Tuns Tuns Plus 2023
Permohonan TUNS Dan TUNS Plus Di Buka Semula Untuk Tahun 2023
Untuk makluman para usahawan, 2 skim geran bantuan akan dibuka mulai 1 Februari 2023.
Inisiatif-inisiatif ini secara tidak langsung akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara amnya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.
TUNS 2023
TUNS – Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan
APAKAH TUNS?
TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan.
OBJEKTIF
Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.
Di samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.
TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.
Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang bertemakan ‘Melunas Janji Menggalas Harapan’, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun kelima pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3 juta
Di samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.
TARIKH PERMOHONAN
16 Januari 2023 – 15 Februari 2023
CARA PERMOHONAN TUNS 2023
Usahawan mikro yang berkelayakan digalakkan untuk membuat permohonan segera.
Pemohon dinasihatkan untuk melengkapkan permohonan sebagaimana disyaratkan untuk mengelak permohonan tersebut ditolak diperingkat saringan awal.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.
Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.
Baca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari
TUNS PLUS 2023
TUNS Plus – Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus : Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah Sehingga RM15,000 Untuk Usahawan Kecil Dengan Tempoh Bayaran Balik Maksima 5 Tahun
Satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyokong pembangunan sektor keusahawanan negeri adalah melalui program TUNS Plus iaitu Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah sehingga RM15,000 untuk Usahawan Kecil dengan tempoh bayaran balik maksima 5 Tahun
TARIKH PERMOHONAN
1 Februari 2023
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.
Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.
Baca juga: Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022 (Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana, PHD)
Maklumat Lanjut
UNTUK PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
EN. Shah Johan Bin Md Sallehudin
Bahagian Pembangunan Usahawan
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)
Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
70710 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : +606-761 6871
Faks : +606-762 6291
Laman Sesawang www.tuns.my akan mula menerima permohonan pada 16 Januari 2023 untuk TUNS dan 1 Februari 2023 untuk TUNS Plus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tuns-2023-plus/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tuns-2023-plus