81 Pencarum Kwsp Miliki Kurang Rm1 000



PETALING JAYA: Sebanyak 81 peratus atau 2.58 juta daripada 3.2 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bumiputera yang berumur 55 tahun ke bawah memiliki simpanan yang ‘amat kritikal’ iaitu kurang RM1,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Md. Silmi Abd. Rahman berkata, data yang diperoleh daripada KWSP itu jelas menunjukkan penyusutan ketara penyertaan ekonomi bumiputera sejak pandemik Covid-19 melanda.
“81 peratus iaitu 2.58 juta ahli daripada 3.2 juta ahli bumiputera berumur di bawah 55 tahun berada pada tahap simpanan yang amat kritikal iaitu kurang daripada RM1,000.
“Pada masa sama, 75 peratus atau 4.99 juta ahli adalah ahli daripada golongan bumiputera mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Pengeluaran khas seperti 1-Citra yang dibenarkan oleh KWSP ketika tempoh pandemik sebelum ini turut menyebabkan simpanan pencarum dalam tabung simpangan itu merosot.
Md. Silmi berkata, peningkatan jumlah graduan yang terpaksa bekerja dalam pekerjaan separa mahir sementara menunggu proses pemulihan ekonomi juga menjadi indikator penting yang boleh menjejaskan keupayaan bumiputera meningkatkan sosioekonomi.
“Pada tahun 2019, dianggarkan sebanyak 40 peratus graduan bumiputera mampu memenuhi peluang pekerjaan dan peratusan ini menurun kepada 27 peratus bagi tahun 2020. Ini menyebabkan lebih ramai graduan terpaksa bekerja dalam pekerjaan separa mahir sementara menunggu proses pemulihan ekonomi.
“Semua faktor-faktor di atas adalah indikator penting yang boleh menjejaskan keupayaan bumiputera meningkatkan sosioekonomi mereka terutama di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, yang berkait rapat dengan isu pemilikan ekuiti korporat bumiputera,” katanya.
Justeru, tegas beliau, Teraju telah membangunkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) yang merupakan pelan hala tuju 10 tahun bertujuan memperkasa ekonomi dan sosioekonomi bumiputera.
“TPB2030 ini dilaksanakan dengan penglibatan bersama pemain utama industri dengan memberi fokus kepada Tujuh Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) yang disokong oleh tujuh bidang keutamaan.
“Terdapat 142 program dan inisiatif yang telah dikenal pasti di bawah TPB2030 dan bagi merealisasikan keberhasilan yang disasarkan, syarikat Bumiputera bertanggungjawab bagi mencari pendanaan swasta.
“Namun adalah dicadangkan agar kerajaan dapat memperuntukkan dana awam sebanyak RM14.8 bilion bagi tempoh 10 tahun pelaksanaan dari tahun 2021-2030 di mana pada tahun 2023 ini kita memerlukan dana awam sebanyak RM4.8 bilion bagi melaksanakan program dan inisiatif TPB2030,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/10/81-pencarum-kwsp-miliki-kurang-rm1000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemulih Cara Mohon Pengeluaran I Citra Kwsp Sehingga Rm5 000

Pemulih Cara Mohon Pengeluaran I Citra Kwsp Sehingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 124 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri ada mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i Citra Menerusi i Citr...
Lelaki Tinggal Wasiat Minta Isteri Lunaskan Rm1 000 Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Tinggal Wasiat Minta Isteri Lunaskan Rm1 000 Sebelum Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 141 hits
Gara gara terbeban akibat berhutang seorang lelaki tinggalkan surat wasiat meminta isteri lunaskan hutangnya sebelum menamatkan riwayat hidupnya dengan merempuh kereta api Lapor Kompas com mangsa didakwa bertindak sedemikian dalam satu keja...
Gaji Kakitangan Apple Didedah Pereka Grafik Dibayar Rm291 000 Setahun

Gaji Kakitangan Apple Didedah Pereka Grafik Dibayar Rm291 000 Setahun

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 98 hits
Pernahkah anda terfikir berapakah pendapatan mereka yang bekerja dalam sektor profesional di Apple Nampaknya perkara ini berjaya diterokai hasil penelitian Insider terhadap dokumen rasmi Ia berdasarkan dokumen permohonan visa H 1B oleh Appl...
Ex District Council Chief Charged With Receiving Rm100 000 In Bribes

Ex District Council Chief Charged With Receiving Rm100 000 In Bribes

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 118 hits
Former Kuala Langat district council chief Azhar Mohamed Ali faces a two year jail term or a fine or both if found guilty SHAH ALAM Former Kuala Langat district council chief Azhar Mohamed Ali has claimed trial to four charges of accepting ...
Dr Fitri Haris Tak Fikir Panjang Beli Beg Lelong Rm15 000 Milik Pak Nil Anggap Sumbangan Kecil Bantu Zamani

Dr Fitri Haris Tak Fikir Panjang Beli Beg Lelong Rm15 000 Milik Pak Nil Anggap Sumbangan Kecil Bantu Zamani

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 104 hits
PENYANYI Dr Fitri Haris tidak berfikir panjang membeli sebuah beg tangan jenama Louis Vuitton berharga RM15 000 yang dilelong oleh Datuk Aznil Nawawi pada Konsert Doa Buat Zamani yang berlangsung pada malam Jumaat Fitri berkata dia membuat ...
7 5 Juta Atau 50 Isi Rumah Masih Bergaji Bawah Rm2 000

7 5 Juta Atau 50 Isi Rumah Masih Bergaji Bawah Rm2 000

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 124 hits
Walaupun kemajuan negara di tahap membanggakan nasib kumpulan berpendapatan rendah tidak banyak berubah bahkan kadar kemiskinan relatif juga sebenarnya meningkat Pakar ekonomi Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai berkata tatkala ekonomi tumbuh ...
Wamen Bumn Optimis 300 000 Jargas Rumah Tangga Tersambung Di Akhir 2022

Wamen Bumn Optimis 300 000 Jargas Rumah Tangga Tersambung Di Akhir 2022

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 112 hits
Pahala menyampaikan pelaksanaan pembangunan jaringan gas masih sesuai rencana hingga saat ini Sehingga target 300 000 jargas tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya di akhir tahun ini
Aussie In Kl Brawl In Icu Family Raises A 50 000 For Treatment

Aussie In Kl Brawl In Icu Family Raises A 50 000 For Treatment

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 228 hits
A screenshot of a video of the brawl showing the Australian getting beaten up by five to six men before eventually falling over PETALING JAYA The Australian man who was beaten up by a group near an entertainment outlet in Kuala Lumpur is be...
Bekas Pengarah Aadk Melaka Didenda Rm3 000 Kerana Terima Rasuah Rm400

Bekas Pengarah Aadk Melaka Didenda Rm3 000 Kerana Terima Rasuah Rm400

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 132 hits
The ReporterFoto hiasan sahajaSeorang bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka didenda RM3 000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana menerima suapan wang tunai empat tahun lepas Hakim Elesabet Paya Wan turut menjatuhkan huk...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Jangan Terpedaya Kolaborasi Dengan Zico Netizen Gesa Untuk Boikot Lagu Baru Jennie Bp Atas Sebab Ini



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang