Tun Mahathir Gelar Melayu Uneducated Tetapi Cucu Sendiri Tipu Sijil
Saya percaya anda masih ingat Tun Mahathir menggelar Melayu sebagai "uneducated Malays" selepas PRU14.
Kenyataan Tun Mahathir itu dibuat selepas beliau marah dengan kekalahan 39 dari 52 kerusi yang ditandingi BERSATU di PRU14 (hanya menang 13 kerusi).
Baiklah itu hanya mukadimah tulisan saya.
Sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai PM7, Tun Mahathir telah melantik dirinya sebagai Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) pada 28 Jun 2018.
YBP adalah pemilik kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Dengan kuasanya Tun Mahathir kemudiannya melantik Tan Sri Dr. Zeti sebagai Pengerusi Kumpulan PNB yang baru berkuat kuasa 1 Julai 2018 selepas Tan Sri Abdul Wahid Omar bersara pada 30 Jun 2018.
Tan Sri Zeti kemudiannya melantik cucu saudara Tun Mahathir, Abdul Jalil Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PNB.
Dengan kata lain, "pi mai pi mai DAPAT kat depa semua!"
Apabila Tun Mahathir ditanya tentang perlantikan cucu saudaranya, jawapan Tun Mahathir adalah "saya tak tahu".
Apabila ditanya bagaimana Pengerusi YPB tidak tahu tentang perlantikan CEO PNB, Tun Mahathir jawab Tan Sri Zeti tidak maklumkan kepadanya.
Apabila ditanya kepada Tan Sri Zeti kenapa tidak memaklumkan kepada Tun Mahathir, beliau mengesahkan Tun Mahathir tahu mengenai pelantikan Jalil.
Menurut Tan Sri Zeti, keputusan untuk melantik Jalil dibuat secara muafakat dan melalui proses yang sangat ketat dan telus malah turut dibentangkan (nama calon) kepada ahli lembaga pengarah.
Ianya dilakukan sebelum dibentangkan kepada Yayasan Pelaburan Bumiputera yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir sendiri.
Dah jadi cerita Bangau oh Bangau!
Baiklah, itu hanya bab 1.
Kini Abdul Jalil Rasheed berhadapan kemungkinan disingkirkan sebagai CEO PNB berhubung isu kelayakan akademiknya.
Mengikut rekod di dalam profailnya di PNB, Abdul Jalil Rasheed memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam perakaunan dan kewangan dari London School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.
Bagaimanapun, Jalil disahkan cuma mengikuti pengajian sebagai penuntut luar dan lulus pengajian di University of London (UoL) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kelas ketiga kepujian dalam Perakaunan dan Kewangan pada 1 Ogos 2003.
Buat sementara waktu, Abdul Rasheed dibekukan dari jawatannya di PNB.
Bagaimana Tun Mahathir gelar Melayu sebagai "uneducated" sedangkan cucu saudaranya sendiri tipu sijil?
Bab ke 2.
Hari ini Jalil telah disahkan letak jawatan.
ANINA SAADUDIN
MR : Lebih baik keluar sebelum kena tendang
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/tun-mahathir-gelar-melayu-uneducated.html