Tun Mahathir Dan Persaraan Penuh Kepedihan


 
Minggu lalu Tun Mahathir Mohamad mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi 
Pejuang dan seterusnya bersara sepenuhnya daripada dunia politik.
Berbeza dengan pengumuman bersara kali pertama dulu yang penuh emosi, teriakan dan tangisan, persaraan kali ini hanya dilakukan dalam diam saja.
Tiada sidang media, tiada tangisan dan tiada air mata, malah pemakluman bersara itu hanya dihebahkan oleh bekas calon Pejuang iaitu Lan Lando, seorang aktivis seni yang barangkali tidak pernah pun berlakon sebagai hero dalam drama atau filem.
Persaraan Tun Mahathir itu kemudian disahkan oleh Mukhriz Mahathir selaku Presiden Pejuang melalui kenyataan media yang menyanjung jasa serta sumbangan bekas Perdana Menteri itu selama ini.
Bersara sepenuhnya Tun Mahathir ini tidak dinafikan adalah penuh dengan kesedihan dan kepedihan.
Walaupun cemerlang sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir sebaliknya bersara dengan kegagalan yang menyakitkan.
Kegagalan terbesar, walaupun beberapa kali cuba menghalang kemaraan politik Anwar Ibrahim, termasuk memecatnya pada 1998 dan sengaja memungkiri janji peralihan kuasa selepas kemenangan PH pada 2018, Tun Mahathir akhirnya bersara di ketika bekas sahabat dan musuh politiknya itu gagah berdiri sebagai Perdana Menteri yang disanjung dunia.
Lebih malang lagi, di ketika PH yang dipimpin oleh Anwar berjaya memenangi paling banyak kerusi pada PRU15 lalu, Pejuang pula kalah semua kerusi yang ditandinginya.
Sudah tentu yang terburuk sekali, semua calon Pejuang, termasuk Tun Mahathir sendiri hilang wang pertaruhan mereka.
Dipedihkan dengan semua kekalahan, walaupun melalui jalan berliku, kerusi Perdana Menteri tetap jatuh kepada Anwar jua akhirnya.
Makna kata, bersama kejayaan Anwar menjadi Perdana Menteri itu seumpama ada sesuatu hukuman turut ditimpakan kepada Tun Mahathir.
Agaknya, kalau Pejuang sekadar kalah dan hilang deposit pilihanraya tetapi bukan Anwar yang jadi Perdana Menteri, kesediaan dan kepedihan Tun Mahathir tidaklah begitu menusuk-nusuk jantung kalbunya.
Kini dengan bersara sepenuhnya dan tidak mungkin mampu kembali aktif lagi sebagaimana selepas bersara pada 2003 dahulu, hari-hari mendatang Tun Mahathir pastinya akan terus sepi dan sunyi.
Menonton berita tv pun barangkali cuba dielakkannya kerana jika terpandang wajah Anwar ketika ini, bertambah lagilah luluh hatinya.
Dengan persaraan Tun Mahathir, Pejuang kini dipimpin oleh anaknya Mukhriz yang tentunya memerlukan keluarbiasaan dirinya untuk menghidupkan kembali parti itu.
Diperbualkan sejak minggu lalu lagi dan sekarang disahkan oleh Khairuddin Abu Hassan, Mukhriz dikatakan telah melontarkan cadangan agar Pejuang bernaung di bawah PH sebagai pilihan untuk memastikan parti itu terus bernyawa.
Bernaung di bawah PH itu adalah sama seperti apa yang parti Muda yang dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Diberitakan, Mukhriz sedar jika Pejuang bergerak sendirian, nasibnya tidak akan ke mana-mana dan bakal hilang deposit sekali jika bertanding dalam pilihanraya akan datang.
Dengan itu, pilihannya sama ada menyertai PH atau PN dan dalam hal ini, Mukhriz dikatakan lebih condong memilih PH kerana melihat masa depan gabungan itu lebih cerah dalam konteks politik Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini.
Difahamkan lagi, Mukhriz juga dikatakan sebolehnya mahu penyertaan Pejuang ke dalam PH dilakukan sebelum PRN beberapa negeri tahun depan dengan harapan mereka diberikan kerusi untuk bertanding sama.
Berikutan tidak setuju dengan cadangan Mukhriz itu, selain Khairuddin telah meletak jawatan jawatan dan berundur daripada Pejuang, difahamkan beberapa pemimpinnya yang lain akan juga berbuat demikian sedikit masa lagi.
Apakah akhirnya nasib Pejuang dalam politik Malaysia dan bolehkah ia diterima oleh PH?
Sama ada Pejuang diterima untuk bekerjasama dengan PH atau tidak, kedua-dua keadaan itu adalah satu lagi kesedihan dan kepedihan buat Tun Mahathir dalam menanti hari-hari kehidupannya di dunia ini berakhir.
Jika Pejuang diterima untuk bersama PH, ia bermakna parti yang diasas dan ditubuhkan oleh Tun Mahathir sendiri akhirnya terpaksa tunduk dan akur untuk berasa bawah kawalan serta kekuasan Anwar.
Kalau tidak diterima pula, ini bererti Pejuang akan berdepan laluan yang gelap dan mungkin akan terkubur begitu saja.
Apabila Pejuang terkubur dan karier politik Mukhriz berakhir, inilah yang sebenarnya paling dan paling menyedihkan Tun Mahathir. – ShahbudinHusin 21/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/tun-mahathir-dan-persaraan-penuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Lah Kalah Dan Hilang Deposit Tun Mahathir Mahu Apa Dan Mahu Siapa Jadi Perdana Menteri

Sudah Lah Kalah Dan Hilang Deposit Tun Mahathir Mahu Apa Dan Mahu Siapa Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 149 hits
Tun Mahathir Mohamad yang kalah dengan hilang deposit di Langkawi malah semua calon Pejuang juga ditimpa nasib buruk yang sama nampaknya tidak pernah hilang idea dalam melontarkan serangan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim Di sebalik s...
Tun Mahathir Tak Pernah Beri Kuasa Ketika Lantik Anwar Pemangku Pm Dedah Nazri

Tun Mahathir Tak Pernah Beri Kuasa Ketika Lantik Anwar Pemangku Pm Dedah Nazri

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 209 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan tidak mengendahkan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan ...
Sebenarnya Apa Lagi Yang Tun Dr Mahathir Mahu

Sebenarnya Apa Lagi Yang Tun Dr Mahathir Mahu

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 241 hits
Pada usia 96 tahun ada berpandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sewajarnya bersara sepenuhnya daripada politik Dua kali menjadi Perdana Menteri dianggap sudah memadai ditambah pula selepas Parti Pejuang Tanah Air diterajuinya tewas teruk pada P...
Masa Jadi Kerajaan Mulut Penuh Sagon

Masa Jadi Kerajaan Mulut Penuh Sagon

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 137 hits
Harga minyak masak RM26 tu promosi purchase with purchase la Adoi Bukan turun harga pun Eh memanglah Tapi kena ingat Pasaraya tu boleh offer harga RM26 sebab harga dah turun jadi RM29 Kalau harga minyak masak RM39 maunya ke dia turun jadi R...
Penuh Warna Funfetti Birthday Cake Ini Cocok Buat Pribadi Ceria

Penuh Warna Funfetti Birthday Cake Ini Cocok Buat Pribadi Ceria

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 201 hits
Selain itu rasa manisnya juga pas sehingga tak cepat enek kala dimakan
Video Penuh Persembahan Aizat Amdan Di Rock N Riuh Di Kuala Lumpur Semua Peminat Berkaraoke

Video Penuh Persembahan Aizat Amdan Di Rock N Riuh Di Kuala Lumpur Semua Peminat Berkaraoke

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 176 hits
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton sudi LIKE sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI Portal https www budiey com Instagram https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http
Lakonan Penuh Ekspresi Dipuji Penonton Luah Lee Sungmin Layak Terima Anugerah Daesang

Lakonan Penuh Ekspresi Dipuji Penonton Luah Lee Sungmin Layak Terima Anugerah Daesang

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 287 hits
Mesti ramai yang tengah tonton drama Reborn Rich sekarang kan ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu Reborn Rich membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut...
Umno Kini Penuh Kebatilan Ketua Pemuda 50 Akar Umbi Sertai Pas

Umno Kini Penuh Kebatilan Ketua Pemuda 50 Akar Umbi Sertai Pas

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 133 hits
agendaily com18 12 2022Zool Amali Hussin mewakili 50 ahli UMNO bahagian Seremban menyerahkan borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha di Kampung Rawa Lenggeng semalam Gambar FBBerasa ditipu hidup hidup men...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa