Sudah Lah Kalah Dan Hilang Deposit Tun Mahathir Mahu Apa Dan Mahu Siapa Jadi Perdana Menteri


 
Tun Mahathir Mohamad yang kalah dengan hilang deposit di Langkawi, malah semua calon Pejuang juga ditimpa nasib buruk yang sama, nampaknya tidak pernah hilang idea dalam melontarkan serangan terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Di sebalik sudah meletakkan jawatan daripada Pejuang dan mengumumkan bersara, hati dan mulut beliau terbukti tidak pernah berhenti daripada berdendam.
Setelah gagal menahan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, kali ini serangannya tertumpu kepada kemampuan Pengerusi PH itu pula dalam mengurus negara.
Katanya, beliau tidak yakin dengan keupayaan Anwar memimpin negara untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi, termasuk pemulihan pasca pandemik.
Bekas Perdana Menteri dua kali itu khuatir dengan kemampuan Anwar menghasilkan strategi dan kaedah terbaik untuk keluar daripada krisis, memandangkan fokus pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat tertumpu kepada usaha mengekalkan jumlah sokongan di Dewan Rakyat.
Beliau menyandarkan dakwaannya berdasarkan prestasi Anwar ketika berada dalam kerajaan lebih 20 tahun lalu dan mendakwa bekas timbalannya itu tidak dapat menangani masalah ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997 dahulu.
Beliau mendakwa, Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu gagal mencari jalan penyelesaian apabila krisis kewangan melanda dan lebih rela mengikut pendapat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang dikatakan berisiko menyebabkan Malaysia muflis.
“Pada masa saya jadi Perdana Menteri kali pertama, saya pergi cuti selama dua bulan. Semasa saya cuti, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri diberi tanggungjawab sebagai pemangku Perdana Menteri tetapi nampak dia tak dapat menangani masalah.
“Selepas itu pula, berlaku krisis kewangan yang mana ringgit Malaysia turun nilainya. Pada masa itu, Anwar juga menjadi Menteri Kewangan.
“Cara dia menangani masalah kejatuhan nilai ringgit ialah dengan mengikuti pendapat IMF dan Bank Dunia.
“Saya berpendapat, kalau kita ikut IMF dan Bank Dunia, kita akan jadi muflis dan kita tak dapat laksanakan dasar ekonomi negara kita.
“Tetapi, Anwar tak ada cadangan yang lain selain daripada mengikuti IMF dan Bank Dunia, sebab itu saya terpaksa ambil alih tugas Kementerian Kewangan, saya cari jalan untuk selamatkan negara,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Berita Harian.
Tun Mahathir seterusnya mendakwa, jika ketika itu Anwar dibenarkan berkuasa dan melaksanakan dasarnya, beliau yakin negara tidak akan dapat mengatasi masalah krisis kewangan yang melanda negara.
Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mengakui khuatir dengan kebolehan Anwar mengurus negara kerana berdasarkan pengalaman lampau di mana Presiden PKR itu gagal merangka penyelesaian ketika berdepan krisis kewangan 1997/1998, apatah lagi kini berdepan lebih banyak masalah rumit.
“Ketika itu, nampak dia tidak dapat cipta satu cara untuk mengatasi krisis. Sama ada di masa hadapan, dia boleh cipta cara menangani masalah negara, belum kita dapat tentukan.
“Tetapi berdasarkan pengalaman semasa dia jadi TPM (dan) menunjuk kebolehannya, saya khuatir. Sekarang ini negara menghadapi banyak masalah seperti kesan pandemik, ekonomi merosot teruk, keadaan politik tidak stabil,” katanya lagi.
Soalnya dalam hal ini, Anwar hanya baru kira-kira sebulan memegang jawatan Perdana Menteri setelah mengangkat sumpah pada 24 November lalu dan tidak adil untuk berprasangka buruk terhadapnya.
Tidak bolehkah Tun Mahathir memberi sedikit masa kepada Anwar untuk menjalankan tanggungjawab dan membuktikan kebolehannnya?
Kenapa begitu begitu cepat berprasangka jahat hanya berdasarkan situasi yang lebih 24 tahun telah berlalu?
Lagi pula, dalam keadaan sekarang, siapa lagi yang lebih baik daripada Anwar untuk jadi Perdana Menteri?
Adakah Tun Mahathir mahukan Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob dilantik semula dan berasakan mereka lebih berkemampuan daripada Anwar?
Setelah Tun Mahathir sendiri kalah, malah hilang deposit, begitu juga dengan Mukhriz dan semua kita sudah melalui pengalaman dipimpin Mahiaddin serta Ismail Sabri, bukankah hanya tinggal Anwar pilihan terbaik yang ada pada ketika ini?
Ditambah dengan keabsahan Anwar sudah terbukti di Parlimen baru-baru ini, apa lagi yang Tun Mahathir mahu sebenarnya sebelum ketibaan PRU16 pada tahun 2027 akan datang di mana ketika itulah peluang terdekat untuk menukar Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 25/12/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/sudah-lah-kalah-dan-hilang-deposit-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Dan Persaraan Penuh Kepedihan

Tun Mahathir Dan Persaraan Penuh Kepedihan

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 146 hits
Minggu lalu Tun Mahathir Mohamad mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Pejuang dan seterusnya bersara sepenuhnya daripada dunia politik Berbeza dengan pengumuman bersara kali pertama dulu yang penuh emosi teriakan dan tangisan...
Perdana Menteri Sila Betulkan Fakta Pengampunan Anda Kata Peguam

Perdana Menteri Sila Betulkan Fakta Pengampunan Anda Kata Peguam

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 171 hits
agendaily com21 12 2022Peguam Rafique Rashid berkongsi dokumen Perintah Pengampunan dan Pembebasan Serta Merta Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman media sosial beliau Seorang peguam menyanggah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi...
Antara Yang Diumumkan Pm Ds Anwar 28 Hari Menjawat Jawatan Perdana Menteri

Antara Yang Diumumkan Pm Ds Anwar 28 Hari Menjawat Jawatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 172 hits
fr Mustapha Mansor1 Batal sambutan Tahun Baru 2023 secara besar besaran 2 RM50 juta Peruntukan Banjir Kelantan 3 RM50 juta Peruntukan Banjir Terengganu 4 RM10 000 00 kehilangan jiwa Banjir 5 RM1 000 00 untuk Ketua Keluarga terjejas Banjir 6...
Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023

Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 213 hits
Jawatan kosong di jabatan Perdana menteri Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023 Info terkini Peluang kerjaya telah dibuka kepada rakyat Malaysia tahun 2023 bulan Januari Jawatan kosong telah ditawarkan kepada anda rakyat Mala...
Tun Mahathir Tak Pernah Beri Kuasa Ketika Lantik Anwar Pemangku Pm Dedah Nazri

Tun Mahathir Tak Pernah Beri Kuasa Ketika Lantik Anwar Pemangku Pm Dedah Nazri

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 232 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan tidak mengendahkan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan ...
Kes Rasuah Zeti Dan Nazlan Kudis Dimuka Perdana Menteri Malaysia Termasuk Anwar Selagi Belum Didakwa

Kes Rasuah Zeti Dan Nazlan Kudis Dimuka Perdana Menteri Malaysia Termasuk Anwar Selagi Belum Didakwa

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 267 hits
Oleh Adam Malik Ketika mula disahkan menjadi Perdana Menteri antara kenyataan awal Anwar Ibrahim ada lah beliau menolak rasuah Kemudian beliau dikecam kerana telah mengambil Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam ke...
Nazri Balun Lagi Tun Mahathir Elok Terus Jaga Cucu

Nazri Balun Lagi Tun Mahathir Elok Terus Jaga Cucu

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 185 hits
Melantik seseorang yang sedang berdepan kes mahkamah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri bukan satu perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan kata Ketua Bahagian UMNO Padang Rengas Datuk Seri Mohamaed Nazri Abdul Aziz Menurut Moha...
Syok Juga Tanam Nenas Belakang Rumah

Samsung Galaxy Tab S9 Fe Menjadi Pilihan

Singapore S Operation Lalang Against The Catholic Church 1987 Majulah Singapura

How Regular Hvac Maintenance Can Improve Indoor Air Quality Across Kansas Communities

Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

Floods Number Of Evacuees In Sabah S Sook Rises To 392

Rafeah Buang 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

10 Tempat Makan Popular Di Perlis Lunch Sarapan Pagi

Road Tested Purpose Built Moto S Scrambler Bar End Mirrors

5 Alasan Kenapa Agz Bikin Pencinta Drakor Akhirnya Melirik Sinetron Indonesia

Makan Kenduri Kesyukuran Aqiqah Pontian

Pagi Ahad Sarapan Pagi Kenangan