوز للورثة أخذ شيء من التركة قبل قضاء الديون، وتنفيذ الوصية بثلث ما تبقى بعد الديون، إن كان المتوفى قد أوصى.
Artinya : “Menyempurnakan bayar segala hutang adalah hak yang bersangkutan dengan harta peninggalan mayat. Maka segala hak berkait hutang itu didahulukan atas hak-hak pewarisan. Maka apabila mati seseorang dan ada meninggalkan harta dan ada ia berhutang nescaya wajib diselesaikan segala hutangnya terlebih dahulu. Maka jika ada lebih harta selepas bayar hutang itu maka diberikan kepada segala warisnya.
Allah Taala telah menerangkan segala hak pewarisan kepada segala waris itu dengan firman-Nya :
“Dan kemudian dari membayar wasiatnya yang ia wasiatkan dan hutangnya.” An-Nisak : 11
Maka tidak harus bagi segala waris mengambil suatu dari harta peninggalan mayat sebelum membayar segala hutangnya dan selepas menyempurnakan wasiatnya dari harta yang baki selepas membayar hutang jika simati ada berwasiat.” (Lajnah Fatwa Negeri Oman)
Kesimpulannya haram diambil harta peninggalan si mati sebelum diselesaikan akan belanja pengurusan jenazahnya dan bayar segala hutangnya dan wasiatnya samada oleh waris atau orang lain.
Jika diambil hartanya buat menyelesaikan belanja pengurusan jenazahnya dan bayar hutang dan wasiatnya maka hukumnya adalah harus.
Artikel Berkaitan: [Jika Suami Mati, Nafkah Anak Ditanggung Oleh Datuk, Nenek & Bapa Saudara Sebelah Suami]
Jika telah terambil maka wajib dikembalikan dan jika sudah dibelanjakan atau sudah binasa maka wajib dibayar ganti harganya.
Semoga dengan keterangan ini sudah terjawab persoalan yang tuan hadapi.
Wallahua’lam.
Semoga dengan penerangan dari Ustaz Azhar Idrus ini dapat memberi penjelasan kepada kita tentang hal ini. Hal ini perlu kita ketahui agar suatu hari nanti, jika ia berlaku kepada kita dapatlah kita menanganinya dengan cara yang betul.
The post UAI Jelaskan, Harta Si Mati Boleh Guna Sebelum Faraid Untuk Hal Ini Saja appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/harta-si-mati-boleh-guna-sebelum-faraid-hanya-untuk-beberapa-hal-ini-saja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pastikan Kamu Sudah Melakukan 6 Hal Ini Sebelum Berharap Dicintai Orang Setengah Mati

Pastikan Kamu Sudah Melakukan 6 Hal Ini Sebelum Berharap Dicintai Orang Setengah Mati

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 154 hits
Seringkali obsesi untuk dicintai orang lain membuat kita melupakan hal yang mutlak harus dilakukan sebelumnya mencintai diri sendiri
Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1774 hits
Faraid ialah satu ilmu berkaitan sistem pembahagian harta pusaka bagi orang Islam Ia mengandungi hukum pewarisan formula pembahagian dan kaedah pengiraan yang akan menentukan siapakah dalam kalangan keluarga yang ditinggalkan oleh si mati y...
Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati

Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 571 hits
Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati Yang dimaksudkan Faraid adalah ketetapan Tapi selain tu ia juga membawa maksud yang banyak seperti menentukan memastikan menghalalkan dan mewajibkan Tapi menurut istilah syara ad...
Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati

Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 1562 hits
Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati Amboi tajuk bukan kemain lagi CH tak pandai pun bab faraid ni tapi CH sendiri pun perlu mengurus tanah peninggalan arwah mak ayah Sampai sekarang tak settle lagi Huhu Lagipun adik ...
Benarkah Hutang Si Mati Menjadi Penghalang Kepada Pewarisan Harta

Benarkah Hutang Si Mati Menjadi Penghalang Kepada Pewarisan Harta

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 437 hits
SOALAN Adakah harta si mati menjadi milik waris sejurus selepas kematian atau setelah dibayarkan kesemua hutang hutangnya Mohon pencerahan Terima kasih JAWAPAN Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT Orang orang lelaki ada bahagian p...
Guna Istilah Pm Tepi Boleh Didenda Rm100k

Guna Istilah Pm Tepi Boleh Didenda Rm100k

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 680 hits
Istilah PM TEPI amat popular bagi peniaga online Rata rata yang berniaga online terutama menerusi platform Facebook akan mengguna pakai istilah ini yang asalnya adalah PM HARGA Tak kira samada anda seorang penjual atau pembeli istilah PM TE...
Wanita Jadian Ditembak Mati Kerana Guna Tandas Wanita Di Restoran

Wanita Jadian Ditembak Mati Kerana Guna Tandas Wanita Di Restoran

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 627 hits
Wanita jadian ditembak mati kerana guna tandas wanita di restoranSeorang wanita transgender ditembak mati di Puerto Rico selepas menggunakan tandas wanita di restoran makanan segera McDonald s Neulisa Luciano Ruiz dibunuh pada awal pagi Isn...
Gaji Rm2 500 Tapi Boleh Simpan Sampai Rm750 Sebulan Caranya Guna Formula Ini

Gaji Rm2 500 Tapi Boleh Simpan Sampai Rm750 Sebulan Caranya Guna Formula Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 572 hits
Biar betul gaji RM2 500 boleh simpan sampai RM750 sebulan Selalunya nak simpan sampai RM300 sebulan pun susah kalau gaji takat nih Boleh sebenarnya kalau kita tahu cara yang betul seperti yang dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor ikut Formula 3...
Isu Chin Peng Dia Tak Boleh Buat Apa Cuma Abu Dia Saja Yang Balik Tun Mahathir

Isu Chin Peng Dia Tak Boleh Buat Apa Cuma Abu Dia Saja Yang Balik Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 244 hits
Isu abu mayat Chin Peng tidak perlu diketengahkan oleh mana mana pihak yang terlibat kata Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Bagi beliau pemimpin parti Komunis Malaya itu sudah meninggal Banyak orang yang dulu dera orang kita macam orang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game