Tun Mahathir Tak Boleh Pandang Mudah Kajian Merosotnya Prestasi Kerajaan




Sehingga ini sudah dua dapatan umum oleh NGO atau badan pemikir yang menunjukkan prestasi kerajaan atau kepimpinannya sudah merosot di mata rakyat.


Sebelum Ilham Centre bersama Penang Institute memaparkan dapatannya dua hari lalu yang menunjukkan gambaran jelas ketidakpuasan hati rakyat dalam beberapa perkara, khususnya berkaitan janji manifesto,  agenda Melayu, menurunkan kos sara hidup dan sebagainya, Invoke telah pun lebih dulu mengeluarkan dapatannya.


Dalam dapatan  yang dikeluarkan oleh Invoke pada pertengahan Disember lalu, gambaran ketidakpuasan rakyat terhadap kerajaan juga terlihat jelas sehingga rating Tun Mahathir Mohamad didapati telah menurun sebanyak 20 peratus berbanding Jun 2018 iaitu sebulan selepas PH membentuk kerajaan.


Bagaimanapun, oleh kerana Invoke dikaitkan dengan Rafizi Ramli, ramai yang memandang sinis laporan yang dibentangkannya itu.


Tun Mahathir sendiri dalam reaksinya  berhubung penurunan ratingnya sebagai Perdana Menteri itu turut menyindir dengan berkata, “Rafizi memang seorang yang serba tahu semua perkara”.


Tetapi, dengan Ilham Centre bersama Penang Institute juga melaporkan hasil kajian yang tidak banyak berbeza dengan Invoke, Tun Mahathir dalam hal ini tidak boleh lagi berdiam diri dan terus dalam sindrom penafian untuk selama-lamanya.


Kenyataan beliau bahawa dapatan itu tidak tepat dan hanya melibatkan segelintir Melayu saja tidak lebih merupakan penafian untuk menyedapkan hati semata-mata.


Sebenarnya ketika ini, jika mana-mana NGO atau badan pemikir sekali pun yang membuat kajian berhubung prestasi kerajaan dan tahap kepuasan hati rakyat terhadapnya, dapatannya pasti tidak jauh berbeza.


Lebih daripada itu, PH juga harus menerima hakikat bahawa suara ketidakpuasan hati itu ada di mana-mana dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk direka-reka.


Mengapa Najib Razak tiba-tiba jadi popular dan diminati oleh anak-anak muda, meskipun sebelumnya sudah ditolak dalam PRU14 kerana dikaitkan dengan skandal 1MDB, punca utamanya tidak lain ialah kerana kerajaan terlalu rendah prestasinya.


Kiranya kerajaan berjalan dengan baik, menteri-menteri menunjukkan prestasi dan janji-janji semasa kempen dapat ditunaikan, memang tiada ruang sama sekali untuk Najib mampu mencelah mendapat perhatian semula


Dalam hal ini, khususnya Tun Mahathir, beliau harus segera bertindak memperbaiki kelemahan, menunaikan janji dan menjawab keresahan rakyat yang nampaknya semakin berkembang hari demi hari.


Tun Mahathir mesti serius melihat semula semua ketidakpuasan hati yang dibentangkan oleh Ilham Centre bersama Penang Institute serta berusaha mengatasinya jika mahu PH ini bertahan lebih lama memerintah negara.


Menteri yang perlu ditegur atau diberi amaran keras, tindakan itu tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Begitu juga jika perlu ada rombakan kabinet dan menteri tertentu perlu dibuang, ia juga wajib dilakukan dengan segera.


Berkaitan dengan janji manifesto, PH jangan beralasan lagi daripada menunaikannya. Janji tetap janji dan rakyat hanya mahu ia ditunaikan sebagaimana sedapnya mulut pemimpin-pemimpin yang ada ini melafazkannya ketika mereka berkempen dahulu.


Kata seorang bekas Ahli Parlimen UMNO, Tun Mahathir bukan baru dalam politik, malah pernah menjadi Perdana Menteri sebelum ini, maka tiada sebab beliau tidak boleh faham betapa pentingnya menunaikan janji yang sudah dilafazkan kepada rakyat.


Jika tidak, kata beliau, jangan sesekali membuat apa-apa janji kepada rakyat. (ShahbudinHusin 01/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/tun-mahathir-tak-boleh-pandang-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengejutkan Tun Mahathir Dedah Ada Masalah Dalam Kerajaan Ada Sedikit Perselisihan Pandangan

Mengejutkan Tun Mahathir Dedah Ada Masalah Dalam Kerajaan Ada Sedikit Perselisihan Pandangan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 406 hits
Mengejutkan Tun Mahathir Dedah Ada Masalah Dalam Kerajaan Ada Sedikit Perselisihan Pandangan
Kenali Cucu Tun Mahathir Si Cilik Comel Dalam Video Saya Sayang Atuk Yang Semakin Dikenali

Kenali Cucu Tun Mahathir Si Cilik Comel Dalam Video Saya Sayang Atuk Yang Semakin Dikenali

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1111 hits
Cucu Tun Mahathir dalam video klip Saya Sayang Atuk Si petah ini rupanya baru 6 tahun Si cilik ini bernama Tengku Zara Eryna atau lebih mesra disapa dengan nama Zara Zara membawa watak sebagai Aisyah di dalam video yang tersebut Dilahirkan ...
Usia 1 2 Tahun Anak Faham Arahan Nak Makan Sendiri Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus

Usia 1 2 Tahun Anak Faham Arahan Nak Makan Sendiri Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 547 hits
Bila ada anak anda perlu tahu setiap perkembangan normal yang mesti dicapainya Ilmu keibubapaan turut merangkumi keupayaan memantau pencapaian perkembangan anak supaya jika dia tidak mencapai perkembangan sepatutnya maka tindakan awal bagi ...
Berita Dari Austria Tun Mahathir Dedahkan Kepada Dunia Barat Israel Sebenarnya Adalah Penjenayah

Berita Dari Austria Tun Mahathir Dedahkan Kepada Dunia Barat Israel Sebenarnya Adalah Penjenayah

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 502 hits
Lepas kecam di Oxford Tun Mahathir gemparkan lagi dunia barat di Austria apabila beritahu yang Israel adalah penjenayah buatkan wartawan sana terus terkedu Baca selanjutnya ISRAEL ADALAH PENJENAYAH DAN MALAYSIA TAK MAHU ADA URUSAN Perdana m...
Israel Negara Penjenayah Kami Tidak Mahu Penjenayah Tun Mahathir

Israel Negara Penjenayah Kami Tidak Mahu Penjenayah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 521 hits
Israel negara penjenayah kami tidak mahu penjenayah Tun Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad tetap tegas dengan pendiriannya terhadap pendekatan yang diambil ke atas Israel BACA Kata Perdana Menteri setiap negara mempunyai hak untuk membenarkan...
Mahathir Kita Tidak Boleh Terima Atlet Israel

Mahathir Kita Tidak Boleh Terima Atlet Israel

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 356 hits
Malaysia tidak dapat menerima atlet Israel oleh kerana mereka datang dari sebuah negara penjenayah kata Tun Dr Mahathir Mohamad Foto BernamaVIENNA 22 Jan Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak dapat menerima at...
Donald Trump Sekat Warga Mexico Apa Salah Kita Sekat Warga Israel Tun Mahathir

Donald Trump Sekat Warga Mexico Apa Salah Kita Sekat Warga Israel Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 386 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilapor mempertahankan pendirian Malaysia mengharamkan kemasukan Atlet Israel sambil membandingkan tindakan itu dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang membina tembok tinggi sepanj...
Dengan Harga Langganan Rm100 Anda Boleh Nikmati Internet Jalur Lebar Dan Mudah Alih Tanpa Had

Dengan Harga Langganan Rm100 Anda Boleh Nikmati Internet Jalur Lebar Dan Mudah Alih Tanpa Had

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 271 hits
Sejak tahun lalu kita telah melihat pelbagai pembaharuan dan penambahan dalam perkhidmatan internet yang ditawarkan dalam negara Semuanya selari dengan kehendak kerajaan yang mahukan penawaran internet lebih meluas disamping harga yang berb...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn