Merujuk kepada surat bertarikh 17 Februari 2020 memaklumkan pemberhentian operasi beberapa hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) di beberapa lokasi seluruh Malaysia.
Hotel-hotel tersebut untuk makluman semua, termasuk dalam senarai aset diletak di bawah SPV yang dilantik Kerajaan sejak hujung tahun 2018 bagi memulihkan prestasi kewangan TH yang teruk dilanda skandal dan penyelewengan.
SPV Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) dengan usaha berterusan menyusun dan memindah milik 29 hartanah tidak berdaya saing (mengalami kerugian demi kerugian), 1 syarikat dan 106 sekuriti ekuiti domestik.
Menurut jawapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf kepada soalan bertulis Ahli Parlimen Kuala Terengganu, semua aset dipindahkan bernilai lebih RM19.9B.
Nilai perpindahan ini lebih tinggi berbanding nilai buku semasa berjumlah RM10B.
Tindakan ini berjaya pulihkan ruang defisit antara aset dan liabiliti TH, serta mengimbangi rosot nilai direkod bagi tahun kewangan 2018.
Antara hartanah tidak beri pulangan dan daya saing kepada TH seperti berikut:
1. TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah
2. TH Hotel Kuala Terengganu, Terengganu
3. TH Hotel Bayan Lepas, Penang
4. TH Hotel Alor Setar, Kedah
Nilai buku : RM1,410,651,797
TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) mengumumkan hotel-hotel terlibat dalam proses pemberhentian operasi melibatkan :
Operasi dan pengurusan hotel-hotel tersebut termasuk dalam 29 aset tidak berdaya saing (mengalami kerugian berterusan) sejak beroperasi antara 5-7 tahun lalu, diambil alih oleh syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).
Bangunan hotel-hotel terlibat dipindah milik Lembaga Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan (SPV) Lembaga Tabung Haji (TH).|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |