PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan imam Masjid Hohola, Mikael Abdul Aziz ketika datang melawat masjid itu selepas menghadiri mesyuarat Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasific (APEC) 2018 hari ini. – Foto BERNAMAPORT MORESBY (Papua New Guinea): Tun Dr Mahathir Mohamad mengunjungi Masjid Hohola di sini, hari ini, sebelum mengakhiri lawatan kerja dua hari di negara berkenaan.
*MASJID Hohola adalah satu-satunya masjid di Papua New Guinea dan Tun Dr Mahathir adalah penggerak kepada pembinaan masjid ketika datang dalam lawatan pada tahun 2003. Masjid ini mula dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2007 dan dana pembinaan disumbangkan oleh kerajaan negara Islam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). – Foto BernamaDr Mahathir berada di Papua New Guinea untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26, yang melabuhkan tirainya hari ini.Kehadirannya di APEC mengimbau semula lawatan terakhir luar negara beliau (pada 2003) ketika menjadi Perdana Menteri terdahulu. – Bernama/NSTP|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |