Sejarah Pas Juga Ada Khianat
Via WhatsApp
Sejarah tidak pernah Berbohong.
Sejarah punyai ‘ibrah yg perlu kita hayati dalam perjuangan hari ini dan masa depan, untuk kita tidak ulangi kesalahan lampau itu.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158395091509876&id=632394875
1. Terbinanya Barisan Alterntif (BA) oleh alMarhum Ustaz Fadzil Nor pasca Reformasi 1998, akhirnya ia jatuh berkecai angkara doktrin “Negara Islam” bawaan TG Hadi Awang tahun 2002. alMarhum Harun Din masa itu menjadi rujukan utama TGHA.
2. Rekod paling teruk Pas melanda PRU 2004 yg bukan hampir kehilangan Kelantan sepenuhnya. Ya, angkara orang yg sama.
3. Namun kepimpinan baru dalam Pas selepas itu tetap meneruskan agenda Reformasi bangkit dengan kekuatan bersama PKR/NGO rakyat dgn kerjasama tak rasmi tapi sangat rapat dgn DAP sehinggalah PRU 2008. Berkali Demonstrasi Bersih dilaksanakan untuk menggembling kuasa rakyat masa itu.
4. Natijahnya rakyat menolak Umno/BN dalam gelombang kedua reformasi 2008, pimpinan “anak-anak buah” alMarhum Fadzil Nor terdahulu yg bersama Pas.
5. Melihat kebangkitan itu, TGHA bersetuju atas cadangan kerjasama dan nama diberikan oleh TGNA sbg Pakatan Rakyat (PR) yg menatijahkan ramai kepimpinan party menjadi YB. Dua negeri dipimpin Pas, walau Perak akhirnya dijatuhkan oleh Umno.
Nota :
Tak sangka rupanya, pengakuan ikhlas pimpinan Pas hari ini mereka gembira & syukur pada usaha Umno menjatuhkan kerajaan pimpinan Pas di Perak 11 tahun lalu. TGNA gelar puak itu sebagai “celaka” dan jahat.
6. Tahun 2008 – 2013 hinggalah 2014 adalah tempoh 7 tahun di mana setiap kali perhimpiunan tahunan Pas akan putuskan DUA ketetapan tanpa jemu, diperbahaskan dgn mandat 100% perwakilan:
(a) Kuatkan party
(b) Perkukuhkan PR
7. Tiada bantah. Tiada yg berbeza pandangan. Sebab mereka yg melawan keputusan syura itu dah pun bersama kempen Umno masa itu.
[ Tulisan saya di wall FB ini bermula awal 2009 boleh dijadikan rujukan dalam aspek tahaaluf siyasi & isu pengkhianatan yg berlaku, saya tidak pernah delete kupasan lama tersebut. ]
8. Awal 2015 Anwar Ibrahim dipenjarakan Najib. PR diuji dgn kehilangan momentum rakyat.
9. Dan terjadilah pada Februari 2015, berlaku kewafatan alMarhum TG Nik Aziz, reformist sebenar gerakan Islah & Tajdid yg mengetuai & mengawal perjuangan rakyat menjatuhkan kleptocrat Umno/BN sejak sekian lama.
10. Itulah kegembiraan “mereka semua”! Benar seperti disebut Hasan Ali ini, Umno dan semua proxy Umno dalam Pas hanya menantikan saat ditunggu itu, untuk mereka keluar daripada lakonan politik mereka selam ini.
11. Muktamar 2015, berlaku lah apa yg dah berkali saya sebutkan. Muktamar pertama tanpa TG Nik Aziz bahkan berjalan tanpa ketua syura (Mursyidul Am baru belum dilantik), maka TGHA masa itu melakukan veto membawa Pas keluar daripada PR sehingga terbubarnya PR pada 6 Jun 2015.
Itulah sejarah yg tak dapat dinafikan oleh mereka hingga kini.
12. Sejarah pengkhiatan inilah akan terus terpahat di dada generasi anak cucu kita kelak. Party berlabel agama pimpinan seorang berlabel Tok Guru yg sama melakukan DUA kali pengkhianatan pada mandat ummah & Negara, tahun 2002 & 2015.
13. Hasan Ali ini mujjurlah berani berterus-terang hasrat beliau ini selepas dipecat, satunya daripada pembuktian yg saya laporkan pada JK Tatatertib masa itu. Namun fitnah nyata dalam ucapan ini pada alMarhum TGNA adalah pada kenyataan penafian bangsa TGNA sbg “melayu”.
14. Namun sebenarnya yg lebih bahaya dalam perjuangan ini mereka yg bersama kita, berketayap dan berjubah, berkata agama, tapi sanggup melakukan makar jahat sungguh celaka hanya demi kuasa dan harta.
15. Bersorak gembira mereka tanpa alMarhum TG Nik Aziz mengemudi party, maka 4 bulan selepas kewafatan itu berakhirlah segala legasi perjuangan seorang ulamak haraki dgn agenda reformasi yg dibawanya itu. Berkuburlah juga segala harapan Ummah yg asaskan oleh kedua perjuang alMarhum Fadzil Nor dan TGNA sejak 2015 itu.
Parti Amanah Negara (Amanah) lahir 3 bulan selepas keruntuhan itu (16 September 2015) demi meneruskan agenda islah & tajdid yg telah diasaskan keduanya. Kerjasama Pakatan Harapan lahir pada bulan berikutnya…
Bersama kita DOAKAN firdausil ‘ala buat insan disayangi ini. Dan berdoalah Allah kekalkan kita istiqamah menelusuri jalan dakwah berliku penuh mehnah ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/29239