Sekarang Anwar Jadi Pm Orang Melayu Nak Berkumpul Pun Tak Boleh Dr Mahathir


agendaily.com23/03/2023

Program melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu negara pada 19 Mac 2023, dikatakan 'diganggu'.

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak membenarkan orang Melayu untuk berkumpul bagi membincangkan masalah dihadapi mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata semasa Anwar dipecat pada 1998 lalu, para penyokongnya boleh berdemonstrasi setiap minggu tanpa halangan tetapi kini apabila berkuasa orang Melayu mahu berkumpul pun dihalangnya.

“Semasa saya Perdana Menteri keempat, Anwar adakan demonstrasi setiap minggu. Saya tidakpun halang dia.

“Tetapi sekarang sebagai Perdana Menteri, dia tidak benar langsung orang Melayu bincang masalah yang mereka hadapi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dr Mahathir berkemungkinan mengulas mengenai perhimpunan pada hujung minggu lalu yang dibatalkan selepas tidak mendapat dewan untuk disewa.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dijangka menjadi tetamu kehormat pada pelancaran program berkenaan di sebuah hotel di ibu negara. Bagaimanapun, program itu kemudian dipindah ke lokasi lain semalam atas masalah tertentu.

Berhubung program yang dibatalkan hujung minggu lalu, Dr Mahathir berkata ia diadakan bagi membincangkan hala tuju orang Melayu dan mencari jalan penyelesaian ke arah penyatuan kaum Bumiputera tetapi kini kerajaan seakan bersikap berat sebelah pula dengan memberi layanan lebih baik kepada kaum lain.

“Proklamasi yang ditulis tidak salahkan bangsa lain tentang nasib malang mereka. Ia menyalahkan pemimpin perasuah sahaja. Merekalah pemimpin yang salahguna kuasa, mencuri wang, tidak bantu Melayu selesaikan masalah kemiskinan.

“Jika kita tidak cari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi Melayu, jadi tidak salah jika dikatakan Kerajaan hari ini mengiyakan kemiskinan dalam kalangan Melayu.

“Perbuatan berat sebelah terhadap Melayu adalah petunjuk sikap perkauman Kerajaan. Ianya hasutan kerana bertentangan dengan perlembagaan negara kita.

“Oleh itu pemimpin Kerajaan-lah yang perlu didakwa atas hasutan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga menjelaskan berhubung dakwaan menjadi dalang disebalik penahanan besar-besaran terutama ahli politik pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan Ops Lalang pada 1987 bukan atas arahannya dan mengungkit sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mempergunakan dirinya sebelum ini apabila sesuatu tindakan itu menguntungkan mereka.

“Pandangan dan nasihat mereka (polis) tidak boleh ditolak begitu saja, malah perkara itu sudah dijelaskan oleh Mohamed Hanif (Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Mohammed Hanif Omar) berhubung keputusan dibuat oleh polis.

“Parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) selalu menyalahkan saya disebabkan Ops Lalang. Namun apabila sesuatu menguntungkan objektif PH, mereka dengan bangga terima saya sebagai rakan dan pilih saya sebagai calon Perdana Menteri mereka,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/sekarang-anwar-jadi-pm-orang-melayu-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Bersalin Nak Cepat Sembuh Doktor Ini Kongsikan Cara Jaga Luka Yang Ibu Boleh Buat

Lepas Bersalin Nak Cepat Sembuh Doktor Ini Kongsikan Cara Jaga Luka Yang Ibu Boleh Buat

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 190 hits
Menurut Dr Jalina Karim yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Kejururawatan Fakulti Perubatan Pusat Perubatan UKM ketika proses bersalin ketika bayi dilahirkan pembukaan vagina boleh terbuka dengan besar bagi membolehkan bayi keluar Di sam...
Skandal Lcs Sekali Anwar Ketuk Baru Sprm Nak Jalan Ke

Skandal Lcs Sekali Anwar Ketuk Baru Sprm Nak Jalan Ke

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 247 hits
Menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari dalam sesi pertanyaan menteri yang ingin mengetahui mengenai pendakwaan kes LCS yang sebelum ini dinyatakan Perdana Menteri pendakwaan itu tidak mencukupi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sias...
Ketua Pemuda Bersatu Tandus Idea Nak Malukan Anwar

Ketua Pemuda Bersatu Tandus Idea Nak Malukan Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 153 hits
Tindakan Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang cuba memberi gambaran kepada rakyat kononnya lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi sebagai gagal merupakan tindakan terdesak untuk mencalar reputasi Datuk Seri Anwar Ibrah...
Kamu Boleh Kecam Mahathir Termasuk Memberinya Amaran Tetapi Kamu Tidak Mampu Berkata No Kepadanya

Kamu Boleh Kecam Mahathir Termasuk Memberinya Amaran Tetapi Kamu Tidak Mampu Berkata No Kepadanya

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 167 hits
Kelebihan MAHATHIR dia BOLEH berdiri sendiri di padang yang rata Disokong bukan kerana takut kepadanya Disokong walaupun paling kedekut no dedaks Sukar nak tapau nak buli nak blackmail MAHATHIR no skandalYang BOLEH sekadar tembak angin tin ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza