Tun Mahathir Lumpuhkan Orang Melayu Melalui Deb


 
Dr Mahathir Mohamad berjaya menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk melumpuhkan orang Melayu supaya berfikir mereka selamanya memerlukan “topang” untuk mendahului persaingan dengan yang lain, menurut seorang bekas Ahli Parlimen.
Tawfik Ismail berkata, DEB seperti dibayangkan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Ismail Abdul Rahman (bapa Tawfik) bertujuan memberikan kelebihan sementara buat orang Melayu, bukan kebergantungan berpanjangan.
Menggunakan handicap golf sebagai analogi, Tawfik berkata, DEB adalah untuk menggalakkan orang Melayu berusaha ke arah menunjukkan kecekapan dan kemahiran yang lebih baik suatu hari nanti.
“Mahathir melihat orang Melayu sebagai ‘handicapped’, atau apa yang orang Melayu panggil ‘cacat’ atau hilang upaya kekal, memerlukan topang sepanjang hayat untuk bertahan.
“Beliau juga bukan ahli sukan, dan tidak tahu bahawa menang dan kalah adalah sebahagian daripada permainan kehidupan. Oleh itu, apabila tewas dalam permainan politik, beliau tidak puas hati,” katanya kepada FMT.
Tawfik, bekas ahli Umno, adalah Ahli Parlimen Sungai Benut dari 1986-1990. Beliau mengasaskan kumpulan reformasi pilihan raya Bebas Gerak pada 2019. Kumpulan itu berusaha untuk menjadi “kuasa ketiga” pada pilihan raya.
Beliau berkata, kejayaan “indoktrinasi kebergantungan” Mahathir adalah sebab utama orang Melayu sekarang berfikir bahawa mereka tidak boleh berjaya tanpa bantuan.
“Inilah sebabnya orang Melayu mempunyai mentaliti ‘topang’ ini. Berbanding bersaing dan cuba bermain di padang yang sama rata, mereka sebenarnya terkial-kial, yang saya fikir adalah hasil akhir Mahathirisme.
DEB pertama kali diperkenalkan pada 1970 selepas rusuhan 13 Mei 1969. Dasar itu mengemukakan tindakan afirmatif pro-Bumiputera dengan pengagihan kekayaan sebagai terasnya. Walaupun secara rasmi berakhir pada 1990, ia terus membentuk dasar negara.
Tawfik juga berkata, timbul kebimbangan bahawa jenis Islam yang dijaja oleh Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi orang kanan Mahathir pada 90-an akan kembali.
Ketika Anwar, kini perdana menteri, sedang mempromosikan Islam dan konsep Malaysia Madani, beliau gagal memasukkan peranan sultan sebagai ketua perlembagaan Islam di negeri-negeri, kata Tawfik.
Beliau berkata, Islam versi Anwar juga banyak dipengaruhi oleh Arabisme, yang mengabaikan budaya dan amalan Melayu.
“Ini menggalakkan sejenis pemikiran yang menjadikan gelombang hijau realiti kerana ia menggalakkan pandangan lebih sempit tentang apa itu Islam,” kata Tawfik.
Gelombang hijau merujuk kepada kebangkitan luar biasa dicapai PAS pada PRU15 November lepas, yang menang 44 kerusi, sekali gus muncul sebagai parti politik tunggal terbesar di Dewan Rakyat.
Tawfik berkata Anwar, dalam mempromosikan Islam, gagal mengambil kira multikulturalisme, serta perlindungan perlembagaan lain atas kepercayaan dan budaya lain.
Sumber –FMT








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/tun-mahathir-lumpuhkan-orang-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tubuhkan Rci Untuk Siasat Ke Dungu An Dan Ke Bengap An Selama Era 22 Tahun Tun Mahathir Licik Memerintah Malaysia

Tubuhkan Rci Untuk Siasat Ke Dungu An Dan Ke Bengap An Selama Era 22 Tahun Tun Mahathir Licik Memerintah Malaysia

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 148 hits
BAGAIMANA ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBUAT KESILAPAN MEMBELI KERANDA BESI SAMPAI 88 BUAH SEKALIGUS MASIH BOLEH KEKAL BERKUASA SELAMA 22 TAHUN MALAH DIBERI LAGI PELUANG UNTUK BERKUASA KALI KEDUA Ramai orang yang dah lupa peristiwa yang pe...
Umno Terpalit Dengan Nama Busuk Hingga Hari Ini Akibat Mengizinkan Tun Mahathir Menunggang Parti Umno Lebih 22 Tahun

Umno Terpalit Dengan Nama Busuk Hingga Hari Ini Akibat Mengizinkan Tun Mahathir Menunggang Parti Umno Lebih 22 Tahun

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 250 hits
Cukup cukuplah Tun Mahathir1 Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu Saya beri 3 sebab utama kenapa beliau kurang relevan 2 Pertama keti...
Bukan Tidak Percaya Kepada Proklamasi Melayu Tetapi Tidak Percaya Kepada Mahathir

Bukan Tidak Percaya Kepada Proklamasi Melayu Tetapi Tidak Percaya Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 188 hits
leh Adam MalikBenar juga jika ada yang bertanya apa Tun Mahathir buat untuk orang Melayu selama 22 tahun dan 22 bulan menjadi Perdana Menteri Laungan Proklamasi Melayu tidak perlu diadakan pun jika selama 22 tahun dan 22 bulan Mahathir menj...
Sekarang Anwar Jadi Pm Orang Melayu Nak Berkumpul Pun Tak Boleh Dr Mahathir

Sekarang Anwar Jadi Pm Orang Melayu Nak Berkumpul Pun Tak Boleh Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 158 hits
agendaily com23 03 2023Program melibatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu negara pada 19 Mac 2023 dikatakan diganggu Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim yan...
Tun Mahathir Ibarat Breast Cancer Yang Melekat Di Tubuh Malaysia

Tun Mahathir Ibarat Breast Cancer Yang Melekat Di Tubuh Malaysia

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 102 hits
DAN CANCER INI MESTI DIBEDAH BUANG SEMENTARA MASIH SEMPAT SEKALIPUN SELEPAS INI MALAYSIA MUNGKIN TIDAK SESEKSI DULU Kalau dah nama pun pinjam tentulah ia wajib dipulangkan semula atau dibayar semula cuma isunya bagaimana Apakah sumber yg na...
Rentetan Nak Himpum Melayu Oleh Atok 2 Lokasi Dah Batal Tak Jadi Atau Tak Berani Cuba Kalau Berani

Rentetan Nak Himpum Melayu Oleh Atok 2 Lokasi Dah Batal Tak Jadi Atau Tak Berani Cuba Kalau Berani

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 94 hits
HEBOH DI WASSAP KONONNYA MELAYU SEMUA NI NAK MAMPOIH HABIH DAH KONONNYA PROGRAM MAHATHIR DAN SUDAH TENTULAH KLUSTER MAHKAMAH DAN JUGA HADI AWANG DAN MELAYU YANG BAKAL HILANG KUASA DAN BAKAL MERENGKOK DALAM PENJARA PKR ANJUR PERHIMPUNAN KHAS...
Pn Mungkin Menang 14 Kerusi Dun Majoriti Melayu Di P Pinang

Pn Mungkin Menang 14 Kerusi Dun Majoriti Melayu Di P Pinang

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 169 hits
satuberita myBy March 18 2023PERIKATAN Nasional berada dalam kedudukan kukuh untuk menawan 14 daripada 15 kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang jika trend pengundian pada PRU 15 menjadi petunjuk Bagaimanapun gabungan itu mungkin tidak ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya