Jawapan Rosli Dahlan Terhadap Analisa Perundangan Oleh Haniff Khatri


Kamarul YusoffTUN DR MAHATHIR SELAKU CALON TUNGGAL PENGERUSI BERSATU BELUM MENANGSEMUA PENJAWAT BERSATU AKAN TERUS LAKSANA TUGAS SEHINGGA PEMILIHANMAJLIS PRESIDEN BERSATU BERKUASA SAH UNTUK URUS DAN TADBIR PARTIBerikut ini adalah ulasan Rosli Dahlan terhadap tulisan Haniff Khatri bertajuk “Analisa Perundangan Berhubung Isu Pucuk Pimpinan Parti BERSATU”.Tulisan Haniff Khatri ini antara lainnya mendakwa:(a) Tun Dr Mahathir sudahpun disahkan sebagai Pengerusi Parti BERSATU yang “Menang Tanpa Bertanding” untuk Pemilihan 2020 ini.(b) Sehingga pemilihan diselesaikan, selain dari Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi yang disahkan kemenangan pemilihannya, kesemua pemegang jawatan lain tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan tugas masing-masing.(c) Satu-satunya pihak yang boleh memanggil mana-mana mesyuarat sah Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebelum daripada tempoh penyelesaian Pemilihan Parti adalah Pengerusi sah Parti kini, iaitu Tun Dr Mahathir.JAWAPAN ROSLI DAHLAN TERHADAP ANALISA PERUNDANGAN OLEH HANIFF KHATRI1. Saya terpanggil untuk menjawab hujahan saudara saya Haniff Khatri dalam Siri 2048 bertarikh 10.04.20 yang mengandungi kesilapan tafsiran terhadap Perlembagaan BERSATU sehingga menimbulkan kecurigaan apakah tujuan sebenar Saudara Haniff menulis analisa tersebut.2. Saya mahu mempercayai bahawa Saudara Haniff jujur memberikan pandangan perundangan berkenaan BERSATU. Tetapi apakah perlunya dia mengalamatkan seruannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan memviralkan analisa itu di mayapada internet untuk menarik perhatian semua netizen kepada isu parti?3. Sebelum daripada ini, Saudara Hanif juga membuat kenyataan umum yang tersasar berkenaan pemberhentian Setiausaha Agung BERSATU yang telah saya jawab dengan jelas dan terperinci sehingga Saudara Haniff bersetuju untuk tidak bersetuju dengan jawapan saya itu (agree to disagree). Dalam menghormati etika perdebatan, saya tidak memanjangkan perkara itu.4. Namun kini Saudara Haniff mengulangi perbuatannya itu dan wajarlah sekali lagi saya menjawabnya supaya ahli parti dan rakyat Malaysia tidak terkeliru dan dapat membuat penilaian yang objektif ke atasnya. Diharapkan Saudara Haniff akan menerima pandangan saya sekali lagi sebagai bukti bahawa Saudara Haniff tidak mempunyai niat dan motif tertentu dan terbuka menerima kritikan bila dia salah.5. Tetapi hakikatnya ialah tafsiran Saudara Haniff berkenaan Perlembagaan BERSATU mengandungi kesilapan. Saya sayang kepada Saudara Haniff dan tidak mahu dia dituduh membuat hujahan songsang dengan tujuan tidak murni.6. Saudara Haniff seharusnya tahu bahawa BERSATU sebagai parti yang menerajui kerajaan campuran hari ini memerlukan perpaduan dan solidariti yang utuh pada ketika ini. Maka apakah tujuan sebenar Saudara Haniff membuat hujahan kepada umum dan bukan secara langsung kepada parti? Tidakkah Saudara Haniff sedar bahawa perbuatannya itu boleh memecah-belahkan parti menjadi bercelaru dan lemah sehingga boleh ditumbangkan seperti tumbangnya Kerajaan PH yang lalu, bak pepatah, bersatu kita teguh bercerai kita roboh?7. Analisa Saudara Haniff dalam Siri 2048 menyeru supaya semua ahli parti menghentikan politiking. Tetapi, pada masa yang sama, Saudara Haniff memberikan pandangan perundangan yang berbentuk partisan sehingga boleh mengelirukan dan menggugat perpaduan parti. Saudara Haniff mencanangkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir dengan mempertikaikan kewibawaan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri dan Presiden BERSATU. Saya tidak mahu Saudara Haniff dituduh tidak jujur. Saya tidak mahu Saudara Haniff dianggap sebagai serigala yang menyerupai domba atau sebagai gunting dalam lipatan.8. Tafsiran Saudara Haniff memberikan gambaran seolah-olah Tun Dr Mahathir adalah satu-satunya sahaja penjawat parti yang sah, semua yang lain dipertikai dan tidak sah. Saudara Haniff mengolah fakta tentang perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai kemelut politik dan kemudiannya mempertikaikan kedudukan dan peranan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dengan menyimpulkan bahawa MPT adalah di bawah telunjuk Tun Dr Mahathir yang mempunyai kuasa sah mutlak sebagai Pengerusi BERSATU.9. Oleh itu, adalah perlu saya memperbetulkan fakta dan hujahan terkeliru yang dikemukakan tersebut supaya isu yang dibangkitkan menjadi jelas dan ahli BERSATU menjadi yakin bahawa tindakan MPT dan Presiden Parti adalah sah menurut lunas undang-undang.10. Pada 16.03.2020, Pendaftar Pertubuhan telah mengeluarkan perintah di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan bagi menghalang sebarang mesyuarat atau aktiviti persatuan akibat daripada pandemik Covid-19. Keputusan tersebut dibuat sebagai darurat kesihatan negara demi keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.11. Kesan daripada itu, semua pertubuhan, termasuk parti politik, juga termasuk BERSATU, tidak boleh menganjurkan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan masing-masing. Semua pemilihan dikehendaki ditangguhkan sehingga selepas 30.06.2020 termasuk Persidangan Bahagian yang mengundi bagi pemilihan penjawat-penjawat BERSATU. Menurut Fasal 14.2 Perlembagaan BERSATU, MPT adalah terikat untuk melaksanakan semua peruntukan Akta Pertubuhan 1966.12. Ini bermakna semua penjawat BERSATU perlu meneruskan dan menjalankan tanggungjawab jawatan mereka sehingga MPT boleh menganjurkan Persidangan Bahagian selepas 30.06.2020.13. Penerusan penjawat-penjawat tersebut sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan BERSATU yang tidak menghalang perlaksanaan kuasa-kuasa sesuatu jawatan melalui pemilihan. Ini bermakna seseorang penjawat yang telah melalui pemilihan menjadi MPT juga akan terus memegang jawatan dan melaksanakan tanggungjawab jawatan tersebut sehinggalah pemilihan diadakan di peringkat Persidangan Bahagian yang hanya boleh diadakan selepas 30.06.2020.14. Adalah satu tafsiran salah untuk menganggap bahawa jika terdapat hanya seorang calon bagi suatu jawatan yang tidak dipertandingkan, maka calon tunggal itu telah menang. Itu kesilapan besar oleh Saudara Haniff. Sesuatu pencalonan jawatan yang tidak dipertandingkan jelas hanya bermakna tiada calon lain yang bertanding dan bukan calon tunggal tersebut telah menang.15. Sebaliknya, kedudukan semua calon hanyalah tetap sebagai calon bagi jawatan-jawatan yang dicalonkan atau dipertandingkan sehingga suatu pemilihan telah diadakan dan ditentukan di peringkat Persidangan Bahagian selepas 30.06.2020.16. Dalam keadaan demikian, MPT berkuasa menjalankan semua tugas rasmi dan melaksanakan semua tanggungjawab dan mandat yang diberikan pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan Majlis Presiden Parti berkuasa sah untuk mengurus dan mentadbir parti menurut peruntukan fasal- fasal berkenaan dengannya dalam Perlembagaan BERSATU.17. Perlu diingati bahawa jawatan Setiausaha Agung bukanlah jawatan yang dimenangi melalui pemilihan. Ia adalah jawatan melalui lantikan yang dibuat oleh Presiden Parti secara rundingan dengan Pengerusi Parti.18. Ini satu lagi contoh tafsiran salah dalam hujah Siri 2048 oleh Saudara Haniff. Terdapat perbezaan jelas di antara jawatan melalui pemilihan dan jawatan melalui lantikan. Itulah sebabnya kuasa untuk memberhentikan seseorang Setiausaha Agung dan kuasa untuk melantik seorang Setiausaha Agung yang baru terletak dengan, boleh dan telah dilaksanakan oleh Presiden Parti.19. Perlantikan Setiausaha Agung yang baru oleh Presiden Parti telah dilaksanakan dengan betul dan sah apabila Presiden memaklumkan kepada Pengerusi tentang hasratnya untuk melantik Setiausaha Agung yang baru dan Pengerusi telah pula memberikan pandangannya. Maka satu perundingan, semampu yang boleh di bawah kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah pun dijalankan menurut peruntukan Perlembagaan BERSATU dan kuasa membuat perlantikan seorang Setiausaha Agung yang baru oleh Presiden telah dibuat secara sah dan teratur.20. Inilah peruntukan fasal-fasal yang relevan kepada perbincangan dan hujahan diatas:16.9. Jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baru mengikut Fasal 13.3 dan ia mempunyai kuasa mengikut Fasal 16.2.14.2. Menunaikan segala syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.13.3. Tertakluk kepada Fasal 14.14, Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pengerusi, Presiden, Timbalan Presiden, tiga (3) orang Naib Presiden dan dua puluh (20) orang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi hendaklah dipilih dalam Persidangan Bahagian tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.14.14. Majlis Pimpinan Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan daripada tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/jawapan-rosli-dahlan-terhadap-analisa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fitnah 1mdb Ph Terhadap Ds Najib Di Jawab Sendiri Oleh Doj Amerika Syarikat

Fitnah 1mdb Ph Terhadap Ds Najib Di Jawab Sendiri Oleh Doj Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 608 hits
Selepas Kerajaan Pakatan Harapan tumbang baharu Department of Justice Amerika Syarikat pulangkan duit USD300 juta Kenapa Kerana baharu mereka sedar dan terdedah bahawa banyak tuduhan ke atas 1MBD adalah palsu dan fitnah belaka Ini menjawab ...
Kritikan Terhadap Datuk Dr Noor Hisham Oleh Datuk Dr Musa Apa Lagi Yang Boleh Dijangka Dari Pemuja Dap

Kritikan Terhadap Datuk Dr Noor Hisham Oleh Datuk Dr Musa Apa Lagi Yang Boleh Dijangka Dari Pemuja Dap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 445 hits
Kamarul YusoffKasihan rasanya kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dikritik teruk oleh Datuk Dr Musa Nordin dalam satu laporan viral kerana kononnya gagal melengkapkan barisan depan perubatan Covid 19 dengan al...
Tindakan Hasut Benci Kerajaan Oleh Pkr Mengecewakan

Tindakan Hasut Benci Kerajaan Oleh Pkr Mengecewakan

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 179 hits
Tiada siapa boleh sangkal usaha kerajaan dalam bendung COVID 19 11 04 2020BANGI 17 Syaaban 1441H Sabtu Usaha pembangkang khususnya PKR menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Perikatan Nasional ketika semua pihak bertungkus lumus memerang...
Betul Ke Cara Sweden Lebih Baik Seperti Dikritik Oleh Penulis Pro Ph

Betul Ke Cara Sweden Lebih Baik Seperti Dikritik Oleh Penulis Pro Ph

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 261 hits
SAYA terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang bijak pandai juga Katanya dalam tajuk artikel itu untuk menangani wabak Covid 19 model Sweden yang paling baik Tetapi yang menarik lagi ialah Sweden katanya tidak melakukan perintah berkur...
13 Pantun Memuja Ph Yang Didelete Oleh Datuk Dr Musa Nordin

13 Pantun Memuja Ph Yang Didelete Oleh Datuk Dr Musa Nordin

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 248 hits
TULANG BESIADMIN SIARKAN BEBERPA PANTUN SAHAJADisebabkan ramai kawan kawan yang komplen bahawa semua 13 pantun politik memuja PH yang dinukil oleh Datuk Dr Musa Nordin dalam tweet beliau kini telah hilang dari radar disertakan di sini scree...
Khianat Dalam Sejarah Melayu Oleh Faisal Tehrani

Khianat Dalam Sejarah Melayu Oleh Faisal Tehrani

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 141 hits
Di sesetengah negara yang korupsi menjadi endemik mungkin juga di Malaysia mendedahkan gejala rasuah dan korupsi boleh dianggap lapuk Khususnya selepas skandal 1MDB menelaah apa itu penyelewengan misalnya dapat dianggap ketinggalan Ini kera...
Mma Sudah Dipengaruhi Oleh Dap

Mma Sudah Dipengaruhi Oleh Dap

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 182 hits
Syukur bila petang semalam Khamis 10 April Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengisytiharkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu lagi iaitu dari 15 Apr...
Ini Pengiraan Diskaun 50 Bil Elektrik Oleh Tnb Automatik Tolak Tanpa Buat Tuntutan

Ini Pengiraan Diskaun 50 Bil Elektrik Oleh Tnb Automatik Tolak Tanpa Buat Tuntutan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 367 hits
Sepanjang tempoh PKP ini rakyat memang dinasihatkan patuh arahan untuk duduk di rumah Namun jika semua ahli keluarga berkumpul mungkin jumlah penggunaan elektrik akan turut meningkat Maklumlah kipas atau televisyen mungkin akan dibuka sepan...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia