Golongan Profesional Tangani Covid19 Tun M Puji Kerajaan


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memuji langkah kerajaan yang mempercayai golongan profesional untuk menguruskan dan melaksanakan usaha memerangi krisis kesihatan akibat pandemik Covid-19.


Beliau berkata langkah itu dapat memastikan negara tidak akan berada dalam situasi lemah seperti yang dialami negara lain.

Usaha mencari penawar virus itu penting untuk menangani pandemik tersebut dengan jayanya, namun ia akan mengambil tempoh yang lama untuk diuji, dengan dijangka sekurang-kurangnya 18 bulan sebelum berhasil menemui vaksin paling berkesan, katanya semalam.


Dr Mahathir berkata demikian dalam wawancara bersama Creative Cloud Community menerusi YouTube dengan tajuk ‘How to Turn Crisis into Opportunity’ (Bagaimana Mengubah Krisis Menjadi Peluang).




Mengenai situasi ekonomi semasa, beliau berpendapat dunia akan berjaya menangani tekanan yang jauh lebih buruk daripada Kemelesetan Ekonomi Dunia pada 1929.


“Kemelesetan telah sedia wujud, dan boleh bertambah buruk, kecuali kita tahu bagaimana untuk menguruskannya.

“Ia boleh menjadi lebih buruk kerana puncanya berada di luar kawalan kita, sehingga dunia dapat menyempurnakan vaksin untuk memerangi Covid-19,” katanya.

Mengenai kesan pandemik ke atas perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), beliau menyarankan perniagaan berusaha memahami jangkitan ini supaya mereka mengetahui perkara yang perlu dilakukan atau dielakkan.

Dr Mahathir berkata untuk mengurangkan kerugian akibat wabak itu, usahawan harus mencari jalan atau penyelesaian lebih baik berbanding memilih untuk menutup perniagaan mereka, menerusi langkah memanfaatkan aset yang dimiliki dalam keadaan sekarang selain peluang penjualan dalam talian.

“Perniagaan dalam talian akan menjadi semakin popular pada masa akan datang walaupun wabak itu telah berakhir. Ia akan lebih diterima guna.

“Perniagaan baharu akan berasaskan pengangkutan, kesalinghubungan dan komunikasi yang baik. Inilah cara pemasaran baharu, bukan lagi menunggu pelanggan datang kepada kita,” katanya.

Justeru, beliau menggesa perniagaan supaya mempelajari teknologi seperti persidangan video selain berhati-hati mencari peluang perniagaan di samping tidak boleh berhenti daripada memikirkan usaha penerokaan kaedah baharu untuk berubah dan menjadi kreatif.

Bekas perdana menteri itu turut menekankan bahawa masalah perniagaan kini bukan hanya terletak kepada pihak yang menjual malah pembeli.

“Sekiranya mereka yang membeli adalah terhad dan terkekang, pastinya pasaran tidak akan wujud. Kita seharusnya memahami kini orang tidak mempunyai wang, terutama apabila yang miskin menjadi sangat miskin,” katanya.

Apabila rakyat tidak dapat bekerja untuk memperoleh wang, beliau berkata kerajaan perlu membantu dari segi pemberian wang atau baucar untuk mereka membeli barangan keperluan supaya mempunyai makanan dan meneruskan hidup.

Mengenai masalah aliran tunai yang dihadapi perniagaan, beliau berkata bank harus melonggarkan sedikit syarat pinjaman manakala kerajaan juga perlu membantu.

Dari segi pembuatan, pengeluar harus mencari kekuatan dengan memanfaatkan media untuk melakukan perkara lazim selain mencari perkara, idea atau produk baharu untuk memasarkan apa yang diperlukan sekarang, katanya.

“Pasaran amat luas dengan perniagaan dalam talian memberikan banyak peluang di luar sana. Tidak seharusnya terkekang dengan pasaran tempatan sahaja. Cari jalan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelanggan anda,” katanya.

Terdapat juga perkara baharu seperti automasi dan robotik yang memerlukan kemahiran pengaturcaraan menerusi pembelajaran baharu, katanya.

Beliau berkata memandangkan lebih banyak kilang menggunakan automasi untuk pengoperasian sudah pasti mereka memerlukan pengaturcara, justeru, mempelajari pengaturcaraan adalah sangat penting.

Mengenai golongan yang kehilangan pekerjaan, Dr Mahathir menasihati mereka yang merancang untuk membuka perniagaan supaya memiliki idea dan kemahiran yang baik berkaitan bidang yang ingin diceburi, jika sebaliknya, mereka akan menghadapi kesulitan.

“Ambil masa anda, susah sedikit, namun bangun secara perlahan-lahan. Apabila wujud cabaran, peluang juga pasti ada,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/golongan-profesional-tangani-covid19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Panggil Kerajaan Pn Sebagai Kerajaan Muhyiddin

Tun M Panggil Kerajaan Pn Sebagai Kerajaan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 400 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggelarkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai kerajaan Muhyiddin Menurut Dr Mahathir beliau terpaksa berbuat demikian kerana parti Perik...
Kerajaan Pn Tiada Exit Strategy Tangani Pembuangan Pekerja

Kerajaan Pn Tiada Exit Strategy Tangani Pembuangan Pekerja

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 316 hits
Oleh Faiz Fadzil ULASAN Masalah pembuangan kerja warga tempatan hampir 1000 orang dalam perusahaan antarabangsa di Kuantan Pahang seperti dilaporkan Sinar Harian semalam menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional tiada exit strategy dalam isu ...
Tun Melutut Pada Pas Dan Umno Bentuk Kerajaan

Tun Melutut Pada Pas Dan Umno Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 365 hits
Umno jumpa Tun M sokong bentuk kerajaan PH 2 0 Oleh May 31 2020Syam GhazKena Ingat UMNO yang berusaha menunjukkan Muafakat Nasional ajak PAS masuk Umno bina rumah Daripada MN mereka bersama team Kartel dengan Tawaran PM Sekarang bila goyah ...
Umno Jumpa Tun M Sokong Bentuk Kerajaan Ph 2 0

Umno Jumpa Tun M Sokong Bentuk Kerajaan Ph 2 0

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 317 hits
Syam Ghaz Kena Ingat UMNO yang berusaha menunjukkan Muafakat Nasional ajak PAS masuk Umno bina rumah Daripada MN mereka bersama team Kartel dengan Tawaran PM Sekarang bila goyah PN nak tumbang yang Umno ajak tadi dah pergi senyap2 mengadap ...
Covid 19 Kit Siang Tak Perlu Malu Puji Kerajaan Pn

Covid 19 Kit Siang Tak Perlu Malu Puji Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 509 hits
Pengakuan kejayaan perangi wabak patahkan tuduhan PN gagal tanganinya BANGI Lim Kit Siang tidak perlu malu atau segan untuk menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada kerajaan Perikatan Nasional kerana berjaya menangani ...
Untuk Golongan Bujang Rentas Negeri Bagi Masa Untuk Kerajaan Bincang Menteri

Untuk Golongan Bujang Rentas Negeri Bagi Masa Untuk Kerajaan Bincang Menteri

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 467 hits
Nasib golongan bujang untuk pulang ke kampung halaman setelah lama terpisah dengan keluarga akan diketahui dalam masa terdekat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Yaakob Sabri berkata Mesyuarat Khas Menteri Menteri telah mula berbincang dari se...
Covid19 Tiga Strategi Kerajaan Malaysia Dipuji Pakar Indonesia

Covid19 Tiga Strategi Kerajaan Malaysia Dipuji Pakar Indonesia

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 424 hits
Strategi kerajaan Malaysia dalam memastikan usaha menangani wabak COVID 19 berada di landasan yang betul dipuji oleh seorang pakar Indonesia Pakar Komunikasi dan Penggiat Literasi Media Santi Indra Astuti yang sejak awal perlu akur pada ara...
Kerajaan Johor Stabil Di Bawah Naungan Sultan Ibrahim Hasanuddin

Kerajaan Johor Stabil Di Bawah Naungan Sultan Ibrahim Hasanuddin

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 364 hits
Berikutan amaran Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor sekiranya ahli politik di negeri itu terus berebut kuasa pemimpin Amanah Hasanuddin Yunus tampil menjelaskan sebarang pertukaran keraj...
Signal Kejatuhan Kerajaan Pn Dari Umno Sudah Diberi

Signal Kejatuhan Kerajaan Pn Dari Umno Sudah Diberi

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 454 hits
Sudah lebih semingguu dua khabar2 bertiup kencang berkenaan kejatuhan Muhyiddin Yaasin dan kerajaannya Pelbagai cerita yang telah disebarkan dalam alam maya Antaranya 1 PAS menghantar rombongan meminang mereka berjumpa Dr Mahathir dengan me...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Puding Dadih Mangga

Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan