Tutorial Memasang Https Pada Blog Anda
Tutorial Memasang HTTPS Pada Blog Anda! | Kali ini terpanggil pula MYiDEAKiNi dengan idea untuk berkongsi tutorial mudah untuk memasang HTTPS pada blog anda yang menggunakan panel blogspot. Jika di lihat, ada sesetengah blogger yang menggunakan domain sendiri dan memilih blogspot adalah panel dashboard, tidak mengetahui kepentingan HTTPS pada URL blog anda. Anda boleh lihat sendiri pada blog anda yang masih belum memasang keselamatan ini di blog anda seperti gambaran di bawah ini
Sistem browser mengesan bahawa URL link tidak selamat di gunakan
Apa itu HTTPS?HTTPS adalah dari perkataan Hyper Text Transfer Protocol Secured. Ianya digunakan untuk kemudahan komunikasi yang lebih selamat melalui teknologi seperti komputer dan digunakan secara meluas di internet. Dalam HTTPS, protokol komunikasi di sulitkan menggunakan Transport Layer Security (TLS) atau sebelum ini, dahulunya di kenali sebagai Security Socket Layer (SSL). Oleh itu, protokol ini juga sering dirujuk sebagai HTTP melalui TLS atau HTTP melalui SSL.
Ciri utama untuk HTTPS ini adalah pengesahan laman blog atau seswang yang di akses dan perlindungan privasi serta intergriti data yang ditukar sementara dalam transit. Ia melindungi daripada serangan cyber dan juga penyalahgunaan komunikasi. Ini memberikan jaminan yang sebaiknya bahawa seseorang pengguna berkomunikasi tanpa campur tangan dari serangan cyber melalui laman blog atau sesawang yang tidak selamat untuk berkomunikasi dengannya dan akhirnya terjerumus dengan penipuan.
Maanfat Utama Penggunaan https pada blog andaIa membantu menyemak bahawa pelawat anda membuka laman blog atau sesawang yang betul dan tidak kearah blog atau lama sesawang yang musykil.Ia membantu mengesan jika penyerang cyber cuba menukar sebarang data yang dihantar dari Blogger kepada pengunjung.Ia menambah langkah-langkah keselamatan yang menjadikan lebih sukar bagi orang lain untuk melihat pengunjung anda, menjejaki aktiviti, serta mencuri maklumat mereka.Tutorial Mudah Memasang HTTPSLog in akaun blog anda dan terus ke dashboardSila ke bahagian menu "settings" dan kemudian pilih "basic" Diruangan "Basic", sila lihat bahagian 'HTTPS" dan tukarkan dari "NO" ke "YES" di "https availability & https redirect"Kemudian, sistem ini akan terus "autosave" paparan anda.
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan bersama. Sebarang pertanyaan, bolehlah anda tinggalkan diruangan artikel ini. Selamat mencuba :)
Tutorial Memasang HTTPS Pada Blog Anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2019/07/tutorial-memasang-https-pada-blog-anda.html