Tun M Panggil Kerajaan Pn Sebagai Kerajaan Muhyiddin



Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelarkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai ‘kerajaan Muhyiddin’.

Menurut Dr. Mahathir beliau terpaksa berbuat demikian kerana parti Perikatan Nasional tidak wujud.

Perikatan Nasional juga menurut Dr. Mahatir tidak pernah mengadakan majlis pelancaran dan tidak didaftar ketika Muhyiddin mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

“Saya terpaksa panggil kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai kerajaan Muhyiddin. Ramai yang panggil kerajaan ini kerajaan Perikatan Nasional.

“Rakan dalam perikatan ini isytihar mereka bukan anggota dalam kononnya gabungan parti Perikatan Nasional.

“Mereka hanya benar ahli mereka sokong Muhyiddin supaya hasrat Muhyiddin untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tercapai. Mereka tentukan jumlah wakil rakyat yang sokong Muhyiddin mencukupi,” kata Dr. Mahathir dalam serangan terbaharu terhadap Perdana Menteri ke-8 itu dalam blognya hari ini.

Dr. Mahathir turut mengulangi cerita bagaimana Muhyiddin sebagai Pengerusi Bersatu tidak pernah mendapat persetujuan parti untuk menyertai Perikatan Nasional.

Menurut Dr. Mahathir, tidak ada rekod Muhyiddin mendapat persetujuan Mesyuarat Agong Bersatu atau sekurang-kurangnya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk parti itu menyertai Perikatan Nasional.

“Tiba-tiba dia isytihar dia menyertai Perikatan Nasional. Berkenaan dengan keluar dari Pakatan Harapan pun belum diputus secara muktamad. Sebelum Pakatan Harapan dijatuh, Muhyiddin telah adakan majlis makan malam di Sheraton dengan PAS dan UMNO.

“Apabila saya sebagai Pengerusi Bersatu tidak bersetuju dengan tindakannya menubuh Kerajaannya, dia cuba adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang sepatutnya dipengerusi oleh saya sebagai Pengerusi parti.

“Tiba-tiba Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Pengerusi Bersatu. Perisytiharan ini tidak mengikut perlembagaan sama sekali. Dia bukan Pengerusi atau memegang jawatan Pengerusi yang sah,” kata Dr. Mahathir mengulangi apa yang pernah beliau katakan sebelum ini dalam artikel yang turut dikongsi di media sosial miliknya.

Dr. Mahathir turut mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai kuasa untuk melucut keahlian Pengerusi, Timbalan Presiden dan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang tidak menyokongnya dalam Majlis Pimpinan Tertinggi pada 4 Jun lalu.

Dalam mesyuarat itu Dr. Mahathir mendakwa Muhyiddin melantik ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang baru dan memecat ketua-ketua bahagian yang tidak menerima tawaranya.-SM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritasetiap-hari.blogspot.com/2020/06/tun-m-panggil-kerajaan-pn-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Benar Rentas Negeri Mulai Rabu Muhyiddin Yassin

Kerajaan Benar Rentas Negeri Mulai Rabu Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 389 hits
Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan mulai Rabu ini kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan umum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketika mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pem...
Tun M Kekal Ahli Bersatu Kumpulan Muhyiddin Terdesak

Tun M Kekal Ahli Bersatu Kumpulan Muhyiddin Terdesak

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 331 hits
Pergolakan dalaman Bersatu semakin hebat apabila Setiausaha Kerja Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya bertindak memecat pengerusi parti itu Tun mahathir Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain Sejurus selepas itu Setiausaha Agong B...
Golongan Profesional Tangani Covid19 Tun M Puji Kerajaan

Golongan Profesional Tangani Covid19 Tun M Puji Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 328 hits
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memuji langkah kerajaan yang mempercayai golongan profesional untuk menguruskan dan melaksanakan usaha memerangi krisis kesihatan akibat pandemik Covid 19 Beliau berkata langkah itu dapat memast...
Ini Kerajaan Muhyiddin Bukan Kerajaan Perikatan Nasional

Ini Kerajaan Muhyiddin Bukan Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 324 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad 1 Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin 2 Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional 3 Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud Tidak pernah diadakan aca...
Muhyiddin Membeli Masa Tun Mahathir

Muhyiddin Membeli Masa Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 341 hits
Ramai macai PH mempersoalkan katanya sehingga ke hari ini fakta jelas menunjukkan bahawa Tun dan lain lain ahli parlimen berkaitan TIDAK PERNAH mengisytharkan diri mereka keluar daripada Parti PPBM Oleh sebab itu Fasal 10 2 2 adalah TIDAK T...
Anwar Jangan Berpaling Bersama Tun Mahathir Lawan Muhyiddin

Anwar Jangan Berpaling Bersama Tun Mahathir Lawan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 330 hits
Biarpun tersebar spekulasi mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak lagi mahu meneruskan rundingan membentuk kerajaan Pakatan Harapan 2 0 dengan Tun Mahathir dan didakwa ingin mencari sekutu baharu namun pemimpin DAP tetap menyeru agar per...
Agong Lantik Ali Rustam Sebagai Ydp Negeri Melaka Dengan Gelaran Tun

Agong Lantik Ali Rustam Sebagai Ydp Negeri Melaka Dengan Gelaran Tun

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 765 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan Yang Di Pertua Negeri Melaka ke 7 kepada Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Negara Pelantikan bekas ketua menteri Melaka itu ...
Tun M 6 Lagi Saman Muhyiddin

Tun M 6 Lagi Saman Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR 17 Syawal 1441H Selasa Tun Dr Mahathir Mohamad bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz dan lima yang lain memfailkan saman terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pendaftar Pertubuhan berhu
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran