Tutup Operasi 4 Hotel Najib Persoal Apakah Th Tenat


FMT Reporters4 buah hotel milik TH di Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Alor Setar dan Terengganu akan ditamatkan operasi dan perkhidmatan bermula 1 Apr depan. PETALING JAYA: Najib Razak mempersoalkan apakah hotel yang mempunyai kaitan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini berada dalam tenat hingga bertindak menamatkan operasi dan perkhidmatan 4 rangkaiannya.

“TH hendak linkup ke apa? Hotel-hotel TH terpaksa tutup selepas dipindah ke syarikat milik Kementerian kewangan,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, hari ini.

Najib berkata demikian selepas memuat naik satu surat ditandatangani pemangku pengarah urusan Kumpulan dan ketua pegawai eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) Zulkefli Ahmad bertarikh 17 Feb.

Dalam surat berkenaan dinyatakan 4 buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi dan perkhidmatan berkuatkuasa 1 Apr depan.

FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan surat berkenaan.

Dinyatakan, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan keputusan tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel terlibat sudah atau akan diambil alih syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

“Bangunan hotel-hotel yang terlibat juga sudah dipindah milik daripada Lembaga Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji,” katanya.

Menurut surat itu lagi, skim penamatan pekerjaan (SSS) melibatkan anggota yang sudah dikenal pasti sebagai berlebihan akan dilaksanakan di THHR dan 4 rangkaian hotel TH.

“Pengurusan Kumpulan THHR akan memaklumkan perkembangan terkini berkaitan penamatan operasi dan perkhidmatan di hotel-hotel tersebut dari semasa ke semasa.

“Bagi pihak pengurusan kumpulan THHR, kami ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada semua anggota yang terlibat atas dedikasi, komitmen dan kegigihan dalam tempoh perkhidmatan,” kata surat berkenaan.

Sebelum ini, pemimpin parti politik dalam Muafakat Nasional menyuarakan kebimbangan mengenai penjualan aset hartanah milik TH bernilai RM10 bilion kepada syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Ia berkata, antara aset tersebut termasuklah tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel TH seluruh Malaysia yang selama ini banyak memberi sumbangan kepada perolehannya.

Berikutan itu, setiusaha agung Umno, Annuar Musa dan setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan bersama mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua dakwaan salah laku, penyelewengan dan skandal dalam TH seperti dijanjikan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/tutup-operasi-4-hotel-najib-persoal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Ada Tutup Hotel Th Cuma Pindah Pengurusan Kata Kadir Jasin

Mana Ada Tutup Hotel Th Cuma Pindah Pengurusan Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 277 hits
A Kadir Jasin KUALA LUMPUR Kerajaan didakwa tidak ada rancangan untuk menutup empat hotel Tabung Haji sebaliknya rangkaian hotel itu akan beroperasi di bawah pengurusan Urusharta Jemaah Sdn Bhd Malah kebanyakan daripada 278 kakitangan dikek...
Ladang Th Dijual Hotel Th Yang Untung Pun Dijual Najib

Ladang Th Dijual Hotel Th Yang Untung Pun Dijual Najib

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 248 hits
Najib RazakKUALA LUMPUR Pemindahan milik bangunan hotel hotel kepada syarikat lain sepatutnya bukan alasan untuk menutup hotel Ini kerana perubahan yang berlaku dalam pengurusan hotel dan pemilik bangunan hotel itu bukan luar biasa kata Dat...
Tutup Hotel Ini Penjelasan Tabung Haji

Tutup Hotel Ini Penjelasan Tabung Haji

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Operasi empat Hotel Tabung Haji akan diteruskan di bawah pengurusan baharu iaitu UJ Property Management Sdn Bhd Menurut Lembaga Tabung Haji pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM merupakan sebahagian...
Hotel Th Tak Tutup Pekerja Tak Dibuang

Hotel Th Tak Tutup Pekerja Tak Dibuang

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 278 hits
Pembangkang yang kehilangan modal menuduh kononnya Tabung Haji mentup 4 hotel milik mereka dan kakitangannya kehilangan kerja Bagaimanapun pihak kerajaan Pakatan Harapan menjelaskan tidak berlaku penutupan hotel sebagaimana didakwa sebalikn...
Tuntut Penjelasan Penamatan Operasi Hotel Thhr

Tuntut Penjelasan Penamatan Operasi Hotel Thhr

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 224 hits
TUNTUT PENJELASAN PENAMATAN OPERASI HOTEL THHRParti Islam Se Malaysia menuntut satu penjelasan tuntas daripada pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berhubung penamatan operasi sert...
4 Hotel Tabung Haji Tutup

4 Hotel Tabung Haji Tutup

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 554 hits
RASA CURIGA PENUTUPAN HOTEL TABUNG HAJI HOTEL LAIN OK JE PAS TUNTUT PENJELASAN PAS turut bimbang dengan nasib semua aset hartanah LTH bernilai RM1 4 bilion yang telah dipindahkan kepada UJSB antaranya tanah TRX KL Platinum Park dan tanah Pr...
Kenapa Perlu Hentikan Operasi Hotel Hotel Tabung Haji Asyraf Wajdi

Kenapa Perlu Hentikan Operasi Hotel Hotel Tabung Haji Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 644 hits
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan kenapa empat hotel milik Kumpulan TH Hotel and ...
Mengapa Operasi Hotel Th Dihentikan

Mengapa Operasi Hotel Th Dihentikan

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 252 hits
Via WhatsApp Merujuk kepada surat bertarikh 17 Februari 2020 memaklumkan pemberhentian operasi beberapa hotel milik TH Hotel Residence Sdn Bhd di beberapa lokasi seluruh Malaysia Hotel hotel tersebut untuk makluman semua termasuk dalam sena...
Apakah Lembaga Tabung Haji Tenat

Apakah Lembaga Tabung Haji Tenat

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 543 hits
Tutup operasi 4 hotel Najib persoal apakah TH tenatPETALING JAYA Najib Razak mempersoalkan apakah hotel yang mempunyai kaitan dengan Lembaga Tabung Haji ketika ini berada dalam tenat hingga bertindak menamatkan operasi dan perkhidmatan 4 ra...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

5 Perusahaan Pialang Berjangka Resmi Memiliki Kantor Di Pontianak

Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman