Uae Khianat Pemuda Pas Gesa K Jaan Panggil Balik Duta


Pemuda PAS menyifatkan perjanjian damai dua hala antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel sebagai satu pengkhianatan bukan saja kepada Palestin, tetapi juga dunia Islam.
Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin, berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya dan mengecam perjanjian damai itu yang baru sahaja dimeterai minggu ini.
“Pemuda PAS menyifatkan tindakan UAE sebagai satu pengkhianatan kepada umat Islam terutamanya rakyat Palestin, serta dunia Islam.
“Suatu penghinaan besar buat UAE apabila sanggup bersama dengan musuh Islam yang giat menyembelih saudara seagama mereka.
“Tidak terjangkau oleh akal fikiran yang sihat bagaimana sebuah negara seperti UAE yang dipimpin oleh seorang pemimpin beragama Islam, serta majoriti penduduknya beragama Islam sanggup berjabat tangan dengan pemimpin rejim Israel dan Zionis yang dikotori darah dan air mata rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 13 Ogos lalu dilaporkan CNN mengumumkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Putera Mahkota UAE Mohammed bin Zayed telah bersetuju memeterai perdamaian yang dikenali “Perjanjian Abraham.”
Bernama pula melaporkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis menyuarakan pendiriannya menolak pengumuman mengenai perjanjian Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mahu memulihkan hubungan diplomatik dengan rejim Israel, lapor agensi berita Anadolu.
Mahmoud berkata demikian melalui perbualan telefon dengan ketua politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Haniyeh pula menegaskan mengenai sokongannya kepada kepemimpinan Palestin.
“Kami semua bersama presiden yang berpegang teguh pada penubuhan negara Palestin berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” kata Haniyeh, menurut satu kenyataan agensi berita WAFA.
UAE ialah negara Arab ketiga yang mencapai perjanjian sedemikian untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel selepas Mesir pada 1979 dan Jordan pada 1994.
Dalam pada itu, Pemuda PAS berkata pengkhianatan UAE terhadap Palestin ini harus ditentang oleh semua negara dunia Islam, termasuk Malaysia.
“Maka Pemuda PAS menuntut kerajaan Malaysia mengecam tindakan UAE, serta memanggil pulang duta Malaysia di UAE sebagai bantahan kepada pengkhianatan ini.
“Pemuda PAS akan terus bersolidariti bersama saudara seagama kami di Palestin dan dunia Arab yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionist Israel. Segala bentuk hubungan dan perjanjian damai bersama Israel adalah suatu pengkhianatan, dan harus ditolak oleh umat Islam,” tegasnya. Mkini
The post UAE khianat – Pemuda PAS gesa k’jaan panggil balik duta appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/16/uae-khianat-pemuda-pas-gesa-kjaan-panggil-balik-duta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Palestin Kecewa Perjanjian Khianat Uae Israel

Rakyat Palestin Kecewa Perjanjian Khianat Uae Israel

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 333 hits
BAITULMAQDIS 25 Zulhijjah 1441H Sabtu Rakyat Palestin kecewa dengan perjanjian normalisasi antara Emiriah Arab Bersatu dan negara haram Israel yang dianggap sebagai pengkhiatan terhadap negara mereka Terdahulu Israel kononnya bersetuju untu...
Kalau Mahu Terus Berdebat Bertandinglah Sendirian Kata Pemuda Pas

Kalau Mahu Terus Berdebat Bertandinglah Sendirian Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 283 hits
Dewan Pemuda Pas Malaysia mempersilakan semua komponen parti Perikatan Nasional untuk bertanding secara bersendirian di dalam Pilihan Raya Umum ke 15 sekiranya masing masing berkeras untuk terus berdebat secara terbuka dan tidak mahu berbin...
Sejarah Pas Juga Ada Khianat

Sejarah Pas Juga Ada Khianat

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 223 hits
Via WhatsApp Sejarah tidak pernah Berbohong Sejarah punyai ibrah yg perlu kita hayati dalam perjuangan hari ini dan masa depan untuk kita tidak ulangi kesalahan lampau itu 1 Terbinanya Barisan Alterntif oleh alMarhum Ustaz Fadzil Nor pasca ...
Pemuda Pas Tanding Sendirian Bawa Haluan Masing Masing Jika Tak Mahu Runding

Pemuda Pas Tanding Sendirian Bawa Haluan Masing Masing Jika Tak Mahu Runding

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR Pihak yang masih tidak berpuas hati dan enggan berunding diminta bertanding sendirian dan membawa haluan masing masing kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari Bawalah pandangan ke meja rundingan tidak perlu berdebat ...
Yang Utama Segerakan Rci Debat Mujahid Azeez Tak Selesai Masalah Th Kata Pemuda Pas

Yang Utama Segerakan Rci Debat Mujahid Azeez Tak Selesai Masalah Th Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 311 hits
Pemuda PAS memberi penegasan betapa debat seperti yang berlangsung antara bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof dan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Rahim pada Sabtu lalu tidak menyelesaikan kemelut agensi kewanga...
Pemuda Pas Segerakan Rci Debat Tak Selesai Kemelut Th

Pemuda Pas Segerakan Rci Debat Tak Selesai Kemelut Th

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 239 hits
Pemuda PAS memberi penegasan betapa debat seperti yang berlangsung antara bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof dan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Rahim pada Sabtu lalu tidak menyelesaikan kemelut agensi kewanga...
Gabriel Magalhaes Bek Tengah Kaki Kiri Yang Diburu Rapat Mikel Arteta

Gabriel Magalhaes Bek Tengah Kaki Kiri Yang Diburu Rapat Mikel Arteta

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 697 hits
Pengendali Arsenal Mikel Arteta nampaknya memperlihatkan satu perkara dalam pemburuan pertahanan tengah iaitu pemain yang mempunyai kekuatan kaki kiri Arsenal dikatakan semakin hampir untuk membawa masuk pertahanan tengah Lille Gabriel Maga...
Gesa Kpm Tarik Balik Lulusan Uec Masuk Ipg Kemudian Haramkan

Gesa Kpm Tarik Balik Lulusan Uec Masuk Ipg Kemudian Haramkan

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 266 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar BANGI 23 Zulhijjah 1441H Khamis Kementerian Pendidikan digesa menarik balik kemasukan graduan Sijil Peperiksaan Bersepadu bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Gur
Ydp Yadim Dikecam Pakai Kopiah Pas Ketika Program Rasmi

Ydp Yadim Dikecam Pakai Kopiah Pas Ketika Program Rasmi

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 447 hits
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nasrudin Hassan telah menampilkan imej kepartian dalam program rasmi yayasan tersebut Dalam gambar yang dimuatnaik di laman Facebooknya semalam Nasrudin dilihat memakai kopiah berlambang Pas ke...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Agih Zakat Rm33 Juta Tenaga Nasional Berhad Komited Sokong Pembangunan Negara

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saifuddin Belum Buat Keputusan Tanding Pemilihan Pkr

Health Ministry S 5 Year Plan To Prevent Teens From Smoking

Daganghalal Strengthens Its Global Halal Trade Foothold At Gulfood 2025

The Wisdom Of Ramadan

Buy Diamond Pendants In Malaysia Discover Elegance At Diamond Talk

Merentas Desa Tempat Ke 12