Tutorial Tukar Theme Template Blogspot
Template blogspot atau blogger yang asal sukar untuk saya terima. Bagi yang pernah kenal blog saya, Emme Marina. Anda akan dapati saya sangat kerap menukar template blog saya. Sejak tahun 2015 saya berjinak membina blog ini sehinggalah sekarang.
Ada pelbagai sebab mengapa saya selalu bertukar template blog. Antara sebabnya ialah untuk mendapat kelebihan dari segi design, mobile responsive, fast loading blog dan semangat untuk terus menulis. Jika mood pada waktu dan ketika itu lemau, atau kita sudah berubah arah dalam hala tuju kita, apa jua sebabnya berkaitan motivasi diri, emosi, template blog bagi saya personally ialah sangat mempengaruhi. Design blog anda juga memberitahu pembaca siapa diri anda. Sedikit sebanyak mencerminkan personaliti diri anda sebagai seseorang di laman sesawang.
Beberapa persoalan yang mungkin bermain di fikiran sahabat semua.Dari mana mahu mendapatkan template blog?Template ini berbayar atau percuma?Susah ke nak tukar template?Perlukan ilmu coding (IT) yang power tak?
Sejujurnya dulu saya seperti kalianlah. Sama sahaja kita semua semasa bermula. Apa yang penting, anda mahu belajar mencuba. Dah cuba buat, baru tahu boleh atau tidak, susah atau senang.
Mari kita mulakan tutorial menukar template blog lama anda kepada template yang lebih baik.
Dari Mana Mahu Mendapatkan Template Blog?
Saya assume anda sudah tahu bahawa Blogger sudah pun menyediakan template mereka sendiri. Jika anda berkenan dengan template yang mereka sudah gunakan. Silakan. Jika anda mahukan template yang anda lihat di blog saya, atau rakan-rakan blogger anda yang lain, ada beberapa website yang saya rekomen. Website ini menyediakan template-template yang sangat cantik, efficient dan mengikut citarasa anda insya Allah
Antara website template yang saya sendiri selalu refer ialah Btemplates, Gooyabitemplates, Sora Template dan juga Etsy. Kadangkala saya suka search sahaja menggunakan keyword search "template for blogger" atau "free blogger templates".
Template Ini Berbayar atau Percuma?
Menjadi lumrah soalan ini akan ditanya, ok, template yang saya sedang gunakan sekarang adalah percuma. Namun tak semua template yang percuma adalah percuma seratus peratus, tetap ada hidden features yang mereka lock untuk anda. Dan jika anda nak gunakan sepenuhnya template tersebut, maka anda harus membeli hak milik design tu. Jelas ya?
Btemplates, Gooyabitemplates dan Sora Template menyediakan percuma template untuk anda pakai, dan pada masa sama anda boleh membeli hak tersebut dan unlock fungsi-fungsi tambahan yang disediakan. Kebiasaaanya, mereka akan lock hak cipta design, tambahan fungsi bergantung kepada apa jenis template yang anda cari. Sukar topik ini kerana walau advance sekalipun template tersebut, in the end, ianya tetap bergantung kepada emosi anda melihat template tersebut serta keperluan anda dalam mendesign website anda sendiri.
Website Etsy pula merupakan medium berbayar sepenuhnya. Apa yang saya suka tentang template di Etsy ialah anda boleh direct berhubung dengan designer blog ini dan di situ anda boleh dapati custome template yang sangat banyak serta cantik! Oh, saya memang suka design-design template yang rare dan fresh. Harga design ini biasanya dalam range RM 100 - RM 300. Seperti saya katakan, pemilihan template ini adalah mengikut keperluan anda sebagai owner website/blogger. Apa niche anda ketika membina web blog ini? Jadi itu adalah faktor utama yang perlu anda fikirkan
Susah Ke Nak Tukar Template?
Bergantung kepada template yang anda pilih, ada jenis template yang seakan design Blogger sediakan, jadi yang ini lebih straight forward. Ubah mengikut template. Edit, remove dan add on. Template di Btemplates adalah mudah insya Allah untuk anda gubah as newbie.
Jika anda mempunyai kepakaran IT yang lebih, sukakan cabaran dan nak belajar design lebih lagi, anda boleh mencuba template di website Gooyabitemplates atau Sora Template, design mereka lebih up to date, advanced dan modern.
Pada pendapat peribadi saya, Btemplate sedikit old skool namun masih relevan manakala website gooya dan sora sesuai bagi anda yang suka mengikuti peredaran semasa dan inginkan sentuhan teknologi terkini
Perlukan Ilmu Coding (IT) Yang Power Tak?
Untuk pengetahuan sahabat semua, saya bukan terer IT pun, coding pun saya lemah. Saya cuma pandai mencari bahan untuk saya study dan tukar template mengikut arahan yang diberikan. Setiap template ini telah disediakan cara untuk anda menukar template. So jangan risau.
Apa yang diperlukan sebenarnya ialah masa untuk anda ubah satu per satu kerana ianya kerja manual. Memakan masa. Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini, jika anda yakin anda boleh buat! So, jika saya sendiri bukanlah power IT, maka anda pasti juga boleh. Apa yang saya buat, saya google! Refer youtube. Pernah juga saya upah rakan website yang pandai design template dan merekalah yang mengubah template saya mengikut apa yang saya perlukan. Namun sudah tentu ia juga memerlukan upah yang akan lumayan. But hey, jika memang takde masa nak buat dan tak mahir selok belok IT, maka upah orang design blog anda tidak salah langsung :)
Baiklah Mari Belajar Tukar Template Blog Anda
1. Pilih template yang anda berminat.2. Download dan extract template tersebut (biasanya template dalam bentuk zipfile ya)3. Cari pada file type .xml , pastikan ada kay.4. Buka blogger anda, pergi ke theme dan anda click di icon sebelah customize. (refer gambar di bawah)
5. Pilih sama ada restore atau edit HTML. Jika saya , saya pilih edit HTML dan copy skript pada .xml file. Namun cara yang disarankan ialah tekan restore, dan anda upload template ada sebentar tadi
6. Setelah anda restore atau paste secara manual di html file, anda boleh preview dahulu sebelum save. Jika ok, save dan publish
Jom saya kongsikan template blog saya sebelum dan selepas. Anda rasa ok tak? haha, ok la bagi saya. free sahaja.
Sebelum
Selepas
Saya tidak pakai blog header kali ini, kalian boleh letak header image ya, macam facebook cover. Letakkan di ruangan atas sekali. Ok contoh seperti blog client saya ini.
Alhamdulillah. Done satu chapter blogging. Saya harap entri ini dapat bantu anda semua untuk bina theme atau template blog masing-masing.
Semoga bertemu lagi yaAssalamualaikum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2022/01/tutorial-tukar-theme-template-blogspot.html