Umno Kini Penuh Kebatilan Ketua Pemuda 50 Akar Umbi Sertai Pas


agendaily.com18/12/2022
Zool Amali Hussin mewakili 50 ahli UMNO bahagian Seremban menyerahkan borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha di Kampung Rawa, Lenggeng, semalam (17 Disember 2022). - Gambar FB
Berasa ditipu hidup-hidup menyebabkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban Zool Amali Hussin meninggalkan parti itu dan menyertai PAS bersama 50 ahli jawatankuasanya serta akar umbi kawasan Lenggeng.

Melihat UMNO kini sudah lari daripada perjuangan sebenar beliau mengumumkan akan berjuang bersama PAS sambil menjangkakan lebih ramai ahli parti itu yang akan mengikut jejak langkah beliau selepas ini.

Menurut Zool Amali, 40, bukan mudah untuknya membuat keputusan itu tetapi beliau perlu berhijrah selain sudah hilang kepercayaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Sebenarnya orang UMNO telah ditipu. Sampai bila kita nak diperkudakan oleh kepimpinan di atas semata-mata untuk kepentingan sendiri.

“Bagi saya dah tak berguna lagi kerana telah bersuara di peringkat cawangan dan telah dibawa ke bahagian sebelum diangkat dalam PAU tetapi akhirnya yang membuat keputusan adalah Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Jadi di mana suara akar umbi ini? Cukuplah kita ditipu hidup-hidup,” katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha di Kampung Rawa, Lenggeng, semalam (17 Disember 2022).

Beliau turut menyerahkan 50 borang kemasukan ahli UMNO dari kawasan Lenggeng ke dalam PAS.

Katanya UMNO secara dasarnya telah mencabuli hak ahli-ahlinya dan ramai sedih serta kecewa dengan keputusan pemimpinnya membawa parti itu menyertai Pakatan Harapan (PH) tanpa menghormati keputusan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Biarpun ada yang memintanya menunggu sehingga PAU 2022 tahun hadapan untuk bersuara menyatakan kekecewaan kepada parti, beliau bagaimanapun enggan menunggu lebih lama untuk meninggalkan UMNO.

Turut menyertai PAS termasuk penyanyi terkenal era 80-an, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan.

Zool Amali, berkata keputusannya menyertai parti itu sudah dibincangkan dalam kalangan ahli jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian serta ahli di peringkat cawangan.

“Saya rasa sudah tidak sesuai lagi untuk berada dalam parti yang penuh dengan kebatilan ini, lari daripada prinsip asas perjuangan parti dan tindakan pemimpin UMNO yang cuba mempermainkan suara ahli akar umbi.

“Kami hilang kepercayaan terhadap Presiden UMNO kerana segala tindakan yang beliau buat lari daripada keputusan yang dibuat dalam PAU.

“Ahli akar umbi rasa sedih dan kecewa dengan tindakan dilakukan kepemimpinan tertinggi parti. Jadi sampai bila ahli bawah ini hendak diperkudakan sedemikian rupa,” katanya.

Zool Amali yang sinomin dengan panggilan Jebat berkata, tindakannya menyertai PAS bukan hendak mengejar apa-apa jawatan, sebaliknya dibuat dengan ikhlas kerana berasakan UMNO sudah jauh daripada perjuangan asal.

“Tiada mana-mana pihak yang memaksa saya masuk PAS tetapi dengan kerelaan sendiri. Saya tak kisah hilang jawatan kerana berasakan UMNO tidak lagi sesuai,” katanya.

Sementara itu, Dayangku Intan yang keluar PKR pada 2020 berkata, beliau mahu meneruskan perjuangan dalam PAS kerana berpendapat parti itu lebih memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.

Dalam pada itu, Rafiei berpandangan, kehadiran Zool Amali akan dapat menguatkan lagi PAS di negeri ini khususnya di kawasan Seremban terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Apabila ada kemasukan Zool Amali dan rakan-rakan lain untuk bersama dengan PAS, pastinya akan memberi kekuatan kepada parti dalam usaha untuk memenangkan PAS pada PRN nanti, katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/umno-kini-penuh-kebatilan-ketua-pemuda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Umno Seremban Keluar Parti Sertai Pas

Ketua Pemuda Umno Seremban Keluar Parti Sertai Pas

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 173 hits
agendaily com14 12 2022Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin mengumumkan akan menyertai PAS Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin beberapa ahli jawatankuasanya mengesahkan akan menyertai PAS setelah kecewa de...
Naib Ketua Pemuda Umno Tegur Pemimpin Bn Masih Tak Sedar Diri

Naib Ketua Pemuda Umno Tegur Pemimpin Bn Masih Tak Sedar Diri

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 156 hits
agendaily com09 12 2022Naib Ketua Pemuda Shahril Hamdan Suffian meminta pemimpin atasan menjelaskan kewajaran bekerjasama dengan Pakatan Harapan Pemuda UMNO membidas kepimpinan tertinggi parti itu kerana tidak melakukan bedah siasat bagi me...
Ramai Ahli Umno Nyata Minat Sertai Pas

Ramai Ahli Umno Nyata Minat Sertai Pas

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 178 hits
satuberita myBy December 18 2022PAS Negeri Sembilan menjangkakan lebih ramai ahli UMNO di negeri itu akan menyertai parti tersebut pada masa hadapan Pesuruhjayanya Rafiei Mustapha berkata ini terbukti apabila Pas menerima kemasukan lebih da...
Pn Gained From Anti Umno Feelings Not Love For Pas Says Chandra

Pn Gained From Anti Umno Feelings Not Love For Pas Says Chandra

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 232 hits
Malay voters especially the young apparently shunned tainted parties say analysts PETALING JAYA An analyst has rejected a PAS leader s view that Perikatan Nasional s impressive performance in the recent general election was due to the risin...
Umno Pecat Seorang Ketua Bahagian 2 Ketua Wanita Bahagian

Umno Pecat Seorang Ketua Bahagian 2 Ketua Wanita Bahagian

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 233 hits
Haspaizi ZainMesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini untuk memecat seorang ketua bahagian Umno dan dua ketua wanita bahagian Umno Perkara itu dinyatakan ahli MKT Umno Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat di ...
Pecat Pemimpin Veteran Umno Kini Terpaksa Melutut Di Pangkuan Dap

Pecat Pemimpin Veteran Umno Kini Terpaksa Melutut Di Pangkuan Dap

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 186 hits
agendaily com10 12 2022Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman mempelawa Tan Sri Annuar Musa menyertai Perikatan Nasional untuk sama sama berjuang menyatupadukan bangsa Melayu dan Islam Seorang Ahli Majlis Pimpinan T...
Eloklah Umno Terus Sertai Ph

Eloklah Umno Terus Sertai Ph

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 312 hits
agendaily com17 12 2022Lebih baik UMNO terus sertai Pakatan Harapan Walaupun penyokong akar umbi masih tidak dapat menerima hakikat kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang melanggar prinsip perjuangan kedua dua gabungan parti po...
Zahid Masih Tak Insaf Kalah Teruk Kini Dakwa Dap Akur Syarat Umno Tetapkan

Zahid Masih Tak Insaf Kalah Teruk Kini Dakwa Dap Akur Syarat Umno Tetapkan

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 325 hits
agendaily com6 12 2022UMNO bersetuju bersama DAP Walapun mengalami kekalahan teruk semasa Pilihan Raya Umum Ke 15 nampaknya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih tidak insaf dan merasakan dirinya betul Presiden UMNO yang dilantik menjadi Timb...
Tuduh Terima Dana Judi Pas Bidas Anwar Berhenti Tabur Fitnah Seperti Umno

Tuduh Terima Dana Judi Pas Bidas Anwar Berhenti Tabur Fitnah Seperti Umno

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 237 hits
Tuduh terima dana judi PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNODatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim rakan baik sejak zaman Pemuda UMNO Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa tidak mengikut sikap sama seperti UMNO ya...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Afiq Adnan Hancur Chord

Blacktop Brawler A Custom Indian Chieftain For A Ufc Fighter

Sara Untuk Semua Bantuan Rm100 One Off Menerusi Mykad