Tunjuk Mana Untung Berbilion Felda Dr Mahathir
PM Dr Mahathir menyindir Ahmad Maslan tidak menegur isu Felda ketika di zaman Najib Razak BOSSKU. Foto Astro Awani
PARLIMEN: Ketika sesi perbahasan berkenaan kertas putih Felda pagi tadi, Ahmad mendapat kejutan apabila Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad (PH-Langkawi) bangkit mencelah.
MP Langkawi secara sinis mempersoalkan mengapa Ahmad tidak pernah mengemukakan cadangannya untuk memperbaiki Felda era “bossku”, dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak.
“Sebagai wakil rakyat Langkawi, saya kagum dengan cerita-cerita dongeng disampaikan (di Dewan Rakyat).
“Yang saya hairan kenapa dia tak beritahu kepada ‘Bossku’ lamanya supaya hari ini kita tidak ada masalah dan tidak ada Kertas Putih (Felda), semua bersih belaka.
“Tapi penyanggak-penyanggak ini telah meninggalkan bekas-bekas mereka dan kita perlu bersihkan.
“Begitu banyak untung FGV ini, berbilion-bilion, tolong tunjuk di mana duit itu berada,” sindir Dr Mahathir.
Dewan Rakyat hari ini juga menyaksikan Ahmad Maslan (BN-Pontian) dikritik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali (PH-Gombak) ketika sesi penggulungan perbahasan laporan kertas putih Felda.
Azmin menyifatkan Ahmad sebagai wakil rakyat yang berfantasi dan cuba mengelirukan fakta berhubung laporan kertas putih mengenai lembaga kemajuan tanah persekutuan itu.
Menurut Ahmad, beliau tidak membawa cerita dongeng dan FGV hanya mengalami kerugian selepas PH mengambil alih kerajaan.
“Saya dah sebut, dari 2012 hingga 2017 FGV untung, boleh semak, saya bukan cerita donggeng, dia (FGV) rugi tahun 2018.
“Begitu juga Khazanah, Langkawi, 10 tahun sudah semua untung, tiba-tiba 2018 rugi,” katanya.
Anggota parlimen Gombak seterusnya berhujah dengan mengkritik bekas perdana menteri, Najib Razak mengenai pembelian Eagle High daripada PT Rajawali Capital International yang merugikan Felda.
Ahmad sekali lagi menjadi sasaran Azmin apabila memintanya supaya menjawab isu berkenaan: “Pontian sila jawab.”
Bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu bingkas bangkit dan berkata: ” Itu kerja (anggota parlimen) Pekan untuk jawab,” katanya. – Majalah Review Malaysia
DIKEMASKINI: TMJ jawab amaran Tun Mahathir, silakan…
KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir
KLIK BACA: Pelantikan Menteri Besar Johor keputusan Kerajaan bukan Sultan – PM Dr Mahathir
KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin
KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
The post Tunjuk mana untung berbilion Felda, Dr Mahathir appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/191521/tunjuk-mana-untung-berbilion-felda-dr-mahathir/