Kenali Cucu Tun Mahathir Si Cilik Comel Dalam Video Saya Sayang Atuk Yang Semakin Dikenali


Cucu Tun Mahathir dalam video klip Saya Sayang Atuk. Si petah ini rupanya baru 6 tahun! Si cilik ini bernama Tengku Zara Eryna atau lebih mesra disapa dengan nama Zara.
Zara membawa watak sebagai Aisyah di dalam video yang tersebut. Dilahirkan pada 4 Mac 2012, Zara banyak terlibat dengan penerbitan drama-drama Papa Ricky dan pelakon tambahan untuk Tribute P. Ramlee berjudul ‘Kalau Jodoh Tidak Ke Mana’.
View this post on Instagram
Bkn krn politik.. Tun M pernah mentadbir negara 1 ketika dulu. Zara sgt beruntung dpt bersama org hebat dan ni adalah 1 pengalaman yg xkn dilupakan. #tunmahathir #harapan @chedetofficial
A post shared by Ku Zara Eryna (@kuzaraeryna) on May 8, 2018 at 4:33am PDT

View this post on Instagram
Tahniah atok @chedetofficial atas kemenangan.. part ni la part yg plg menyentuh ht semua yg menonton vdeo HARAPAN.. tq atok sbb bangkit utk pulihkan negara. Aishah doakan atok dipjgkn usia diberi kesihatan spy atok dpt mentadbir negara.amin..smga Allah panjatkan usia atok..lv u atok. Always dihati.. #pmmalaysiake7 #harapan #shortfilm #chedetofficial
A post shared by Ku Zara Eryna (@kuzaraeryna) on May 10, 2018 at 6:05pm PDT

Zara pernah muncul dalam ruangan personaliti Genius PA&MA bagi edisi Mei 2017 ketikanya berusia 5 tahun. Berikut ialah petikannya;
ZARA PELAKON CILIK PETAH BERKATA-KATA
BIODATA
Nama: Tengku Zara Eryna Tengku Ahmad Saifuddin
Tarikh lahir: 4 Mac 2012
Hobi: Menyanyi, menari, suka berlakon
Kecil-kecil cili padi. Berani dan petah bercakap membuatkan adik cilik ini kelihatan hebat pada usia hanya lima tahun! Apabila disuruh berdialog, tanpa kekok mengucapkan dengan intonasi suara yang mencuit hati.

Itulah Adik Tengku Zara Eryna yang kini semakin dikenali ramai melalui lakonannya dalam drama Papa Ricky.
Biarpun baru sahaja berusia lima tahun, Zara tampil dengan perwatakan yang matang. Apabila diajak berbual, seakan akan sudah kenal lama. Petah berkata-kata anak kecil ini.
Namun kelincahan dan kenakalan sebagai seorang kanak-kanak tetap ada. Namun semua itu mampu dikawal dengan mudah oleh ibu Zara yang sentiasa menemaninya setiap masa.
Menurut ibunya, penglibatan Zara dalam lakonan bermula setelah mengikuti sesi uji bakat dengan syarikat penerbitan, Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang sedang mencari watak kanak-kanak untuk drama Papa Ricky.

Dalam drama berkenaan, Zara memegang watak sebagai Cici iaitu anak bongsu kepada Puan Aini (pelakon Adila Ahmad) dan Encik Latif (pelakon Mahmood Ali Bashah).
“Saya bersyukur dan tidak menyangka Zara terpilih untuk terlibat dalam drama bersiri 80 episod. Bagaimanapun sebelum ini Zara pernah terlibat sebagai pelakon tambahan untuk Tribute P. Ramlee iaitu ‘Kalau Jodoh Tidak Ke Mana’. Sejak itu, saya lihat bakat Zara terserlah,” cerita ibu Zara yang begitu ramah.
HAFAL SKRIP
Zara mula penggambaran drama Papa Ricky sejak umur empat tahun pada tahun lepas dan habis pada bulan April. Setakat ini , menurut ibu Zara pembabitannya dalam lakonan tidak mengganggu waktu belajarnya.
Ini kerana ibu Zara sentiasa mengambil inisiatif untuk pastikan Zara tidak ketinggalan semasa belajar. Sebagai contoh ‘tugasan’ sebagai Cici membuatkan Zara tidak dapat menghadiri kelas di tadika.

Jadi Ibu Zara telah mengupah guru sambilan untuk mengajarnya di rumah untuk sementara waktu.
“Oleh kerana Zara masih belum boleh membaca dengan lancar, skrip-skrip lakonannya saya bacakan untuk Zara. Biasanya Zara akan cepat faham dan belajar.
Memang tidak ada masalah skrip bagi Zara kerana boleh menghafal sepenuhnya. Daya ingatan Zara agak kuat. Zara boleh menghafal dengan mudah. Sambil makan atau bermain pun Zara boleh hafal skrip,” tambahnya lagi.
KARAKTER PERIBADI
Memiliki wajah yang comel, bertubuh kecil dan berambut ikal serta pandai bergaya membuatkan anak cilik ini begitu istimewa. Melihat kepada lakonannya bersahaja dalam drama berkenaan, begitulah Zara apabila berada di luar set penggambaran.
“Zara memang mudah mesra dengan orang. Dia ramah dan memang suka membuatkan orang suka kepadanya. Ke mana sahaja Zara pergi, pasti ada yang suka kepada perwatakannya.

Jadi senanglah saya hendak ke mana-mana. Setakat ini Zara tidak pernah buat hal sejak bayi lagi,” kongsi ibu Zara tentang sikap anaknya.
IMPAK BERLAKON
Zara yang telah didedahkan seawal usia dua tahun dengan pelbagai sesi uji bakat, menunjukkan perubahan dalam diri daripada masa ke semasa. Antaranya Zara menjadi lebih berani dan kelihatan lebih yakin.
“Pernah Zara dijemput menghadiri majlis hari raya pada tahun lepas dan diminta untuk berduet dengan Dato Siti Nurhaliza.

Saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka Zara berani untuk naik ke pentas. Saya lihat Zara seperti sudah biasa sedangkan itulah adalah pengalaman pertamanya,” akhiri ibu Zara sambil melirik ke arah anak manja nya itu.



Jom lihat video penuh di bawah:

Sumber/kredit : Majalah PA&MA & Instagram Tengku Zara Eryna
The post Kenali Cucu Tun Mahathir Si Cilik Comel Dalam Video Saya Sayang Atuk Yang Semakin Dikenali appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/01/23/kenali-cucu-tun-mahathir-si-cilik-comel-dalam-video-saya-sayang-atuk-yang-semakin-dikenali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Ur Accent So Good Tak Benci Nadine Dah Sarah Hildebrand Dipuji Comel Tiru Slang British Filem Mary Poppins

Video Ur Accent So Good Tak Benci Nadine Dah Sarah Hildebrand Dipuji Comel Tiru Slang British Filem Mary Poppins

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 264 hits
3318 SHARES Hijabista Biadap Itu gelaran yang melekat kepada Nadine baru baru ini dalam drama Pujaan Hati Kanda Pembawa wataknya gadis manis bertudung Sarah Hildebrand berdarah kacukan Melayu di sebelah ibu dan Amerika di sebelah bapa Tidak
Pertemuan Tun Mahathir Kurz Cipta Sejarah

Pertemuan Tun Mahathir Kurz Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 303 hits
21 Januari 2019 9 15 PM VIENNA Pertemuan dua hala Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Canselor Republik Austria Sebastian Kurz di Federal Chancellery di sini hari ini mencipta sejarah seb
Dahsyat Terdiam Pengaju Soalan Bila Tun Mahathir Jawab Di Oxford Union Isu Malaysia Singapore

Dahsyat Terdiam Pengaju Soalan Bila Tun Mahathir Jawab Di Oxford Union Isu Malaysia Singapore

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 352 hits
Dahsyat Terdiam Pengaju Soalan Bila Tun Mahathir Jawab Di Oxford Union Isu Malaysia Singapore
Israel Negara Penjenayah Kami Tidak Mahu Penjenayah Tun Mahathir

Israel Negara Penjenayah Kami Tidak Mahu Penjenayah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 436 hits
Israel negara penjenayah kami tidak mahu penjenayah Tun Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad tetap tegas dengan pendiriannya terhadap pendekatan yang diambil ke atas Israel BACA Kata Perdana Menteri setiap negara mempunyai hak untuk membenarkan...
Donald Trump Sekat Warga Mexico Apa Salah Kita Sekat Warga Israel Tun Mahathir

Donald Trump Sekat Warga Mexico Apa Salah Kita Sekat Warga Israel Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 329 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilapor mempertahankan pendirian Malaysia mengharamkan kemasukan Atlet Israel sambil membandingkan tindakan itu dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang membina tembok tinggi sepanj...
Video Syed Saddiq Ikut Jejak Tun M Apabila Membuatkan Wartawan Barat Ini Terdiam Ketika Sesi Wawancara Di Bbc

Video Syed Saddiq Ikut Jejak Tun M Apabila Membuatkan Wartawan Barat Ini Terdiam Ketika Sesi Wawancara Di Bbc

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 422 hits
SEMPENA lawatan ke London Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditemu bual saluran BBC dalam program bual bicara HARDtalk Temu bual itu antara lain bakal mengetengahkan isu berkaitan hubungan luar Malaysia dengan United Kin...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Hawthorn Hood House By Bent Architecture In Victoria Australia

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan