Amk Tidak Setuju Tun Mahathir Dicalonkan Sekali Lagi Sebagai Pm



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menolak Tun Mahathir dicalonkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri (PM) ke-9.
Ketua AMK, Akmal Nasir berkata, beliau dan rakan-rakan tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke semalam yang mahukan Tun Mahathir dicalonkan semula sebagai PM dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Menurut Akmal, mengambil semula kerajaan mandat rakyat yang dirampas oleh Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dilakukan secara mengkesampingkan agenda Reformasi kerana rakyat yang inginkan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu akan kecewa.
“Memang benar, jika dibiarkan PN berkuasa maka keadaan akan terus bertambah mudarat. Tetapi sudah-sudahlah dengan kaedah memilih kejahatan dari kalangan jahat-jahat ‘lesser than two evils’.
“Sekiranya rakan-rakan lain mahu mengembalikan mandat rakyat, yakinkan yang berlima itu (Bersatu paksi Mahathir) untuk menyokong PH, bukannya menggadaikan sokongan kita buat kali kedua.
“Kewajaran PH membentuk kerajaan adalah untuk membawa perubahan ke arah membela rakyat terbanyak, bukan dibelenggu dengan ketidaktentuan atau polemik berpanjangan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Sehubungan itu, Akmal mengingatkan para penyokong Pakatan Harapan (PH) mengenai ketidaktentuan politik yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada kesilapan Tun Mahathir mencatur politik pada Februari lalu.
“Ingatlah, kejatuhan kerajaan PH tidak akan berlaku sekiranya PM ketika itu tidak meletakkan jawatan tanpa perbincangan dengan PH.
“Kita bukan tidak sedar, pintu belakang sebenarnya dibuka jauh lebih awal yang mana mandat rakyat telah dikhianati dan dipijak begitu sahaja.
“Sebagai contoh, KEADILAN tidak pernah mencadangkan Azmin dan kartelnya untuk dilantik sebagai menteri tetapi beliau angkat juga dan tubuh kabinet ikut seleranya.
“Dasar pecah perintah sebegini rupa menyebabkan habis porak-peranda parti. Sampai sekarang, tindakan Azmin dengan Langkah Sheratonnya langsung tidak dikecam.
“Ketika kita ada sokongan rakyat dan memiliki panduan yang jelas, perjuangan PH diketepikan dan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Presiden (dasar PH, peralihan, Majlis Tindakan Negeri dan lain-lain) terus-menerus tidak dipedulikan (oleh Mahathir),” katanya lagi.
Akmal membangkitkan semula keputusan Tun menolak untuk memenuhi semua manifesto PRU PH dengan kata-kata ‘manifesto bukan kitab suci’ sehingga PH kalah dalam hampir semua pilihan raya kecil pada 2019.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga menasihatkan PH agar bergerak melangkaui sentimen dan pencaturan politik melulu. Beliau turut sukar menerima cadangan rakan-rakan komponen PH agar satu lagi perjanjian dibuat di antara Anwar dan Mahathir, kerana perit dikhianati dalam perjanjian yang lalu masih berbekas.
“Buatlah penjanjian atau mekanisme macam mana sekali pun, bila asyik dimungkiri (langgar janji) memang susah hendak dipercayai lagi.
“Pendirian saya dan AMK, kami tidak akan menyokong kerosakan yang sama buat kesekian kalinya,” akhiri Akmal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28339

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Tidak Percaya Kepada Mahathir Amk Tidak Setuju Tun M Dilantik Pm Sekali Lagi

Pkr Tidak Percaya Kepada Mahathir Amk Tidak Setuju Tun M Dilantik Pm Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 315 hits
Kenyataan Media Akmal percaya pendirian AMK itu mewakili suara akar umbi Parti Keadilan Rakyat dan pendokong PH Gambar failKUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan tetap menganggap Tun Dr Mahathir sebagai penyebab runtuhnya kerajaan Pakatan Hara...
Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 431 hits
PKR tetap mahu Anwar menjadi calon PM Rasmi PKR tolak Mahathir sebagai calon PM Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan me...
Lihat Sejarah Lupakanlah Tun Mahathir

Lihat Sejarah Lupakanlah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 398 hits
Sebelum ini pada 17 Jun lalu Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menggesa Anwar Ibrahim dan PKR memberi jawapan ya atau tidak berhubung pencalonan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH Plus Katanya pencalonan Tun Mahathir...
Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 369 hits
Baru sahaja sebentar tadi PKR mengumumkan nama calon Perdana Menteri mereka iaitu Anwar Ibrahim dengan menolak Tun Mahathir tetapi lain pula yang jadi selepas rakan sekutu PKR iaitu AMANAH dan DAP dikatakan kekal menyokong Tun Dr Mahathir M...
Amk Says It No Longer Supports Dr Mahathir As Pm Candidate

Amk Says It No Longer Supports Dr Mahathir As Pm Candidate

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 357 hits
Angkatan Muda Keadilan has announced that it will no longer support Tun Dr Mahathir Mohamad as Pakatan Harapan candidate for prime minister as it has lost confidence in his leadership AMK chief Akmal Nasrullah Mohd Nasir said he believed th...
Rentasan 697 Panas Ph Temui Kaedah Penyelesaian Supaya Tun Mahathir Tepati Janji

Rentasan 697 Panas Ph Temui Kaedah Penyelesaian Supaya Tun Mahathir Tepati Janji

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 365 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6971 PAKATAN HARAPAN BERI JALAN KELUAR SECARA TERHORMAT KEPADA TUN M 2 AZMIN JANGAN CAMPUR URUSAN PAKATAN HARAPAN 3 PEMIMPIN WANITA BANTAH SIASATAN TERHADAP HANNAH 4 BILA PAS NAK HARAMKAN JUDI
Muktamad Keadilan Tolak Pencalonan Tun M Sebagai Pm Kali Ke3

Muktamad Keadilan Tolak Pencalonan Tun M Sebagai Pm Kali Ke3

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 399 hits
KENYATAAN MEDIA 19 Jun 2020KEMBALI KE LANDASAN REFORMASI GEMBLENG TENAGA UNTUK KEMBALIKAN MANDAT RAKYATMajlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Ahli Parlimen KEADILAN hari ni KEADILAN mengambil kira pandan...
Tanya Tun Mahathir Di Manakah Wang Negara Rm30 Billion

Tanya Tun Mahathir Di Manakah Wang Negara Rm30 Billion

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 370 hits
HAMSINA HAMZAH Dalam buku Barry Wain yang bertajuk Malaysian Maverick 4 skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Tun Mahathir menunjukkan jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100 bilion Mantan Perdana Menteri Tun ...
Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 395 hits
Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat dan anggota parl...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam